BAB 14

103 5 0
                                    


MENGABDI BUDI

"ABANG."

Firman yang sedang sibuk menebas rumput belukar itu terhenti. Dia mengesat peluh yang merenik di dahinya. Sepagi itu dia membersihkan tanah tinggal yang hampir menjadi belukar. Bermula dengan penjuru kanan, pokok-pokok kecil ditebang dan dibersihkan. Kini dia baru selesai membersihkan suku dari keseluruhan kawasan..

"Abang kenapa repot-repot bersihin sendiri sih? Kak Feya bilang upah orang saja." Nasuha bertanya dalam bebelnya. Botol air dari raga basikal dikeluarkan. Ajwad yang membonceng seraya melompat turun.

"Aku mau main di sungai mas!" Pinta Ajwad namun tanpa menunggu jawapan Firman, dia sudah meluru ke aliran sungai cetek tidak jauh dari situ.

"Lagipun, boleh cepat buat kolam ikan tu." Sambung Nasuha. Firman diam saja. Dia sudah berkira-kira sebenarnya. Modalnya kecil saja. Itu pun baki duitnya di Belfast dulu. Setelah ditolak belanja persekolahan adik-adiknya, masih berbaki sedikit untuk merealisasikan hasratnya mahu membangunkan kolam ikan di tanah terbiar Tok Wa itu.

Tok Wa tidak membantah. Asalnya dia mahu jual saja tanah terbiar itu tapi setelah berbincang, Firman meminta untuk mengusahakannya. Tok Wa tidak menghalang dan dia akan bantu sedaya boleh. Tapi orang tua yang tak kaya macam dia, setakat sepuluh dua puluh ribu saja dia mampu bantu. Selebihnya Firman perlu berusaha sendiri.

Selain tanah ladang yang terbiar itu, tanah tepi laut tinggalan arwah Tok Wan Man juga kata Firman berpotensi untuk dimajukan dengan membina chalet.

"Dah lama tanah-tanah tu terbiar. Lama jugak Tok Wa tunggu kamu semua balik. Sekarang ni, semua dah ada, jadi kena usahakanlah." Tok Wa bersuara. Serentak dia berpaling, menyabung pandangan dengan Zafeya yang turut memandang ke arahnya.

"Bagus cadangan tu. Kita boleh usahakan. Kalau kita buat serentak pun bagus tok. Kolam ikan kita buat, chalet pun kita bina." Cepat saja Zafeya memberi kata putus. Ketika Tok Wa bangun dari duduknya menghadap sarapan pagi itu, Firman pantas bersuara, "Pandainya Feya berjanji itu ini. Feya dah fikir ke berapa banyak modal yang kita perlu?"

"Eh, cadangan ni dari awak. Saya ingat awak dah fikir?"

"Saya cadang saja. Belum detail lagi," lemah suara Firman.

"Takkan awak tak ada duit langsung? 500k? 50 juta? Awak kan duduk lama di oversea?" membuntang mata Zafeya menyoal. Firman menghela nafas panjang.

"Feya fikir saya duduk Mesir tu saya buat apa? Saya belajar. Bila masa pulak saya sempat jadi model?" balas Firman.

"Eh, saya tak kata pun awak model. Muka buruk mana laku."

"Ya Allah, cakap elok sikit boleh?"

Zafeya tergelak. Muka tampan Firman memang boleh jual tapi takkan dia nak puji depan-depan?

"Yang awak duduk lama kat Ireland tu buat apa? Charity?"

"Ya Allah, Feya. Tak adalah sampai saya boleh balik Malaysia bawak berguni-guni duit. Yang sebetulnya saya memang tak ada duit. Tok Wa pun tak ada banyak duit untuk jalan macam-macam projek ni."

"Dah tu?" Zafeya menyoalnya semula.

"Dah tu, jangan beranganlah. Buat one by one."

"Awak carilah duit!" Mudah saja Zafeya membalas. Firman sekadar menggaru kepala yang tidak gatal. Kalaulah istilah mencari duit itu mudah perbuatannya, dia tak perlu bersusah mengusahakan itu ini.

TERHIMPUN RINDU~dalam  sujud cintakuWhere stories live. Discover now