Afiq Khairul menapak keluar dari bilik kerjanya itu.  Pintu bilik ditutup rapat.  Tetapi, sesuatu menarik perhatiannya.  Kertas memo yang tertampal di pintu itu ditarik...

  Kertas memo yang tertampal di pintu itu ditarik

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

Kepada : Bos a.k.a Afiq Khairul Bin Hj. Sufian.

Leha nak BILIK sendiri!

Sekian, terima kasih.

Daripada : Kuli a.k.a Ain Solehah Binti Amir.


         Kening Afiq Khairul terangkat sebelah.  Kertas memo pelbagai warna yang tertampal di setiap pintu ditarik dan dibaca.  Ayat yang serupa!

          Afiq Khairul melangkah ke ruang tamu.  Mata Afiq Khairul tertumpu pada kaca television serta peti sejuk.

          Dia hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya di situ.  Culprit hanya satu.  Siapa lagi kalau bukan isterinya!

          "Leha!" panggil Afiq Khairul.  Serius!

          Tiada sahutan daripada isterinya itu.  Dia melangkah ke bilik tidur utama.  Pintu bilik dibuka lalu menapak masuk.

          Afiq Khairul terhenti dan berdiri kaku di muka pintu.  Dia hampir mengucap!

          "Leha!" panggilan itu membuatkan aku menoleh.  Afiq Khairul berdiri di muka pintu dengan raut wajah yang sangat serius.

          Aku hanya mampu telan liur... Alamak, kantoi!


Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.


          Aku duduk bersimpuh bagaikan orang yang bersalah.  Gayaku seperti banduan menanti hukuman dijatuhkan kepada aku.  Aku tunduk sambil mengenggam erat jari-jemariku.  Afiq Khairul yang duduk di hadapanku itu, aku tidak pandang sama sekali.  Takut weh!

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now