BAB 8

170 7 0
                                    


SAMAR MIMPI~ZAFEYA

Canyon Lake, TEXAS. 2014.

PENGHUJUNG musim bunga menerima kunjungannya. Dia merasa tidak pasti kenapa dia begitu mudah menyimpul keputusan menghabiskan sejumlah wangnya untuk ke sini. Alasannya untuk menziarahi kerana hampir 5 tahun dia tidak berjumpa dengan Aunty Norah dan Uncle Norm. Ziarah mereka di bumi Mesir tahun lalu bertembung dengan lawatannya ke Yamen, bagi menghaidiri kursus imam dan khatib bersama-sama imam-imam masjid seluruh Yamen. Dia tidak berkesempatan bertemu mereka.

Hari ini setelah dia menamatkan pengajiannya, sebelum dia membuat perjalanan ke Ireland utara, dia akan terbang ke Texas terlebih dahulu. Sementara menanti dokumen untuk menetap di Ireland diproses, jemputan Aunty Norah dipenuhi.

Dia menolak ketika Aunty Norah mahu menjemputnya di lapangan terbang kerana Aunty Norah berada di Dallas. Dia sendiri datang lebih awal dari tarikh yang dimaklumkan kepada Aunty Norah dan berasa bersalah jika mengganggu kunjungan Aunty Norah ke kampung halaman Uncle Norm. Dia akan menaiki kenderaan awam saja untuk ke rumah Aunty Norah.

Rumah baru ini belum pernah dikunjunginya. Alamat yang diberi Aunty Norah adalah di Canyon Lake, Texas. Dia tidak begitu pasti kenapa Aunty Norah berpindah ke sini setelah hampir 20 tahun di New York.

San Antonio International Airport hanya 46km dari Canyon Lake. Jam sudah di angka 9 malam, ketika teksinya melewati laman rumah di Johnson Rd, Canyon Lake, dia turun di hadapan rumah desa dua tingkat yang tampak hebat dengan landskap yang melatari hampir 4 ekar kawasan lamannya. Lampu taman membias cahaya yang cantik.

Loceng ditekan. Sebentar kemudian, daun pintu terkuak. Wajah gadis yang menyambutnya agak terperanjat;

"Mr. Hasballah? Are you Looking for Mr. Norm? He's been away for a while but he left his message." Sambut gadis itu, tidak begitu mesra. Firman tidak beranjak dari depan muka pintu itu membuatkan gadis itu kembali semula ke pintu.

"I'm Firman." Perkenal Firman lalu membuka topinya.

Sekali ini, wajah Zafeya lebih terperanjat. "Firman? 5 years ago you looked different. Sumpah, saya hampir tak kenal. Dulu awak agak kurus but now, hmm..." Zafeya tidak jadi menyambung kata-katanya. Lelaki di hadapannya nampak tegap dan santai dalam denimnya.

"Come in. Aunty Norah dan Uncle Norm ada di Dallas. Saya tak tahu pulak awak akan datang ke sini. Nobody told me. Duduklah. Awak dah dinner?" Zafeya serba-salah. Kini jam 9 malam, jika penerbangan lelaki itu dari Kaherah sedari pagi tadi, ada kemungkinan lelaki di hadapannya itu belum makan.

"Ok. Saya masak!" Putus Zafeya. Dia seraya bergerak ke dapur, meninggalkan Firman yang duduk di sofa di ruang tamu itu. Kemudian dia muncul semula;

"Kalau awak nak rehat, come on, I show you your room." Zafeya sekadar berbasa-basi. Tidak ada reaksi gembira menerima kunjungannya. Segalanya biasa saja, seperti gadis itu hanya menjalankan tugasnya menyambut tetamu. Firman hanya menurut, melintasi hall rumah itu, naik melalui tangga di tepi kanan hallway. Bilik di tingkat satu, sebelah kiri ruang famili itu dilewati. Zafeya membuka pintu bilik; suaranya kedengaran perlahan " Aunty Norah tak bagitahu saya pun awak yang nak datang?"

Firman masih diam, melangkah ke dalam bilik. Zafeya menyambung kata-katanya semula, "Oh, mungkin dia nak buat kejutan. Ya, I'm surprised to see you."

"Saya pun surprised lihat Zafeya sekarang. Feya nampak..." Firman menggantungkan ayatnya sendiri. Cepat pandangannya di alih ke arah tingkap yang dilapisi langsir nipis saat menyedari pujiannya lebih mengagumi fizikal gadis di hadapannya. Dadanya berombak, mengalun istighfar yang panjang. Berhadapan dengan Zafeya bukan perkara yang mudah bagi dirinya, sedari dulu lagi.

TERHIMPUN RINDU~dalam  sujud cintakuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang