01

8K 1K 60
                                    

Babe = kth

Babe = kth

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kacak.

Perkataan itu yang aku mampu ucapkan setiap kali mataku terpandang wajah kapten pasukan bola tampar berwajah sekacak bidadara itu.

Perkataan itu yang aku mampu ucapkan setiap kali mataku terpandang wajah kapten pasukan bola tampar berwajah sekacak bidadara itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku bukan stalker. Aku hanyalah seorang peminat biasa. Disebabkan kekaguman aku terhadap kebolehan dirinya, aku bertindak gila.

Si Jae Yoon, itulah nama aku. Aku sanggup mendaftarkan diri di Universiti Bangtaneul yang hanya mengambil pelajar lelaki sahaja.

Rambut pendek milikku bergerak sedikit akibat tiupan angin petang. Asrama tersebut berdiri megah di hadapan mataku.

Bersama secebis semangat yang masih tersisa di dalam diri, aku cuba mengukir senyuman ceria.

Aku kena pandai hidup di dalam suasana genting ini.

Ingat Jae Yoon. Kau menyamar. Jadi, jaga batas kau.

Telapak tangan aku ditekapkan ke atas dada yang sudah leper akibat balutan kemas. Gara-gara ingin tampak yakin dan maskulin di hadapan rakan pelajar baharu, aku terpaksa berkorban.

Kunci bilik yang tertera nombor '02-A' itu aku tenung lama. Siapakah lelaki bertuah yang akan menjadi rakan sebilikku nanti?

Aku menarik nafas. Kemudian, aku hembus perlahan. Kelibat seorang lelaki yang sedang melambai tangan menyedarkan aku daripada lamunan panjang.

"Bro, buat apa tercegat macam patung kat situ? Masuklah cepat. Malam ni ada meeting dengan ketua asrama. Ppaliwa(cepatlah)."

Status sudah bertukar. Aku bukan lagi sis. Aku sudah bertukar panggilan kepada bro.

Mudah-mudahan aku tak kantoi. Bantu aku ya tuhan.

-tbc-

A/N:

Done update bab pertama.

Insha Allah saya akan tampilkan aura berlainan dari His Roommate.

❤❤

[C] Babe | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now