INSANE

7.2K 84 27
                                    

"Let's get married, April"

Wajah Noah Iskandar kali ini lebih serius. April Qaisara tidak memandang lelaki itu. Dia tidak kuat. Tidak kuat untuk menempuhi semua kegilaan ini. Dia mahu hidup seperti manusia biasa.

"Aku akan bertanggungjawab atas apa yang aku dah buat" tambah Noah Iskandar lagi.

Tangisan April Qaisara mula kedengaran. Noah Iskandar mendekati wanita itu. Tangannya menyeka air mata yang mengalir. April Qaisara menepis.

"Saya tak perlukan simpati sesiapa, termasuk awak!" balasnya.

Noah Iskandar tidak terkejut. Sememangnya wanita itu berhak bertindak sedemikian.

"Aku minta maaf. Aku tak dapat kawal diri aku semalam. Memang semua salah aku. So, please.. aku nak bertanggungjawab. Aku rosakkan kau dan kalau kau mengandung.. baby tu anak aku"

"Tak nak! Saya tak nak kahwin dengan lelaki kejam macam awak! Perogol!" jerit April Qaisara. Dia menjauhi Noah Iskandar. Tubuhnya diselimuti comforter.

"Ikut suka kau lah nak panggil aku apa pun, aku tak kisah. Please, April. Aku cuma nak jadi lelaki yang bertanggungjawab. Kau rasa... ada ke lelaki yang nak perempuan yang dah ditebuk"

April Qaisara terdiam. Dia tidak menafikan kebenaran itu. Pastinya dia akan membujang sampai ke tua jika ada yang tahu dirinya tidak lagi suci.

"Stop it! Awak yang buat saya macam ni. Bebaskan saya. Saya tak nak hidup dekat sini. Saya nak hidup saya yang lama" April Qaisara seolah-olah merayu. Namun bagaikan tak lut dek Noah Iskandar.

"No, April! Once I have you, you will forever be mine. Aku tak nak kongsi kau dengan orang lain!"

Terpejam mata April Qaisara mendengar kata-kata Noah Iskandar.

"Macam mana kalau saya tak nak?" dia sengaja menduga lelaki itu. Bukankah dia tiada pilihan lain? Menyerah saja pilihan dia ada. Noah Iskandar tersenyum.

"I will make you say yes, April"

April Qaisara melepaskan keluhan panjang. Matanya dipejamkan. Hatinya meronta-ronta mahu mengatakan tidak, namun sungguh.. dia tiada pilihan lain.

"I have no option. You win, Noah" dia bangun dan segera memasuki bilik air. Air memancut keluar dan mengalir ke seluruh tubuhnya. Dia menangis semahu-mahunya. Sedih mengenangkan nasib badan.

Berbeza dengan keadaan di luar. Noah Iskandar menguntum senyuman penuh makna. Dia berjaya menyakinkan wanita itu untuk menikahinya.

"I love the way you call me. You make me want to know you more, April. More and even more".

*********************

Jennie terkejut apabila lelaki yang sudah lama dicintainya itu memberitahu bahawa dia akan berkahwin dengan seorang wanita yang baru dikenalinya. Tidak mungkin lelaki itu tidak sedar akan perasaannya selama ini. Noah Iskandar pasti berpura-pura tidak sedar!

"No, Noah. I'm not agree with your decision!" bentak Jennie. Dia berpeluk tubuh. Noah Iskandar tersenyum sinis.

"Aku tak mintak pendapat kau. It's up to you whether to agree or not. Aku cuma nak bagitahu kau je" balasnya selamba.

Jennie sudah menyeringai. Sudah lama dia menanti saat untuk menjadikan Noah Iskandar miliknya, tetapi wanita bernama April Qaisara itu pula yang bakal memiliki Noah Iskandar. Dadanya berombak menahan amarah.

"Then, selama ni.. apa yang jadi antara you dan I. You nak tinggalkan I lepas apa yang you dah dapat?"

"Apa yang aku dapat Jennie? Aku tak pernah henjut kau macam lelaki lain. Setakat ringan-ringan tu, bukan kau ke yang sibuk menggesel kat aku. Aku tak mintak, kau yang serah diri!" Noah Iskandar menyerang balas. Kali ini Jennie terdiam. Terpukul dengan kata-kata Noah Iskandar.

"Aku cuma rasa bersalah sebab dah rosakkan dia. Dia tak bersalah langsung. Dia masih ada dara masa aku sentuh dia. Sebagai seorang perempuan, aku nak kau faham semua tu. Dia ada masa depan yang cerah, tapi aku dah rosakkan semuanya" kata-kata Noah Iskandar kali ini berbaur penyesalan. Jennie sekadar tersenyum sinis.

"You selfish, Noah. You nak I faham dia, tapi you tak pernah faham I"

Noah Iskandar meraup wajahnya. Penat dia menjelaskan kepada wanita itu.

"Kau yang selfish, Jennie! Kau nak aku jadi pak sanggup je kan? Kau dah seronok dengan jantan lain, sekarang kau cari aku"

Jennie merenung Noah Iskandar yang sudah berapi. Dia silap. Kalau lelaki itu mengamuk, pasti dia turut menjadi mangsa. Jennie menggapai beg tangannya. Dia berlalu pergi tanpa sebarang kata.

***********************

Farhan menjadi semakin runsing apabila mendapat berita bahawa April Qaisara diculik. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Hendak dicari, tapi di mana?

Ya Allah, kau jagalah dia. Selamatkanlah dia. Jauhilah dia dari sebarang kejahatan.

Farhan berdoa di dalam hati. Sesungguhnya kegusaran itu tidak dapat dibendung lagi. Dia menggapai telefon pintar di sebelahnya. Nombor April Qaisara didail. Dengan penuh rasa gementar, dia menanti.

Tetapi penculik itu telah mematikan telefon bimbit April Qaisara. Panggilan tidak dapat dibuat. Farhan menumbuk meja di sisinya. Geram!

Argh, stress!

.
.

So, nak team Noah ke team Farhan?
Ehe~~

Mr. Devil's Love (ON HIATUS)Where stories live. Discover now