BAB 19 - LEHA COUPON!

Start from the beginning
                                    


          Selamba saja dia bagi alasan macam tu.  Mukaku merona merah.  Kalau aku mengamuk pun tiada gunanya.  Bukan dia peduli pun dengan kemarahanku tu.  Tambah sakitkan hati aku saja.

          Aku redha.  Pasrah!

          Selepas Solat Subuh tadi, kami sambung tidur.  Penat.  2 hari selepas saja selesai majlis di rumah ayah tu, kami pulang semula ke kondominium.  Aku bangun dan ambil baju persalinan serta tualaku lalu melangkah masuk ke bilik air.  Nak mandi!

          Usai mandi dan bersiap, aku ke dapur.  Nak buat sarapan.  Nasi goreng ayam, telur dadar, French toast dan teh susu.  Ketika menyediakan sarapan tersebut, sesekali fikiranku menerawang memikirkan tentang Adila.

          Kesian Adila...

          Aku teringat kembali apa yang berlaku kepada pertemuan antara Adila dan juga aku pada malam tersebut.


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


           Adila tarik aku ke dalam pelukannya.  Aku hanya mampu diam dan mengusap belakang Adila yang teresak-esak itu.  

          Setelah emosi Adila reda...

          "Siang tadi, aku terima WhatsApp daripada Syamir.  Dia kata dia nak putuskan hubungan kami ni.  Katanya, ia bukan jodoh kami untuk kekal bersama.  Bayangkan perasaan aku apabila dia hantar WhatsApp macam tu..," beritahu Adila yang masih dalam pelukanku.

          Aku kerutkan keningku lagi.  

          Apa?

          Syamir minta putus? 

          Eh?

          Kenapa? Apa salah Adila sampai Syamir buat macam tu sekali? Soalku dalam hati saja.

          Syamir adalah teman lelaki Adila.  Diaorang kenal kat universiti.  Dan, diaorang jadi couple pun hujung tahun lepas.  Aku lepaskan keluhan nipis.  Sesungguhnya, soal jodoh... Pertemuan dan perpisahan serta ajal maut itu di tangan Allah S.W.T.  

          Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.

          Aku capai tisu di atas meja mekap Adila.  Aku hulurkan kepada dia lalu menariknya supaya duduk di birai katil.  

          "Actually, sebelum couple dengan Syamir tu... Aku okey je.  Dia baik.  Nampak effort dia nak ambil hati aku.  Lama-lama, aku bagi dia peluang dan benarkan dia jadi boyfriend aku.  Aku rasa, dia berubah sebab aku tak macam orang lain kot? Girlfriend orang lain manja-manja.  Pegang tangan bagai.  Tapi, aku tak.  Aku kasar.  Kadang-kadang tomboy.  Barangkali dia nak cari yang lemah-lembut, sopan-santun, manja, seksi..," jelas Adila lagi.

          Aku mendengus geram.

          "Kalau macam tu, kau berhenti menangis.  Tak berbaloi menangis untuk orang macam tu.  Sekurang-kurangnya kau pandai jaga diri.  Biarlah kau kasar dan tomboy.  Tapi, kau mahal sebab pandai jaga maruah diri.  Bukannya murah semata-mata nak sedapkan hati dan pandangan lelaki tu." Aku pegang bahu Adila dan pandang ke anak matanya.

          Adila turut pandang aku.  Lama.  Dia ambil tisu di tanganku dan terus hembus hingusnya keluar.

          "Aku tak sangka yang kau akan berikan kata-kata mendalam macam ni.  Deep sangat sampai tembus ke dalam hati," kata Adila dengan mata yang masih merah dan bengkak.

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now