PROLOG

1.3K 28 1
                                    



FIRMAN berusaha menahan gelojak di dadanya. Telapak tangan kanan pantas menekup mulut.

"Are you okay?"

Soalan gadis di sebelahnya hanya dijawab dengan anggukan. Gadis itu berpuas hati, lalu kembali bersandar namun tidak lama kerana ketenangannya kembali terganggu. Lelaki di sebelahnya beberapa kali membetulkan kedudukan. Gerak tubuhnya penuh keresahan.

Firman menghela nafas. Dengan keadaan kapal terbang semakin meninggi, dia mula hilang kawalan bila terjadi goncangan walaupun hanya goncangan ringan. Jantungnya berdetak cepat dan kesulitan bernafas mula terasa.

"Panic attack? Aviophobia?" soal gadis itu lagi. Sekali ini sempat Firman memandang sekilas. Wajah cantik itu sedang tersenyum kelat. Mungkin tidak selesa duduk bersebelahan dengannya dan dalam masa yang sama merasa simpati.

"If you don't mind, hold my hand and slowly, take a deep breath. You'll feel better."

Gadis itu menghulur tangannya. Firman terpempan. Dia tidak segera menyambut huluran itu sebaliknya hanya menggeleng perlahan.

"I really appreciate it but you don't have to do this. I'm okay."

Gadis itu mengangguk dan kembali menyandarkan kepala ke kerusi. Firman menarik nafas dalam-dalam, sebelum turut menyandarkan kepala dan memejamkan mata.

TERHIMPUN RINDU~dalam  sujud cintakuWhere stories live. Discover now