BREAKFAST

4.4K 80 5
                                    

April Qaisara menggosok perlahan matanya. Diraba-raba katil di sebelah. Kosong. Pastinya Noah Iskandar sudah keluar atau berada di tingkat bawah. Tidak menunggu lama, dia segera membersihkan diri dan menuruni anak tangga untuk mencari kelibat suaminya.

Bik Yanti mengukir senyuman manis saat pandangan mereka berlaga. Kehadiran Noah Iskandar dari belakang wanita itu membuatkan Bik Yanti kembali fokus dengan kerjanya. April Qaisara menoleh. Dipandang lama wajah suaminya yang kelihatan amat tampan. Wajahnya bersih tanpa sebarang cela. Tiada kumis atau jambang. Perfect!

Tidak anehnya jika banyak mata yang memandang mereka sepanjang di shopping mall tempoh hari. Kenapa dia baru sedar sekarang? Noah Iskandar memandang tajam ke arah isterinya.

"Aku tau aku hensem, tak payah la pandang macam tak pernah jumpa lelaki" perlian Noah Iskandar membuatkan April Qaisara berhenti dari lamunannya. Dia segera melabuhkan punggung ke atas kerusi di sebelah suaminya.

Bik Yanti mula menghidangkan sarapan pagi. Roti bakar. Nasi goreng. Air kopi. Noah Iskandar memandang dengan wajah tidak berselera.

Bik Yanti kembali ke dapur untuk melakukan aktiviti pembersihan. Tinggallah dua orang suami isteri itu di meja makan. April Qaisara memandang suaminya yang masih belum menyentuh makanan. Sama-sama terdiam sebelum Noah Iskandar memandang isterinya pula.

"Aku tak nak makan ni. Tak best" rungut Noah Iskandar.

Berkerut kening April Qaisara. Aduh, apa pula yang tak kena? Nama Bik Yanti dilaung perlahan, Noah Iskandar segera menegah.

"Kenapa kau panggil Bik Yanti pulak? Aku tak nak dia yang masakkan, tapi kau"

Tidak terkejut dengan arahan lelaki itu, April Qaisara segera bertanyakan apa yang mahu dimakan suaminya. Noah Iskandar tersenyum nakal lalu mendekatkan wajahnya dengan wanita itu.

"Aku nak... french..."

"Ooo... french fries? Senang je, tunggu jap eh" April Qaisara bangun dari duduknya. Noah Iskandar menarik lengan wanita itu hingga dia terduduk kembali. Digenggam bahu isterinya. Mereka saling bertatapan.

"Bukan french fries, babyboo. I want french kiss"

Terus terdiam April Qaisara. Matanya terbelalak. Rasa gugup mula menghuni hatinya. Pandangannya jatuh pada ulas bibir Noah Iskandar yang cantik warna. Tidak hitam seperti perokok. Dia kembali merenung ke dalam mata suaminya.

"Sa.. saya.. Saya.. tak.. pan..dai.." tergagap-gagap wanita itu membalas.

Noah Iskandar melakar senyuman menggoda.

"Don't worry. I can teach you.."

April Qaisara memejamkan mata saat bibir Noah Iskandar mendarat pada ulas bibirnya. Lembut. Bibirnya diurut lembut oleh Noah Iskandar. Dihisap bibir bawahnya sehingga terbuka mulutnya, membenarkan lidah Noah Iskandar untuk meneroka lebih dalam.

Ciuman Noah Iskandar semakin bernafsu dan rakus. Dihisap hujung lidah wanita itu beberapa kali. Lidah mereka mula bertarung. April Qaisara hanya mengikut rentak dan aksi permainan lelaki itu. Nafsu wanitanya turut terusik dengan kucupan mesra itu.

Saat ciuman dilepaskan, April Qaisara umpama ikan yang kehilangan udara.

"Good enough for a beginner like you"

Sebenarnya, Noah Iskandar tidak merancang untuk melakukan adegan panas itu. Pada awalnya dia sengaja mahu melihat reaksi isterinya, tetapi tangkai nafsunya terusik melihat wajah polos April Qaisara.

April Qaisara terdiam. Hilang arah buat seketika. Aduh, mana nak letak muka ni? Malu lah..

Pipinya terasa berbahang. Pandangannya dilarikan. Sememangnya lelaki itu selalu bertindak di luar akal fikirannya. Mujur saja tiada sesiapa di situ. Teringat kembali adegan mereka di kamar tidur ketika Que datang menjengah ke ruang itu secara tiba-tiba.

Mr. Devil's Love (ON HIATUS)Where stories live. Discover now