Part 20

3.2K 64 3
                                    


RIYAD baru saja selesai buat panggilan kepada Shahira. Memberitahu mereka akan bertolak balik ke Temerloh pada pagi ini. Terlihat Huna sedang membimbit beg pakaian terus dia mendekat. Mencapai beg itu lalu dimasukkan ke dalam bonet kereta.

"Ini aje?" tanya Riyad.

Mereka akan berangkat balik ke Temerloh untuk jangka masa yang panjang. Projek untuk pembinaan rumah terbatal kerana dia telah membeli tanah itu dan menghadiahkan kepada Huna. Takde tujuan lagi untuk balik ke sini melainkan Huna rindukan kampung halamannya.

"Ya abang. Lagipun barang-barang Huna takdelah banyak sangat," jawab Huna sambil menghulurkan baju jaket kepada suaminya.

"Pintu, jendela semua dah dikunci?" soal dia lagi. Baju di tangan Huna dicapai lalu menyarungkan ke badan sendiri.

"Semuanya sudah abang. Nanti ayam, itik dan lembu tu Huna dah pesan pada Kak Yam untuk tengok-tengok sepanjang Huna di sana nanti,"

"Abang rasa ada baiknya Huna jual saja kepada dia. Kita pergi nipun tak tahu bila pula dapat balik ke mari," ujar Riyad, wajah tenang Huna ditatap lembut.

Huna gigit bibir bawah dengan mata terjuling ke atas sedikit sambil berfikir sesuatu.

"Alah, sayangnya kalau jual abang. Huna sayangkan binatang-binatang itu semua. Arwah mek dan ayoh selalu cakap kalau kita baik dengan binatang mereka akan doakan untuk kita,"

"Kalau dah Huna cakap macam tu abang ikut saja mana yang baik,"

"Terima kasih abang." Terus Huna memeluk tubuh Riyad sesaat.

"Fatin macam mana? Kita pergi ke rumah dia ke?" soalnya sebaik pelukan dileraikan.

Tak sempat Riyad mahu membuka mulut sebuah kereta memasuki perkarangan rumah mereka dan memarkir di sebelah kereta miliknya.

"Itupun mereka, panjang umur." Riyad tersenyum pada Huna di sebelah.

Huna membalas dengan senyuman juga.

"Assalamualaikum, maaf bos saya terlewat sikit." Fatin terus bersuara sebaik dia keluar dari perut kereta.

"Wa'laikumussalam." Salam dijawab serentak oleh Riyad dan Huna.

"Maafkan kami Riyad," Encik Ramli memohon maaf atas kelewatan mereka.

Riyad menggeleng, tanda tidak mengapa.

"Ini mama punya fasal. Semua benda dia nak angkut masuk bonet nak bagi dekat Huna," canda Fatin, Puan Rohana sebelah dipeluk erat.

"Yalah Huna kan dah nak pergi jauh. Pertama kali pulak tu. Jadi mama risaukan keadaan dia dekat sana." Tangan Huna, Puan Rohana tarik lembut untuk dekat padanya. Wajah Huna yang polos diusap lembut.

"Mama Huna dah kahwinlah. Lagipun bos Fatin tak akan biarkan Huna kebuluran nanti. Kalau Tuan Riyad abaikan Huna, Fatinlah orang pertama akan berhadapan dengan dia!" Fatin jungkit kening kepada Riyad sambil tersenyum bangga.

Semua yang ada di situ ketawa kecuali Fayyad. Sejak tahu Huna masih ada rasa cinta padanya, dia selalu termenung. Menyesal pun ada. Menyesal tak dengar cakap ibunya.

"Maafkan saya, boleh saya bercakap sikit dengan Huna."

Asyik bergurau senda tiba-tiba Fayyad bersuara untuk meminta izin untuk berjumpa dengan Huna. Mereka semua berhenti ketawa. Masing-masing sudah kalih kepada Fayyad.

"Saya ada nak cakap sesuatu dengan Huna. Jangan risau sekejap saja." Fayyad mencuba nasib sekali lagi.

Riyad berdehem sedikit sebelum bersuara.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now