Part 36

4K 70 16
                                    


BAB 36

LEPAS makan terus sahaja Shahira naik ke bilik dengan bantuan Khairina, nak tunjuk dia sedang merajuk. Riyad pula ke ruang tamu melayan rancangan yang ada, bukan nak memujuk. Panasnya hati dia.

Sampai di bilik tiba-tiba telefon bimbit milik Riyad berbunyi. Terus dia menjenguk telefon yang terletak di atas katil. Anak mata sedikit mengecil dan dahi terus berkerut.

"Ayang Huna," seru dia perlahan. Hati terus bengkak bila nama madunya naik pada skrin telefon Riyad.

"Nak apa lagi Huna ni? Lusa nanti abang balik semula dekat sana. Allah sakitnya hati! Dahlah aku merajuk abang buat tak tahu saja!" gerutu Shahira bengang.

Malas nak melayan rasa cemburu terus dia hilangkan diri dari bilik air. Membiarkan panggilan itu berdering tanpa dijawab. Masuk saja ke bilik air dia buka pili paip membiarkan air mencurah di seluruh tubuhnya. Menyejukkan hati yang tengah panas.

"Abang Riyad kalau Rina nak cakap sesuatu dengan abang boleh tak?" Khairina menegur. Dia dari bilik Shahira.

Riyad yang sudah memanjat tiga anak tangga terus berhenti dah kalih pada Khairina yang berada di tangga dari atas. Dahinya berkerut sedikit.

"Fasal apa?"

"Kita bincang di bawah boleh kan?"

Riyad mengikuti langkah Khairina. Sama-sama turun dari anak tangga menuju ke ruang tamu.

"Fasal apa Rina nak cakap dengan abang? Kalau nak mengadu fasal Hira abang tak nak dengar" Riyad memberi amaran. Bukan tidak kenal dengan perangai gadis itu. Selalu mengadu perangai buruk isterinya.

Kini dia duduk di kepala kerusi mana kala Khairina duduk di sebelah kirinya.

"Sebenarnya serba salah pulak Rina nak cerita dekat abang tapi demi kebaikan abang dan juga Huna, Rina akan bercakap jujur. Kak Hira dah tak macam dulu lagi. Kak Hira dah banyak sangat berubah."

Khairina mulakan mukadimahnya. Pandangannya sekejap diangkat sekejap ditunduk.

"Kan saya dah cakap awak ajak saya bercakap, semata-mata nak memburukkan isteri saya baik tak payah!" tegas Riyad berkata.

Tapi hati kecilnya mengiakan kata-kata Khairina. Shahira sekarang dah berubah.

"Sumpah Rina tak bohong abang. Rina perasan, sejak Huna mengandung Kak Hira dah lain sangat. Kak Hira yang Rina kenal dulu tak pernah nak mengamuk dan bercakap kasar. Bila dia tak puas hati pada abang dengan Huna, Rina akan jadi mangsanya. Itu Rina tak kisah sebab Rina tahu siapa Rina dalam rumah ini. Hanya pembantu sahaja." Khairina dah mula memburukkan Shahira. Nada suara sengaja dibuat sedih.

"Rina cuma tak sedap nak dengar Kak Hira buruk-burukkan Huna pada Rina. Kak Hira memang berniat nak halau Huna dari rumah ini lepastu dia paksa Rina untuk berpakat dengan dia. Ini yang fasal malam tadi, Kak Hira suruh Rina telefon abang supaya balik. Padahal sikit sakit sakitnya dia suruh Rina bohong cakap sakitnya teruk. Dia cuma nak suruh abang balik ke mari dia tak mahu abang berada di sana dekat dengan Huna."

"Betul ke apa yang awak cakapkan ni, Rina? Awak jangan nak menipu kalau saya dapat tahu awak men'auta'kan fakta, saya akan heret awak masuk ke penjara nanti."

Riyad seakan tidak percayakan cerita Khairina. Mustahil Shahira sanggup buat macam tu. Dia kenal siapa isterinya.

"Betul Abang Riyad! Rina sanggup bersumpah. Tak akanlah Abang Riyad tak boleh nak lihat perangai Kak Hira yang semakin pelik. Kalau Kak Hira tak berubah pasti dia tak akan halau Huna macam tu sahaja. Sedangkan dulu Kak Hira pernah minta abang cari calon isteri kedua buat abang dan Rina salah seorang yang terpilih. Rina bersyukur sangat sebab Rina tak jadi isteri abang kalau tak pasti Rina jadi macam Huna juga. Kena halau macam tu saja."

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now