BAB 1

853 20 0
                                    


KEMBALI PULANG

ZAFEYA tersenyum. Hampir 19 tahun meninggalkan Malaysia, ketika dia kembali pulang hari ini, kepulangannya tidak disambut sesiapa. Begitu pun dia masih gembira dengan keputusannya yang spontan saja disimpul.

Asalnya dia mahu berpindah ke Atlanta namun dia tidak menemukan apa yang baik untuknya di sana. Beberapa tempat lain yang dicadang Uncle Norm untuknya berhijrah adalah Wales dan Manchester. Hijrahnya termasuk dalam agenda sama ada bekerja atau melanjutkan pengajian sarjananya namun sikap overprotective Aunty Norah membantah keras.

Akhirnya dia memilih untuk pulang ke Malaysia. Keputusannya disambut baik oleh Aunty Norah dan Uncle Norm. Nasib saja Uncle Norm mahu membantunya, dari urusan tiket kapal terbang hinggalah mendapatkan kerja sesuai dengan kelulusannya di Wisma Mustapha. Walaupun pada mulanya dia tidak begitu bersetuju untuk berkerja di syarikat pemaju hartanah milik kawan Uncle Norm itu, tapi akhirnya dia akur juga kerana memikirkan dia tidak mahu menganggur.

Kerana keputusannya itu, dia kembali menjejak kaki di bumi Malaysia. Suhu sekitar 37, cuaca yang tidak menentu dan Kuala Lumpur yang tidak terlepas dari kesesakan lalulintas.

Teksi membawanya terus ke alamat yang diberikan.



HATINYA seperti mahu luruh saat melihat kelibat lelaki yang sedang duduk di ruang menunggu itu. Langkahnya yang mahu menuju ke bilik mesyuarat itu terhenti serta-merta. Dia beralih arah, berjalan pantas kembali ke biliknya.

Fail di tangan diletak ke meja. Dia kembali menempati kerusinya dan perlahan mata dipejam, cuba menenangkan diri sendiri. Istighfar panjang beralun bersama keluhan.

Mungkin dia silap? Atau memang lelaki itu adalah lelaki yang dikenalinya lewat 9 tahun lalu?

Zafeya tidak menunggu lebih lama. Melalui intercom, dia memanggil setiausaha.

"Siapa wakil dari Gema Holding?"

"En. Haris. Kita ada meeting dengannya. 10 minit lagi. Dato' Mustapha ada sekali."

"Nama penuhnya?"

Setiausaha bertubuh genit itu mengerutkan dahi, sedikit hairan. "Kalau tak silap Amzarharis. CEO Gema Holding."

"Anak Tan Sri Nadzri?" soalnya. Setiausaha itu mengangguk. Zafeya tidak berhasrat untuk menyoal lebih lanjut lagi.

"Saya rasa kurang sihat. Saya tak dapat join meeting tu."Getus Zafeya. Dia bangun dan segera mengemas begnya.

"Tapi Cik Feya..." Perempuan genit itu tidak sempat berkata-kata bila Zafeya sudahpun melangkah keluar meninggalkan bilik dengan langkah terburu-buru. 

TERHIMPUN RINDU~dalam  sujud cintakuWhere stories live. Discover now