BAB 13

109 7 0
                                    

REBUTAN

KEPULANGANNYA ini disambut baik-baik sahaja, melainkan ada sebahagian perkara yang membuatkannya tidak selesa seperti wajah Najlah yang sinis dan dia juga berjauh hati bila melihat wajah selamba tidak bereaksi Firman yang semacam tidak senang dengan kepulangannya, malah seperti menghukumnya kerana tidak menyertai mereka ke surau.

"Bahaya tinggal sendirian di rumah," lelaki itu bersuara, dituju khas buatnya.

"Tak salah pun perempuan sembahyang sendiri di rumah." Lepas kata, dia menjawab dengan nada agak keras. Firman menghela nafas panjang sebelum melepas keluhan.

"Maksud saya, keselamatan Feya sebagai seorang perempuan."

Zafeya tidak menjawab sebaliknya hanya merengus. Dia bukan anak kecil, dia tahu menjaga diri.

Dia tidak pasti jam berapa dia terlelap. Dia hanya sedar bila kedengaran pintu diketuk bertalu-talu. Salam Tok Wa disambut. Pintu utama itu dibuka dan semua yang ada di situ mencerlung pandang ke arahnya. Apa pula yang tak kena kali ini?

"Dah tidur ke? Maaflah ganggu Feya nak tidur." Tok Wa melangkah masuk, diikuti Nasuha dan akhir sekali Firman. Firman hanya tunduk, tidak langsung memandangnya. Ada reaksi tegang dirasakan.

"Feya terlelap tadi."

"Tak apalah. Pergi sambung tidur." Ujar Tok Wa. Ketika Zafeya mahu melangkah kembali ke biliknya, Nasuha menuruti.

"Abang pesan suruh kak Feya tutup kepala." Nasuha separuh berbisik. Zafeya serentak memegang kepalanya. Oh!

"Pakai tudung?"

"Mungkin kak." Sepatah saja Nasuha menjawab dan mahu melangkah terus ke biliknya. Zafeya bungkam seketika. Dia tunduk memandang pakaiannya. T-shirtnya sendat. Lengan pendek pulak tu. Seluar tidurnya meskipun longgar tapi agak nipis.

Patutlah semua mata tajam memandangnya tadi. Tisak hairanlah Firman menghantar isyarat seperti kurang senang dengannya.

Matanya yang tadi bukan main mengantuk kembali tercegil. Terasa ada lebih banyak peraturan yang dia kena turuti kalau dia mahu tinggal di sini. Sebenarnya tak ada masalah pun kalau Firman itu tidak tinggal sekali dengan mereka. Tok Wa, Nasuha, Fatma, dan dia, semua perempuan. Aurat tidaklah begitu terbatas. Ajwad pulak belum baligh, jadi tak jadi masalah. Hanya Firman saja yang bakal menyusahkannya.

Ah, banyak hal pula perlu difikirkannya. Kalau nak diikutkan, semua baju di dalam begnya itu tidak lepas piawaian. Habis dia nak buat apa?

Bakar semua baju-baju itu?

Kemudian pinjam baju Tok Wa?

Atau pinjam baju Nasuha?

Atau batalkan niatnya untuk bermastautin di rumah itu?

Atau singkirkan Firman dari situ?

Penat berfikir, dia menghempas diri ke tilam. Matanya terbuntang memandang siling yang bergayut sawang. Jam berputar. Jam dua matanya masih terkebil-kebil.

Dia bangun dari katil. Kalau televisyen masih bersiaran, baik dia layan TV sahaja.

"Feya tak tidur lagi?"

"Belum." Balasnya acuh tak acuh. Dia berkelubung selimut dari atas kepala hingga hujung kaki, jadi tidak ada alasan untuk lelaki itu complain fasal auratnya lagi. Lelaki itu pun tidak membalas, terus saja hilang di balik dinding dapur. Mungkin ke bilik air. Tidak lama kemudian lelaki itu muncul kembali dengan wajah yang basah tapi tidak sepatah pun menegurnya melainkan terus meniti tangga ke biliknya di tingkat atas.

TERHIMPUN RINDU~dalam  sujud cintakuWhere stories live. Discover now