Sedang semua orang berpenat lelah digging bola sesama sendiri, Ika pula masih kaku berdiri di tepi court. Termenung.

"Woi kau tercegat apa lagi kat situ? Training lah!" Jerit Ayyad dari jauh. Ika yang tersedar hanya menurut arahan.

Walaupun perasaan takut menguasai, tetap dia memberanikan diri untuk berdepan dengan Eiz. Perlahan-lahan Ika menapak ke arah Eiz yang sedang spike bola di dinding seorang diri.

Ika kekok. Awkward. Bola dipeluk erat disisi.

"Urmmmm...Eiz." Ika menyapa. Eiz tidak memberi sebarang respons.

"Jom main."

Eiz hanya buat tak tahu. Layan Ika macam tunggul.

"Eiz jom la main. Orang lain semua pakat main dengan partner masing-masing, kita je..."

Pang!

Spike terakhir yang membuatkan satu court memandang ke arah dia dan Ika. Kuat Eiz menampar bola itu ke dinding. Tunjuk protes.

Eiz kalih menghadap Ika dengan muka selamba.

Ika tunduk.

Bola di tangan Eiz dibaling mengena tubuh Ika. Ika terkejut. Bola yang dipegang Ika tadi jatuh.

Eiz hanya memandang tanpa reaksi. Muka ketat. Dia sedia dengan posisi untuk mengambil bola.

Ika bingung sebentar. Dia masih berdiri tegak bersama bola di tangan.

"Kau duk bengong apa lagi? Baling la!" Arah Eiz kasar. Cukup kasar.

Ika sedikit terasa hati. Tak pernah-pernah Eiz bercakap kasar dengannya selepas mereka berkahwin. Langsung tak pernah.

Ika baling bola tersebut.

Bola disambut elok oleh Eiz dan dipas kepada Ika semula. Sehingga satu tahap, Eiz sengaja memberi bola tinggi dan membuatkan Ika tidak mampu untuk ambil.

"Kau nak main, main betul-betullah." Marah Eiz.

Ika hanya mengangguk perlahan.

Sekali lagi Ika memberi bola kepada Eiz. Bola disambut dan diberi kepada Ika semula. Agak lama mereka menimbang bola, Eiz spike bola tersebut. Ika gopoh dan akhirnya bola tersasar.

Eiz ketap gigi. Muka ketat langsung tak lekang sejak tadi.

"Shit!" Gumamnya perlahan.

Ika berlari untuk mengutip bola. Dia kemudian mendapatkan Eiz semula.

"Kalau macam ni lah gaya kau nak main, tak payah masuklah. Lembik! Orang bagi first ball padu sikit je tak boleh nak ambil."

Ika tunduk. Diam.

"Tengok tu. Zulfa, Anis, Rana.. Yang lain-lain semua dah okay. Kau sorang je sesat celah mana tah dok terhegeh-hegeh lagi." Eiz mendengus geram.

"Dah ah. Malas aku dengan kau ni." Eiz mengangkat kaki dari situ.

Tubir mata mula banjir. Hati rasa seperti dirobek-robek.

"You deserve it Ika. Sekarang baru kau rasa, apa yang dia rasa waktu kau layan dia macam ni dulu."


********



[EIZ'S P.O.V]

Waktu rehat.

Kelas 5 Alpha kini kosong. Hanya aku yang masih di meja, tidur berbantalkan lengan.

Yang lain dah turun kantin, makan. Aku? Hummm...  Lapar tu memang lah lapar tapi sakit kepala ni memang tak boleh nak bawa bincang langsung. Sakit dia tu mengatasi segalanya.

Aku memejamkan mata. Cuba untuk tidur. Tak nak layan sangat sakit ni.

Dalam 30 saat aku lelap, mataku kembali terbeliak apabila terdengar suatu bunyi elektronik berdekatan aku.

Giler ah siapa bawa phone ni?!

Aku angkat kepala. Cuba mencari punca bunyi elektronik tersebut. Aku menggagahkan diri untuk bangun walaupun sedikit pening.

Aku melangkah ke belakang kelas. Bunyi macam datang dari dalam beg budak perempuan.

Aku menuju ke arah bunyi ringtone telefon tersebut. Dan akhirnya kaki aku berhenti di tempat..

Ika.

Aku meraup rambutku yang sedikit kusut. Haishhh la Ika.. Zip beg dibuka. Telefon pintar berjenama Iphone 7 dikeluarkan.

Ceh bunyi alarm.

"Pabo Ika." Aku tersengih.

Bengapnya dia ni bawa waktu sekolah. Dah la tak off phone. Silent pun tidak. Nak bawa pun cover-cover la, tinggal kat asrama ke apa. Ni siap bunyi alarm dalam beg. Nasib kantoi dengan aku. Buat-buat bunyi waktu tengah belajar? Tak ke kena rampas?

Ika.. Ika...

Kenapa clumsy sangat?

Aku sengih mengada. Teringatkan dia. Sekarang dia dah takut dengan aku. Muka takut dia tu tak boleh belah la! Tak pernah aku tengok muka bersalah Ika macam tu.

She looks cute

Nampak baik, sopan, bagus je. Tak adalah nak kasar-kasar dengan aku macam sebelum ni.

Maklumlah sekarang korang tahu kan aku layan dia macam mana?

Telefon miliknya aku matikan. Telefon tersebut dimasukkan ke dalam poket seluar.

Ada kerja yang nak dibuat malam ni.

Hum, lega terus sakit kepala aku.





+++++++





Seperti biasa, lepas sekolah mesti aku akan datang lepak kat sini. Plus hari ni pula tak ada training so lets!

Aku membetulkan duduk. Badan di sandar pada belakang kabin. Zip beg dibuka.

Beg dikosek.

Kejap.

Mana. Handphone. Aku?

Aku memunggah segala buku. Setiap zip pada beg dibuka.

Wei tak ada!

Mana handphone aku woiii! Aku panik. Sudah... Macam mana boleh tak ada?

Aku simpan elok-elok je kot dalam ni. Mampus lah kalau jatuh kat tangan cikgu. Tak pasal-pasal borang salah laku lagi. Huhu

Mana handphone aku?!

Akhirnya aku pun membawa diri ke kelas untuk memeriksa ia semula. Kot-kot ada terjatuh kat mana-mana... Or ada orang pedajal aku ke dia ambil tak reti nak simpan balik.

Tapi tak ada siapa pun tahu aku bawa phone kecuali Ryan dan Citra.

Puas mencari selama 15 minit, masih tak jumpa.

Aku mengeluh perlahan. Kenapalah malang sangat nasib aku...

Siapa ambil  handphone aku ni?!























Stay tuned! 😎




Us ✔Where stories live. Discover now