Part 4

3.7K 73 9
                                    

Bab 4

"Bagi saya perkahwinan ini satu ikatan suci di mana pasangan suami isteri sudah berikrar untuk hidup semati. Cinta dan mencintai pasangan kita itu adalah wajib. Dalam kes ini jika saya ditakdirkan untuk menjadi isteri kedua Tuan Riyad saya akan berusaha untuk menjaga dan melayan dia sebaik mungkin. Tapi saya tak jamin saya mampu memberi kesempurnaan kepada dia nanti. Pasal soalan kedua itu, insyaAllah saya akan merawat dia seikhlas hati. Kita hanya manusia yang selalu diuji oleh Allah. Seperti yang selalu perlu kita ingat lima perkara sebelum terjadinya lima perkara. Sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, hidup sebelum mati, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit. Lagipun saya pernah ada pengalaman menjaga ibu saya yang lumpuh hampir dua tahun sebelum dia dijemput Illahi. Saya tulis ni bukan saya nak suruh puan terharu ataupun tersentuh dengan jawapan ini. Saya tulis apa yang saya rasa,"- Khairina Kairi.

Shahira tersenyum sendiri. Kertas jawapan yang ditulis oleh calon keempat betul-betul dapat menyentuh pangkal jantungnya. Dia seakan tertarik dengan gadis itu. Sejak tadi lagi dia asyik perhatikan gelagat gadis itu. Berwajah hitam manis tapi sangat berlembut dan sopan. Orang biasa-biasa saja tapi keayuannya terserlah dan manis. Pakaian pun terjaga walaupun tiada orang lelaki dalam rumah ini. Shahira memang sudah jatuh cinta dengan gadis itu untuk dijadikan calon isteri ke dua untuk suaminya nanti. Tapi tak bermakna calon ini terlepas dari ujian-ujian lain dari dia.

Seketika kemudian, telefon bimbit Shahira nyaring berdering untuk minta diangkat. Dia mencapai seraya segaris senyuman terbit di bibir wanita itu.

"Wa'alaikumussalam abang, abang dekat mana ni?" sapa Shahira lembut.

"Abang dekat rumah nenda ni. Hira, abang rindu..." renget Riyad manja.

Shahira dah tergelak. Tahu sangat dengan sikap manja sang suami.

"Hira pun rindukan abang juga. Sabarlah sikit,"

"Hira takpelah jenis penyabar, abang ni gelojoh sikit tahu! Sehari tak peluk sayang rasa sedih sangat hati abang," Riyad terus menerus membeli hati isterinya. Sungguh hidupnya bagaikan kosong tanpa Shahira di sebelahnya. Bahu yang selalu dijadikan bantal tidur Shahira terasa lain pula malam ini.

"Sabarlah abang sikit lagi lepastu, kalau abang taknak lepaskan Hira langsung Hira tak kesah,"

"Amboi! Nakal ya bila abang takde dekat sebelah?" usik Riyad.

Shahira sudah terkekek halus.

"Abang, Hira nak bagitahu abang pasal calon abang ni. Hira dah buang dua orang sebab mereka langsung tak jujur dan tak sesuai untuk abang. Ada seorang calon ni Hira berkenan sangat dekat dia. Hira harap dia luluslah nanti dalam semua ujian yang bakal Hira bagi dekat semua calon," ceria Shahira bercerita.

"Hmmm..." hanya itu saja jawapan dari Riyad. Dia tak berminat nak tahu selanjutnya tentang calon-calon isterinya. Membosankan! Bagi Riyad dia telefon isterinya sekarang adalah mahu mendengar suara Shahira pengarang jantungnya bukan mahu mendengar pasal kesemua calon isteri keduanya nanti.

"Abang tak suka Hira cakap fasal ni?" seakan sudah mengerti jujur Shahira bertanya.

"Sayangg...berkali abang bagitahu sayang. Fasal itu biar sayang ajelah yang urus abang taknak masuk campur. Abang telefon sayang sebab abang rindukan sayang bukan nak tanya khabar semua calon sayang tu," Riyad sudah berkecil hati.

"Maafkan Hira, abang,"

"Takpelah sayang tidurlah dulu dah lewat ni, assalamualaikum."

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now