Bab💋1

17.3K 436 13
                                    

Roses are red
Violets are blue
Even when midnight passes
I choose you..

                          ♦♦♦♦♦


KATA orang cinta itu membahagiakan. Kata orang cinta itu mampu melindungi. Kata orang cinta itu dapat merubah sesuatu dan kata orang cinta itu dapat mengatasi segalanya-galanya tapi mungkin cinta yang tulus seperti itu hanya wujud dalam kisah dongeng yang tidak akan pernah menjadi kenyataan.

        "Awak pergi mana ni baru balik? Awak tahu tak dah pukul berapa ni, Zarina?!" Tengking Encik Halid lantang. Isterinya yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah dipandang dengan wajah yang tegang.

         "Bisinglah." Balas Puan Zarina acuh tak acuh. Langkahnya diatur menjauhi suaminya.

        "Saya belum habis cakap lagi Zarina! Apa masalah awak sebenarnya? Kenapa awak berubah macam ni? Saya dah buat yang terbaik untuk kita...untuk anak kita. Siang malam saya keluar cari duit untuk kita sekeluarga tapi awak asyik buat perangai macam ni!"

        "Masalah? Banyak Halid! Banyak masalahnya. Tengoklah sekeliling awak ni. Rumah entah apa-apa. Malu saya ni tahu tak?! Kalau saya tahu jadi macam ni saya takkan kahwin dengan lelaki miskin macam awak! Menyesal saya tinggalkan hidup saya yang mewah tu semata-mata sebab awak!"

        "Zarina, awak jangan nak kurang ajar!"

        "Kenapa? Kalau saya kurang ajar awak nak buat apa? Nak tampar saya? Tamparlah!" Puan Zarina mendekati suaminya semula dengan senyuman sinis. Sengaja mahu menguji kesabaran.

         Tanpa disedari mama dan ayah, aku memerhati pertelingkahan mereka berdua yang berada tidak jauh dari situ. Mengintai disebalik dinding dengan riak wajah yang keliru.

          "Bella..." Kedengaran suara seseorang memanggil namaku. Kepala segera aku arahkan ke arah suara itu. Senyuman manis aku ukirkan. "Ne..nek."

         "Apa yang Bella buat ni? Come sayang." Seorang wanita yang berusia 60-an menghampiriku lalu dibawa ke dalam dukungannya. Kedua belah pipiku dicium lembut. "My little princess..."

         "Ne...nek." Panggilku lalu menunjuk ke arah mama dan ayah yang berada tidak jauh dari situ.

          Berubah wajah nenek apabila melihat ke arah mama dan ayah. Kepala nenek segera dipalingkan ke arahku dengan senyuman nipis di bibirnya. "Shhh...nenek ada. Dah lewat ni. Esok kan hari pertama Bella masuk sekolah. Nenek tidurkan Bella ya."

         Aku mengangguk. Tidak sabar mahu ke sekolah esok.

         "Jom. Nenek dah belikan Bella buku cerita dongeng baru." Ujar nenek sambil memimpin tanganku menuju ke bilik. Pintu bilik dibuka. Kemudian, nenek melangkah masuk ke dalam bilik dan berjalan ke arah katil. Tubuhku dibaringkan di situ sebelum nenek mengambil tempat di birai katil.

       "Nek...mama dah tak sayang ayah ke? Bella selalu nampak mama marah ayah." Luahku pelik.

       "Tak sayang. Bukan macam tu. Mama dan ayah Bella..er..nenek ada belikan buku baru." Kata nenek dengan nada gelisah. Sebuah buku yang berada di atas meja kecil bersebelahan dengan katil dicapai pantas lalu ditayangkan ke hadapanku.

       "Cin..Cinderel..la?" Tergagap-gagap aku membaca tajuk buku itu.

        Nenek tersenyum lebar sambil menganggukkan kepalanya. "Pandai cucu nenek ni membaca sekarang. Ya Cinderella. Nenek suka cerita ni. Nenek akan bacakan cerita ni untuk Bella tapi Bella kena janji dekat nenek yang lepas nenek bacakan Bella cerita ni, Bella kena tidur."

SELAYAKNYA CINDERELLAWhere stories live. Discover now