"Rindu? Hish, baru kahwin dah rindu kat kitaorang.  Jangan risau, kami baik-baik je kat kampung tu.  Leha layan Abang Afiq baik-baik ke sejak jadi isteri orang ni?" tanya Amin dengan kening terangkat sebelah.

          Aku terdiam.  Alamak, soalan maut!

          "Me... Mestilah!" balasku lalu menunjukkan ibu jari sambil tersenyum kelat, lalu aku ketawa bagi menyembunyikan kekalutan diri.

          Walhal, sejak Afiq Khairul menolak mentah-mentah proposal aku untuk tidur berasingan... Aku tunjuk perasaan dengan tidak mempedulikan Afiq Khairul.  Habis aku jeling dia tajam-tajam!

          Bombastic side eye, criminal offensive side eye!

          Tapi...


'Stop jeling abang macam tu.  Macam budak-budak!'


          Itulah apa yang Afiq Khairul akan cakap setiap kali aku buat perangai 'jeling-sampai-juling' tu kepada dia.

          Tapi, aku buat tak dengar.  Setiap kali kami bertentangan mata, aku tetap jeling dia sambil memalingkan mukaku ke arah lain.  Sakit hati aku!

          Mungkin disebabkan geram dengan kelakuanku itu.  Afiq Khairul melakukan sesuatu yang membuatkan aku bertambah sakit hati dengan dia.  Bukan setakat sakit hati, dia juga buat jantung aku macam nak tercabut keluar time tu.

          Huh, dasar miang!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Pada sebelah petang, aku bercerita itu-ini kepada Amin yang sedang membantu aku membuat kek coklat.  Sekejap kami ketawa bersama.  Sekejap kami bergaduh manja dan sekejap lagi kami kutuk-mengutuk antara satu sama lain.  Biasalah, inilah karenah kami berdua apabila sudah bertemu.  Pantang kalau tak buat onar!

          "Kejap, ada nyamuk kat pipi..," kata Amin lalu memegang pipiku dengan tangannya yang penuh tepung itu.

          Aku terjerit kecil.

          "Amin!" jeritku kuat.

          Aku tahu yang dia saja nak kenakan aku.  Apalagi, aku celupkan jari telunjukku ke dalam adunan mixer.  Amin yang tahu tindakan aku seterusnya turut menayangkan tangannya yang penuh dengan tepung itu.  Maka, bermulalah pertarungan kami adik-beradik!

          Habis muka dan rambutku penuh dengan tepung.  Amin pula selamat tanpa sebarang kotoran.  Apataknya, Amin berjaya menangkis setiap serangan yang aku lancarkan.

          Ceh, mentang-mentang dia lebih besar dan tinggi daripada aku!

          Ini yang aku tak puas hati ni.  Bebelku sendiri dalam hati.

          "Pendek..," kutuk Amin lalu melihat aku dengan senyuman sinisnya itu.

          Aku ketap bibirku.  Tak puas hati betul!

          Aku sapu tepung yang terpalit di mukaku itu.  Disebabkan geram dengan kutukannya itu, aku ambil segenggam tepung gandum dan berura-ura untuk melemparkannya kepada Amin.  Amin sudah berlari ke ruang tamu.  Aku kejar Amin dengan senyuman jahat macam pembunuh bersiri.

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now