HILANG

4K 71 9
                                    

"Maafkan kami, Puan April keguguran. Hentakan pada perut dia agak kuat. Nasib baik dia memang dah ada di hospital, kalau lambat sikit.. saya risau dia akan kehilangan banyak darah. Semoga encik dan isteri encik tabah".

Sungguh! Episod duka kembali dilayari oleh wanita bernama April Qaisara. Perut yang selalu diusap lembut dan penuh kasih kini kempis. Hati ibu mana yang tidak sayu. Biarpun tiga bulan itu tidak seindah waktu ibu mengandung yang lain, dia tetap gembira. Gembira kerana wujudnya satu nyawa yang dianugerahkan buatnya.

Tapi sekarang? Sekarang semuanya hilang. Begitu juga dengan kekuatannya. Melayang.  Kerana apa? Kerana kandungan itu adalah kekuatannya!

Pintu dikuak secara perlahan. Bik Yanti dan Noah Iskandar saling berpandangan. Masing-masing sedang mengumpul kekuatan dan ketenangan.

"Puan sabar ya.. Bik yakin, semua yang jadi ini pasti ada hikmahnya. Allah itu maha adil. Bik yakin Puan kuat" Bik Yanti merenung wajah April Qaisara. Kalau dia di tempat wanita itu, mungkin dia sudah gila. Meroyan agaknya.

April Qaisara masih membisu. Pandangannya dilempar ke arah tingkap. Matanya mula berkaca. Dia tak kuat!

Noah Iskandar mendekati isterinya, diraih jemari wanita itu. Namun April Qaisara pantas menepis kasar.

"Keluar! Aku tak nak tengok muka kau! Keluarr!"

"Maafkan aku. Aku tak patut cakap macam tu kat kau. Please, April".

Kini tubuh wanita itu pula cuba dipeluknya. April Qaisara semakin menggila. Dada lelaki itu ditumbuk berkali-kali. Ditolak namun tidak sedikit pun berganjak.

"Aku benci kau! Keluar! Jangan dekat dengan aku" jeritan itu akhirnya bertukar menjadi tangisan halus dan lirih. Dua orang jururawat dan seorang doktor tiba. Suntikan diberikan, tubuh April Qaisara kemudian terkulai layu.

Doktor bernama Suhana memandang Noah Iskandar dengan wajah tegasnya.

"Maafkan saya encik. Tapi dalam kes ni, saya minta encik beri isteri encik masa dan ruang. Wanita yang hilang anak ni, emosi dia kita tak boleh kawal. Kalau encik macam ni, saya risau dia jadi makin teruk. Malah boleh menyebabkan dia depresi dan banyak lagi kesan buruk. Saya harap encik faham apa yang saya cuba sampaikan".

Noah Iskandar mengangguk perlahan. Wajahnya diraup. Rasa menyesal kembali menjengah. Teringat kata-kata kasar yang dilemparkan buat isterinya sebentar tadi.

Kau bodoh, Noah! Kau kejam!

********

"Puan ngak salah apa-apa Tuan. Saat mobil itu tiba-tiba muncul, Irfan terus dipeluknya. Mereka sama-sama rebah, cuman Irfan aja yang pingsan. Waduh, kasian banget sama Puan. Saya ngerti sekali bagaimana rasa sedih itu. Harapnya, Tuan bisa lebih prihatin sama dia ya"

Noah Iskandar tidak henti memaki dirinya. Kenapa aku payah sangat nak kawal rasa marah ni? Ya Allah, aku tak berniat pun nak cakap macam tu dekat dia.

Dia sedar, sememangnya dia hanya mengeruhkan keadaan. Rasa marah dan sakit yang lalu belum diubati, malah ditambah lagi dengan kesakitan yang lebih dahsyat. Mungkinkah wujud lagi peluang untuk dia?

Kusut!

Aku tak nak hilang dia! Aku tak sanggup!

Waktu begini saja dia dapat mendekati isterinya. Kalau wanita itu sudah sedar, pasti dia akan menghalau suaminya lagi. Meracau dan mengamuk.

Jemari Noah Iskandar naik ke pipi isterinya. Diseka sisa air mata yang mengalir. Dadanya terasa dipukul. Kesakitan itu tidak bisa dipindahkan kepadanya, namun mahu sekali dia memikul semua itu.

"Maafkan aku... aku tak pernah buat kau bahagia. Maafkan aku, April"

Air mata lelakinya tumpah. Sungguh dia menyesali segala tindakan dan khilafnya yang lalu. Dan saat itu, dia sedar. Sedar betapa lalinya dalam mengabdikan diri kepada Sang Pencipta.

Hablu minallah, Hablu Minannas.

Jika engkau menjaga hubunganmu dengan Allah, maka Allah akan pelihara hubunganmu dengan manusia yang lain. Air mata Noah Iskandar terus mengalir. Rasa kesal itu bercampur dan berganti dengan rasa hiba.

Terlalu jauh dia tersasar dari landasan Islam. Bahkan sudah lama dahinya tidak menjilat sejadah. Sudah lama anggota tubuhnya tidak dibasahi dengan air wudhu. Tidak anehlah jika tiada Nur dalam hidupnya. Tiada berkat dari DIA. DIA yang sentiasa merindui hamba-NYA.

Ampuni aku, Ya Rabb!

*******

Nazmi tersenyum sinis seraya memandang Jennie yang masih lena dibuai mimpi. Mungkin penat dengan permainan mereka semalam. Senang betul kau serah diri kau dekat lelaki. Dasar perempuan murahan! Sememangnya semua telah dirancang kemas. Dengan meniduri Jennie dan merakam video aksi mereka semalam, dia bisa mengugut wanita itu bila-bila masa saja.

Wanita itu akan dia jadikan hambanya. Hamba seksnya dan juga hamba untuk dia mencapai semua rancangannya.

Perempuan bodoh macam ni memang sesuai dengan kau, Is!

Jennie menggeliat kecil. Matanya digosok. Senyuman terukir di bibir saat melihat Nazmi yang galak merenungnya. Dia fikir lelaki itu masih terpikat dan tergoda dengan lekuk tubuhnya yang menggoda.

"What's you looking at? Hm?"

Nazmi kembali mendekati Jennie. Jemarinya bermain dengan hujung rambut wanita itu.

"Nothing. Maybe I just can't forget how sexy dan slutty you were last night".

Jennie tersenyum malu. Konon!

"Jahat la you ni. Well.. apa rancangan you lepas ni? I tak sabar nak tengok perempuan tu mati"

Kau yang patut mati!

Nazmi tersenyum senget. Banyak lagi rancangannya, tapi tak mungkin diceritakan kepada Jennie. Wanita itu mungkin merosakkan segalanya. Perempuan bodoh macam tu sanggup buat apa saja demi merampas Noah Iskandar.

"What do you want me to do?"

"Hm. I memang jenis yang tak sabar tau. So, why not.. you suruh je konco-konco you culik perempuan tu. Rogol dia. Buang dalam hutan. Pasal anak dia, I sanggup je jaga".

"Bagus betul mak tiri macam you ni. Interesting. I pun tak sabar nak tolong you dapatkan dia"

Kau bodoh, Jennie. Tak mungkin kau dapat bersama dengan Is.. sebab aku akan pastikan jantan tu hidup tak aman. Termasuk hidup kau!

.
.
Maafkan author lambat update 😁😁

Mr. Devil's Love (ON HIATUS)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin