Part 21

3K 68 4
                                    


BAB 21

SAMPAI Saja di Temerloh hampir lewat petang, Riyad terus menghantar Fatin balik ke rumah sewanya.

"Huna jaga diri tahu."

Huna mengangguk. Saat mereka berpelukan. Sengaja Fatin berbisik. Suara bukan main kuat lagi.

"Alang-alang dapat suami kaya terus pau duit dia. Minta belikan barang mahal-mahal." Fatin bercanda. Sekilas pandang dia tatap wajah Riyad dengan kening terjungkit sedikit.

Huna sudah terkekek.

"Awak jangan nak mengajar yang bukan-bukan," semberono bahu Huna, Riyad paut rapat ke tubuhnya sebelum melabuhkan kucupan lembut di kepala yang berbalut tudung itu.

"Euww... Tiba-tiba geli pula tekak saya ni. Dahlah saya nak masuk dulu, jaga Huna baik-baik ya bos!" Fatin sudah buat muka orang mahu termuntah sebelum tubuh kecil Huna dipeluk erat sekali lagi.

"Ada dua lagi tempat kosong ni kalau awak rasa nak ambil nombor tiga boleh jugak," Riyad mula mengusik Fatin.

"Bos! Gatalnyaaa... Huna jaga-jaga sikit suami awak tu. Bila hormon miang dia muncul mulalah jadi tak betul."

Meletus tawa Riyad bila Fatin sudah menjeling tajam. Huna juga sama tergelak. Bahagia bila dia melihat keakraban mereka berdua. Dia juga berharap ada sinar untuk dia selepas berkahwin ini.

"Huna, jom," suara Riyad. Mengajak wanita itu masuk kereta.

Huna menghembus nafas berat. Langkah ini bakal membawa dia ke alam lain. Alam rumah tangga yang perlu berkongsi kasih.

"Huna inilah rumah abang. Abang harap Huna akan selesa tinggal dengan abang dan juga Kak Hira nanti," suara Riyad sebaik enjin kereta dimatikan.

Dia melangkah keluar dan terus ke bonet untuk mengeluarkan beg pakaian mereka.

Huna membuka pintu dan melangkah keluar perlahan-lahan dengan mata membuat besar memerhatikan keadaan rumah banglo dua tingkat itu. Kehidupan baru yang dia akan tempuh.

"Abang dan Kak Hira tak rasa sunyi ke duduk berdua saja?" polos soalan Huna.

Riyad menghampiri Huna bersama beg-beg di tangannya.

"Sebab itulah abang kahwin dengan Huna, abang nak memeriahkan lagi rumah ini." Jawapan Riyad penuh bermakna. Wajah Huna ditatap lembut bersama segaris senyuman manis sebelum dia melangkah masuk ke dalam.

Huna memandang kosong. Tidak faham apa yang dimaksudkan itu. Saat kaki melangkah masuk. Mata terus membulat besar.

Wah cantiknya. Itu yang terlintas di fikiran dia.

Mata ralit melihat setiap sudut. Susunan perabot dan perhiasan sangat teratur. Ada sebuah ruang penuh dengan buku-buku kemas tersusun di rak seakan pustaka. Semuanya menarik di pandangannya. Bilamana kaki menapak memijak karpet terasa kelembutannya. Bagai karpet sutera.

Terus dia teringat pesanan seorang ustaz 'semewah manapun rumah seseorang itu berbanding dengan orang lain, rumah yang terakhir kita bakal duduk sama juga iaitu kubur'.

"Huna, inilah Shahira Dahlia isteri abang yang pertama." Riyad bersuara di tengah-tengah anak tangga. Dia mencempung Shahira.

Rupanya Riyad masuk tinggalkan Huna sendirian dia bergegas ke atas untuk berjumpa dengan Shahira.

Huna terus kalih. Lama dia memerhatikan pasangan itu. Sampailah Riyad dan Shahira sudah selamat tiba di anak tangga yang paling bawah. Huna sudah cuak. Sama ada Riyad terlalu romantik sampai perlu mencempung madunya itu untuk turun ke bawah ataupun wanita itu seorang yang cacat.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now