BAB 18

113 4 0
                                    


TERMETERAI JANJI

"KENAPA ni?" Firman terkejut bila melihat sebahagian barangnya diletak di luar bilik.

"Pindah bilik. Ustaz duduk bawah. Feya bilik atas." Kedengaran mandatori, Zafeya menyimpul keputusan tanpa ada perbincangan dengannya terlebih dahulu.

"Kuasa veto ke apa ni?"

"Semua kuasa saya pakai. Kuasa Ultramen, Power Ranger, veto tak veto, ustaz kena juga pindah bilik bawah. Bersyukur sikit Feya dah tolong kemas barang ustaz dan bawa keluar. Kalau ustaz nak mintak tolong Feya angkat barang-barang ini ke bawahmpun, Feya boleh tolong. Tanda terima kasih atas kerjasama ustaz sudi bertukar bilik dengan Feya." Zafeya tersengih. Tindakannya ini bukalah kesalahan yang besar.Sekurang-kurangnya kini dia semakin hormat, membahasakan diri Firman itu sebagai ustaz

"Ya Allah Feya, kenapa tak bincang dulu?" suaranya kesal.

. "Macam mana Feya nak bincang ustaz asyik menghindar dari Feya je." balas Zafeya. Tanpa mempedulikan Firman yang masih terpinga-pinga itu, dia meneruskan kerjanya mengemas bilik di tingkat atas itu. Tingkap bilik di kuak luas. Dari dalam bilik kedengaran gadis itu bersuara riang.

"Ustaz, cantik betul pemandangan dari sini!"

Firman sekadar menjenguk dari luar. Dia hanya mampu menggeleng dengan tindakan Zafeya ini. Perlahan-lahan kotak yang terisi kitab-kitabnya diangkat. Sekeping gambar jatuh dari celahan buku, betul-betul melayang ke arah kaki Zafeya yang baru mahu melangkah keluar dari bilik itu.

"Gambar girlfriend ye?" pantas saja gambar itu dipungut Zafeya. Melihat gambar itu, air mukanya berubah serta-merta. Firman kaget.

"Ustaz simpan gambar Feya?" Zafeya menyoal, memandang wajah Firman yang serba-salah. Firman pantas meletakkan kotak di tangannya ke lantai seraya tunduk mengambil sebuah buku.

"Saya bukan simpan gambar Feya saja, saya simpan gambar semua orang. Cuba tengok ni, kan ada gambar Aunty Norah dan Uncle Norm juga. Ini gambar kita waktu ke Grand Canyon. Dah lupa?"

"Tapi gambar ni Feya tak bertudung. Malulah." Suara Zafeya perlahan. Wajahnya mula tertunduk bila dia kembali mengimbas peristiwa 'malam' di Grand Canyon. Dia mendatangi Firman dengan jiwa yang rusuh, menguji kekuatan iman lelaki itu bila berhadapan dengan dia yang mempamer hampir seluruh tubuhnya. Malah teganya dia mempersoalkan takdir Allah ke atas dirinya namun dari bibir lelaki itulah dia masih mendengar kata-kata cinta. Malam itu menjadi penawar pada seuruh perasaannya. Bebas dari belenggu putus asa pada rahmat tuhan.

"Allah, Feya malu..."lirih suaranya, menggumam sendiri.

"Saya simpan celah buku saja, tak pernah ambil kesempatan nak tatap pun." Balas Firman. Dia mengambil gambar di tangan Zafeya lalu menyisipnya kembali ke celah buku. Mujur saja situasi begitu mampu ditangani dan Zafeya tidak lagi memandangnya dengan pandangan pelik.

"Tapi gambar ni bukan gambar kat Grand Canyon?" Zafeya mengutip sekeping lagi gambar lalu diunjuk ke arah Firman. Langkah Firman terhenti lagi, menoleh sekilas kepada Zafeya sebelum pandangannya jatuh ke arah gambar itu. Dia tidak pasti mahu menjelaskan apa pula untuk kali itu. Gambar itu sememangnya gambar Zafeya. Gambar baru, close up ketika gadis itu bermenung di pantai.

"Itu gambar baru. Rasanya minggu lepas."

"Feya jangan salah faham." Serak suaranya. Dari pandangan mata Zafeya itu, ada rasa kurang senang bila wajahnya dipotret, apalagi disimpan oleh seorang lelaki.

TERHIMPUN RINDU~dalam  sujud cintakuWhere stories live. Discover now