BAB 3

300 7 0
                                    


MERAH RONA HARI LALU

ANGIN ribut masih membadai pinggir laut, melampias titis hujan ke sisi jeti. Jam 12 malam, sesusuk tubuh berlari ke arah ruang menunggu itu dengan beg yang diangkat ke kepala bagi menutupi kepala dari terkena hujan.

"Saya pun tertinggal feri!" Suara gadis itu jelas. Hanya wajahnya samar, terlihat di balik hud bajunya menutup kepala.

"Saya tumpang tidur di sini boleh?" soal gadis itu. Firman memandang sekeliling. Tiada siapa di situ melainkan mereka adik-beradik. Nasuha, Ajwad dan Fatma sudah dibuai lena. Jelas, soalan itu dituju buatnya. Dia yang baru mahu melelapkan mata, mencerlung pandang pada gadis itu. Dia lalu menarik kain serban yang menutup sebahagian mukanya. Kembali duduk tegak, memandang ke arah wajah terlindung gadis itu.

"Sendiri?"

"Ya."

"Malam-malam begini?" soal Firman. Hatinya pantas tergugah bimbang. Anak gadis bersendirian pada waktu malam baginya amat bahaya. Kejadian pulang ke Shoubra dari Adoub kembali basah di mindanya.

"Ya, seorang. Saya tumpang tidur di belakang ya," balas gadis itu, tidak begitu acuh dengan kebimbangannya. Gadis itu tidak melanjutkan bicara, sebaliknya beredar ke barisan kerusi di belakangnya lalu meletakkan beg besar di sisi kerusi. Beg galasnya pula di letak di kerusi, menjadi alas tidurnya.

Firman hanya memerhati. Hilang kebimbangannya, dia kembali bersandar santai di kerusi. Sesekali dia terlelap namun cepat saja dia berusaha untuk melawan kantuknya.

Ketika malam mula menganjak subuh, dia masih di kerusi. Angin ribut semalam dan hujan lebat bersisa di lantai ruang menunggu yang basah. Masih awal pagi. Jam 5 pagi.

Firman bangun, meregangkan tubuh. Dia bersiap-siap untuk solat. Surau masih tutup. Mujur saja tandas tidak berpintu utama. Seusai wuduk, dia menghampar kain, melapisi lantai ruang menunggu jeti itu. Solat didirikan.

Selesai solat dan berwirid seketika, dia beralih pandang ke arah adik-adiknya yang masih lena. Gadis yang menumpangi tidur di kerusi belakang juga masih nyenyak. Firman hanya memandang sekilas. Gadis itu berkelubung pashmina. Mukanya terlindung di balik selendang, hanya dengkuran halus kedengaran.

Firman menghela nafas perlahan. Dia merasa lega sebentar. Sekurang-kurangnya dia menaungi gadis itu juga dari diapa-apakan orang. Sepanjang malam dia berjaga. Tidur-tidur ayam sambil mengawasi.

"Suha, bangun!" Bahu Nasuha digoncang perlahan. Kemudian berturutan Ajwad dan Fatma.

"Solat dulu. Nanti kejutkan kakak tu." Ujar Firman dengan juihan mulut ke arah gadis yang masih terulit dalam lenanya. Sementara menunggu perkhidmatan feri yang hanya akan bermula sekitar jam lapan, Firman bercadang melelapkan mata.

Dia sempat dia dengar butir perbualan Nasuha dan gadis di kerusi belakang itu beberapa ketika sebelum terlelap. Kedengaran ucapan terima kasih gadis itu dan dia berkirim salam padanya. Selepas itu Firman terlena. Dia hanya terjaga bila suasana mulai bising. Bunyi kenderaan dan orang ramai yang mulai tiba di jeti itu membuatkan lenanya terganggu.

"Manis sekali kakak tu, mas liat? Manis, kan? Mana pintar bahasa inggris pula." Puji Nasuha.

"Mukanya pun tak dapat dilihat. Terselindung dengan selendangnya."

"Ah, rugi. Cantik mas!" Nasuha masih memuji. Remaja seusia Nasuha itu memang selalu kagum dan terinspirasi dengan gadis lain.

"Cantik itu kan subjektif. Bagaimana kamu menilainya? Parasnya semata?"

"Wajahnya cantik banget. Sumpah mas, dia itu nggak pakai makep. Alami banget."

Firman tergelak kecil. Dia berjalan laju menuju kaunter untuk membeli tiket. Nasuha masih mengekorinya.

"Mas pasti jatuh hati kalau melihatnya. Itulah yg dikatakan perempuan idaman mas. Sudah menutup aurat, pakai jilbab, baju longgar cuma celananya aja yg kekecilan. Perfect deh cuma kurang di celananya aja."

"Ya udah. Baru aja kenal sepatah dua kata sudah memberikan penilaian."

"Ini bukan penilaian akhlaknya tapi fisiknya mas. Bener-bener cantik. Mas jaga pandangan ya, makanya nggak liat."

"Iya ya." Dia akur saja. Seusia Nasuha itu memang mudah kagum.

"Cantikkan? Gayanya trendy lagi. Stylish banget."

"Sudah-sudah bicarakan gaya. Kita kalau udah lengkap tutup aurat, akhlak baik sudah beruntung. Lebih-lebih pula perempuan. Nasuha udah cukup cantik. Nggak usah ikutin gaya orang terus." Firman sedikit keras. Dia mahu tamatkan perbualan itu begitu saja. Hanya kemudian nanti dia akan berbicara panjang hal seumpama itu dengan Nasuha bila punya kelapangan. Dia sedar seusia Nasuha itu, atma sedang bergolak mencari identiti.

Feri membawa mereka ke pulau. Setelah itu mereka menaiki teksi terus ke rumah Tok Wa. Jam 11 pagi, di muka pintu, mereka disambut oleh seorang gadis.

"Apa, memangnya orang Malaysia ini cantik-cantik mas?" soal Nasuha, separuh berbisik ke telinga Firman. Matanya tidak berkerdip memandang gadis di muka pintu itu. Bertubuh tidak begitu tinggi, namun wajahnya yang mengenakan selendang yang diselimpang ke bahu itu kelihatan ayu.

"Najlah." Perkenal gadis itu. Firman mengangguk. Nasuha dan Fatma menyalami Najlah. Nasuha masih di sisi Firman, berbisik dengan nada mengusik; "Yang ini mas, cantik nggak? Tapi kayak nggak boleh lawan kakak di jeti tadi."

Firman menyinggung Nasuha. Dia lebih dahulu mengekori Najlah yang berjalan ke bilik Tok Wa. Di bilik itu, Tok Wa sedang tidur.

"Biar Tok Wa tidur dulu. Usah kejutkan dia." Pinta Firman. Najlah mengangguk faham.

"Sakitnya sudah menyurut. Tok Wa asalnya jatuh bilik air, kemudian melarat jadi demam. Tapi Naj dah bawa ke klinik, alhamdulillah tak ada apa-apa yang serius."

"Saya dan adik-adik dah ada di sini jadi kami bolehlah tengok-tengokkan Tok Wa. Terima kasih Naj jagakan Tok Wa sehari dua ni, dan terima kasih juga sampaikan berita Tok Wa sakit. Malah terima kasih kerana berkirim khabar selama bertahun saya berada di luar negara. Alhamdulillah, mungkin ini jalan untuk saya kembali menetap di sini." Ujar Firman.

Najlah tersenyum lalu membalas perlahan " ...dan mungkin ini jalan untuk Naj kembali bertemu abang Firman." 

TERHIMPUN RINDU~dalam  sujud cintakuWhere stories live. Discover now