BAB 15 - TIDUR BILIK ASING-ASING!

Start from the beginning
                                    

          "Leha," panggil Afiq Khairul.

          Aku buat pekak dan tuli.

          "Leha," panggil Afiq Khairul sekali lagi.

          Aku tetap berlagak pekak dan tuli.

          "Sekali lagi abang panggil tak menoleh, abang kerjakan Leha!" ugut Afiq Khairul dengan nada yang sedikit keras.

          Aku berhenti melangkah dan terus menoleh ke arahnya.

          "Abang ingat Leha takut ke dengan ugutan abang tu? Maaf ye... Leha tak takut langsung! Sekarang, mula saat ini... Jangan dekat dengan Leha! Tak suka!" beritahuku lalu melangkah semula tanpa melihat wajah Afiq Khairul.

          Lebih tepat lagi, aku malu nak berdepan dengan dia.  Muka aku pun masih lagi terasa hangat.

          Aku malu weh!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          "Leha dari mana?" soal umi apabila melihat aku mula nak menapak naik ke tingkat atas.

          Aku tersenyum sumbing.

          "Leha dari jalan-jalan dengan Abang Afiq kat luar sana tadi," jawabku lalu membuang pandanganku ke tingkat atas saat melihat Afiq Khairul muncul di belakang umi tu.

          "Leha naik dulu," pamitku cepat lalu melangkah naik ke tingkat atas.

          Aku masuk ke dalam bilikku.  Aku buka tudungku dan berdiri betul-betul di bawah kipas siling itu dengan tangan kanan di pinggang manakala kanan kiri pula mengipas muka yang masih terasa hangat.

          Pintu yang dibuka dari luar itu, aku tidak hiraukan.  Aku tetap berdiri di situ sambil merenung siling bilik.  Tidak lama kemudian, Afiq Khairul berdiri di hadapanku dengan raut wajah tanpa segaris senyuman.  Serius!

          Aku larikan pandanganku ke tingkap bilik.  Ada aku kesah!

          "Leha, pandang abang!" arah Afiq Khairul.

          Aku ketap bibirku.  Tidak habis-habis dengan arahan dan ugutan.  Kalau tak mengarah dan mengeluarkan ugutan dalam satu hari, bukan Afiq Khairul laa tu! Bebelku dalam hati.

          "Nak apa?" soalku tanpa melihat Afiq Khairul.

          Aku dengar keluhan kasar daripada Afiq Khairul.  Tapi, aku tetap selamba di situ.  Tak kesah langsung!

          "Pandang abang." Kali ini suara Afiq Khairul sedikit tegas berbanding sebentar tadi tu.

          Keningku terangkat sebelah.

          "Ada apa dengan muka abang tu sampai Leha kena pand..." Aku terkedu.

          Afiq Khairul peluk bahuku dan bibirnya singgah ke pipiku.  Pipiku jadi mangsa gomolannya!

          "Abang buat apa ni?" tanyaku dengan muka dan nada sememeh.

          Serius, aku stress sekarang ni.  Sikit lagi nak jadi gila.  Kenapa aku dapat laki macam ni?

          Afiq Khairul pula hanya tersenyum sinis lantas berlalu ke birai katil dan duduk dengan santainya di situ.  Aku pegang dadaku yang terasa semput disebabkan sakit hati yang melampau-lampau!

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now