omc 13 - home

244 9 1
                                    

"noona, yang ni "

Tangannya yang sibuk melipat pakaian terus terhenti lalu menumpukan pandangan pada buku latihan anak jirannya. Seperti biasanya, dia akan menemani dan membantu anak² jiran untuk menyiapkan tugasan mereka. Minji juga belum bangun dari tidur petangnya, biasanya pukul 4 petang, Minji sudah bangun dan akan bermain dengan anak jiran tersebut.

" Jisung, kamu kenapa? "

Jisung kanak² berusia 15 tahun itu sedikit terserentak lalu mengelengkan kepalanya sebelum menyambung kembali kerjanya. Jaemin yang melihat itu mula bersuara.

"Heachan cakap nanti nak main bola sama² tapi tak datang² pun"

Dan waktu yang sama, pintu rumah itu terbuka. Heachan dengan pakaian sukannya yang tersenyum lebar ke arah mereka sebelum bersuara.

"noona, ada orang datang, hyungg.. Ah wae"

Kini semua mata ke arah pintu keluar. Haechan tadi awalnya berada di depan pintu kini entah kemana, hanya ada suara yang dengan siapa dia bercakap. Tak lama itu baru lah kelihatan Haechan sedang menarik tangan seseorang. Mata Seulgi melebar. Jimin.

"h—hi.. "

"Noona kenal dia? Dia malu nak masuk"

Seulgi kaku seketika. Heachan sudah mula masuk ke rumah dan duduk di meja lipat dimana yang lain turut ada. Heachan memandang Seulgi yang kelihatan agak kelu, dipandang Jimin di pintu yang mana turut memandang Seulgi.

"oeoh!  Ini suami Noona yang Noona cakap dia kerja jauh kannnn?! "

Haechan sedikit menjerit dengan senyuman melebar melihat Jimin dan Seulgi bergantian. Seulgi yang mula terasa malu sekaligus binggung hanya mengangguk kecil. Jimin masih lagi kaku, Jika dia tahu begini jadinya, baik dia pulang ke rumahnya dahulu. Jimin baru sahaja sampai dari Spain,  sampai saja di tanah air,  dia terus datang kemari.

"Noona tak mahu peluk Suami Noona? Mesti noona terkejutkan? "

Jaemin. Seulgi hanya tersenyum nipis sebelum bersuara. Tidak mahu kanak² tersebut tahu akan hubungan mereka. Jimin mula melangkah masuk, beg kertas yang boleh dikatakan besar di letakkan di tepi dinding sebelum menuju ke arah mereka. Jimin tahu Seulgi tidak menjangka dia datang dan dia tahu Seulgi kini bingung dengan kanak² tersebut. 

" buatlah kerja awak, saya takkan kacau"

Jimin tersenyum lembut sebelum mengambil tempat bersebelahan Minji yang sedang tidur tidak jauh dari mereka. Kanak² tersebut mula berbisik² mengatakan mereka perlu menyiapkan kerja mereka dengan cepat dan berlalu pergi. Meskipun berbisik, amat jelas untuk Seulgi dan Jimin untuk dengar. Jimin ketawa kecil sebelum mengalihkan pandangannya pada Minji yang sedang tertidur.

Seulgi masih lagi diam, mencerna apa yang sedang berlaku sekarang. Jimin tidak seperti biasanya. Wajah Jimin kelihatan amat penat ditambah lagi rambut yang sedikit kusut. Melihat Jimin kini sedang menyentuh wajah Minji sesekali mencium pipi gebu tersebut membuat dia berasa iba. Apa lelaki itu terus kesini sebaik sampai?.

"noona kami dah siap! "

"Jisung pun! "

"Chenle jugak! "

"me too! "

Melihat kanak² tersebut siap menutup buku,  Seulgi menahan mereka. Tidak mungkin sudah siap, Haechan juga baru sampai beberapa minit yang lalu. Jimin juga terkejut dengan mereka, lebih tepatnya dengan Haechan.

"aip, siapa suruh kemas barang?  Bagi Noona tengok dulu,  Heachan kamu tipu Noona ya?"

"mana ada, betul dah siap. Tak tipu"

one more chance +pjmksgTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang