TRANSFORMATION

4.6K 80 2
                                    

Will you believe an angel that you just know?


April Qaisara mula meninjau dari luar bilik. Tidak mahu terpengaruh dengan kata berbaur ugutan dari Noah Iskandar semalam, dia mesti meneruskan misi untuk melarikan diri dari rumah itu. Matanya meliar lagi. Bunyi bising di dapur menandakan Bik Yanti sedang sibuk dengan kerjanya.

Konco-konco Noah Iskandar juga tidak kelihatan di tingkat bawah. Mungkin semuanya mengikut dia ke luar. Cun! Line cantik! April Qaisara menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Dia berjengket apabila sudah sampai di tingkat bawah.

Pintu rumah dibuka perlahan-lahan. Dia menoleh. Senyuman terukir di bibir. Senyuman bahagia.

'Selamat tinggal'

April Qaisara lari sekuat hati. Biarpun terpaksa menempuh hutan tebal, dia rela. Lari April! Kau mesti lari dari neraka tu. Kau ada hidup kau sendiri. Ada mereka yang menunggu kau. Ada mereka yang sentiasa risaukan kau.

Wajah Intan dan Dato' Bakri menjelma di pandangan, bersama dengan air mata yang membuatkan pandangannya kabur. Sendu dan sayu. Tidak sangka semuanya berlaku begitu sebegini pantas.

Pandangan kabur berubah menjadi gelap.

Dugaan apa lagi kali ini?

**********************

Sementara di rumah, Bik Yanti sudah seperti cacing kepanasan. Mana tidaknya, semasa dia memanggil April Qaisara dari dapur wanita itu tidak menyahut. Dia bertambah gelisah dan takut apabila melihat pintu rumah yang terbuka luas. Dia yakin, wanita itu pasti sudah meloloskan diri.

Bossnya segera ditelefon. Dia pasti jika lelaki itu pulang, dia akan diberi pengajaran.

"Tuan, Non.. Non udah lari"

Noah Iskandar mematikan panggilan telefon. Seperti yang dijangka, wanita itu pasti cuba melarikan diri lagi. Dia menggepal tangannya membentuk penumbuk. Amarahnya memuncak. Wanita itu sengaja mencabar kesabarannya.

Dia sebenarnya sudah membuat persiapan jika hal ini terjadi. Dua orang konconya ditugaskan untuk berada di rumah, namun kehadiran mereka mesti dirahsiakan. Mereka perlu menyembunyikan kelibat mereka dari April Qaisara.

Noah Iskandar yakin, dua orang konconya menjalankan tugas dengan baik.

Ya, dia yakin!

**********************

April Qaisara membuka mata. Kepalanya berasa sakit dan berdenyut-denyut. Dia terkejut apabila menyedari, tangannya diikat pada katil. Dia masih di dalam rumah itu lagi. Sah, dia berjaya ditangkap oleh Noah Iskandar. Argh!

Pintu dikuak dari luar. Muncul wajah bengis Noah Iskandar. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Lelaki itu mendekati April Qaisara. Rambut wanita itu ditarik hingga dia terdongak.

"Memang suka main kejar-kejar eh? But you are the one who lose this game, April. Plus, the loser must get her punishment even the winner got nothing. Got it, bitch?"

Air mata gugur di pipi April Qaisara. Mungkin kerana kesakitan yang ditanggung dan juga ketakutan yang dirasai.

"Sa..sa..kit.." rintih wanita itu.

"Kau patut berhenti larikan diri sebab kau takkan berjaya. Ini kali kedua dan before this aku dah kasi kau amaran. Kau memang tak reti belajar dari kesilapan kan? Kau memang nak sangat kan aku jadi macam ni?"

Rambut April Qaisara direntap lagi. Noah Iskandar tidak peduli dengan kesakitan yang dirasai wanita itu. Amarah telah merasuknya. Wanita itu juga perlu tahu sisi lain dirinya.

"Kau bangun!" lengan wanita itu direntap.

April Qaisara terpaksa mengikut jejak lelaki itu. Noah Iskandar jalan menuju ke arah bilik bawah tanah. Di depan pintu, dua orang konconya mengawasi. Pintu dibuka sebagai tanpa penghormatan. Noah Iskandar menolak kasar tangan April Qaisara. Wanita itu tersungkur ke lantai.

"Are you ready for your punishment, April Qaisara?" jerkah Noah Iskandar. Kuat hingga wanita itu tersentak. Wajahnya ditundukkan.

Dia sendiri tertanya-tanya hukuman apa yang bakal diterimanya. Kenapa dia dibawa ke bilik ini? Serentak dengan itu, separuh dinding tiba-tiba dibuka. Jelas kelihatan sebuah sangkar besar yang berisi beberapa orang lelaki dan wanita. Semuanya dalam lingkungan umur 30 hingga 40-an.

Sangkar dibuka oleh seorang konco Noah Iskandar. Seorang lelaki diarah keluar. Tangannya berantai besi, begitu juga dengan kakinya.

"Let's enjoy this show, babe"

Mr. Devil's Love (ON HIATUS)Where stories live. Discover now