BAB 10 - TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK!

Start from the beginning
                                    

          Kenapa Afiq Khairul seperti mengelak sebentar tadi tu? Fikirku sambil menoleh ke belakang dan melihat Ilyana Zahra yang masih berdiri di situ sambil tersenyum.  Aku turut tersenyum dan melihat semula ke hadapan.

          "Kita dah lambat ni.  Cepat!" arah Afiq Khairul lalu menarik lenganku lagi.

          Aku terkejut dengan tindakan Afiq Khairul itu.  Dia ingat aku trolley yang macam kat pasar raya tu ke? Boleh ditarik dan ditolak sesuka hati! Rungutku dalam hati.

          "Weh, aku tahu jalanlah.  Lepaskan lengan aku!" pintaku dengan nada geram.

          Aku tersentak apabila Afiq Khairul berhenti melangkah dan melihat aku dengan wajah yang sangat serius.

          "Kau jangan nak perasan pasal yang tadi tu.  Aku tersalah cakap, ingatkan dengan Adila tadi.  Lepas ni, jangan nak memandai panggil aku abang!" sinis Afiq Khairul lalu melepaskan genggaman tangannya itu.

          Terus saja aku mencebik di situ.

          "Bos ingat aku nak panggil bos 'abang' ke? Wuek! Sampai bila-bila pun aku takkan panggil bos dengan panggilan 'abang' tu.  Never!" balasku geram.

          Aku jeling Afiq Khairul dan berlalu dari situ.  Sakit hati aku!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Sejak akhir-akhir ini, Afiq Khairul dan aku selalu bergaduh.  Ada-ada saja yang dia tidak puas hati dengan aku.  Itu tak kena, ini tak kena sedangkan tarikh perkahwinan kami tinggal 3 minggu saja lagi.  Semakin hampir tarikh perkahwinanku itu, semakin berdebar jantung aku.  Nervous weh!

          Bila difikirkan semula, kenapa singkat sangat pemikiran aku pada masa itu? Kenapa aku terlalu baik hati nak balas budi dia tu?

          Kalaulah aku tahu sikap dia yang macam ni, yang makin lama semakin menyakitkan hati... Tidak mungkin aku akan bersetuju untuk berkahwin dengan dia tu.  Never and ever.  Menyesal pula!

          Aku kerling jam di pergelangan tanganku.  Aku mengeluh buat kesekian kali.  Tiba-tiba, telefon di atas meja berdering kuat.  Aku hembuskan nafas sebelum mengangkat gagang telefon tersebut.

          "Leha bercakap.  Ada apa-apa yang boleh saya tolong," ujarku sambil tersenyum.

          "Kak Siah ni," jawab pemanggil itu.

          Aku tersenyum lebar.

          "Ye kak, ada apa call Leha ni? Rindu ke?" soalku nakal.

          Kak Siah merupakan Quantity Surveyor di syarikat ini.  Orangnya masih lagi maintain lawa walaupun anak dah 4 orang.  Orangnya yang peramah serta sentiasa tersenyum itu membuatkan aku senang dalam bergaul mesra dengannya.  Bagaikan adik dan kakak gitu!

          Terdengar gelak tawa Kak Siah.

          "Ha'ah, rindulah sangat! Kakak nak minta tolong dengan Leha ni.  Boleh ke?" pinta Kak Siah.

          Aku ikut ketawa.

          "Boleh kak.  Untuk kakak... Leha sanggup renangi lautan api.  Apa yang kakak nak Leha buat?" balasku sambil tersengih habis.

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now