BAB 8 - PENGUMUMAN NAK KAHWIN!

Start from the beginning
                                    

          Aku muncungkan bibir.  Walaupun aku stress dengar suaranya tu... Aku atur langkah dan masuk ke dalam bilik Afiq Khairul.  Drawing yang dimaksudkannya itu, aku ambil lalu turun ke lobi.  Kelihatan Afiq Khairul sedang menanti aku di situ dengan wajah 'macam-baru-terpijak-najis-binatang'!

          Serius gila!

          Aku telan air liur.  Kecut perut aku nampak dia macam tu.  Tapi, aku buat selamba saja dan melangkah ke arah Afiq Khairul dengan langkah santai macam berjalan kat pasar tu!

          "Nah..." Aku serahkan drawing tersebut tanpa melihat wajah Afiq Khairul.

          Sesudah itu aku berpaling dan melangkah pergi.  Tak betah nak berlama-lama dengan dia.  Arahannya dah aku turuti, masa untuk berambus!

          "Kau nak ke mana?" tanya Afiq Khairul dengan nada sedikit kuat.

          Aku menoleh dan pandang mukanya.  Aku tunjuk ke tingkat atas.  Dalam hati aku, aku nak ke bulan... Kau nak ikut ke? Mahu juga aku jawab macam ni!

          "Ikut aku ke site.  Sekarang!" arahan daripada Afiq Khairul itu membuatkan aku terlopong.

          Hah? Aku silap dengar ke?

          "Aku kena ikut? Kenapa?" balasku tak percaya.

          Tak pernah aku dengar yang setiausaha kena ikut ke lawatan tapak projek.  Setahu aku, sejak zaman Pak Cik Sufian lagi... Setiausaha hanya duduk kat pejabat.  Tak pernah dibawa keluar berjumpa client apatah lagi ke tapak projek.

          Ini peraturan baru ke?

          "Tapi..," gumamku dengan muka berkerut habis.

          "Boleh ke kalau kau tak banyak soal dan lawan cakap aku? Jom, gerak sekarang.  Jangan nak buang masa aku!" herdik Afiq Khairul tiba-tiba.

          Aku tersentak.  Aku pandang sekeliling.  Hanya Nina selaku penyambut tetamu saja di situ.  Aku lepaskan keluhan kecil.  Nasib baik aku dah biasa kena marah macam ni depan rakan sekerja yang lain.  Bayangkan kalau orang lain, confirm diaorang dah berhenti kerja.  Notis 24 jam!

          Aku berpaling dan melangkah ke ruangan lift.

          "Kau nak ke mana?" Afiq Khairul menarik lenganku.

          Aku ketap bibir.  Dahlah aku sakit hati, bertambah sakit lagi apabila disentuh sesuka hati!

          "Aku nak ambil handbag.  Bayangkan kalau polis buat road block kat tengah-tengah jalan tu, tak ke naye nanti? Kalau aku kena tangkap.  Bos nak jamin ke? Rasanya, tak! Mesti bos akan tinggalkan aku bermalam kat lokap tu kan? Mesti bos akan bagi aku rasa tinggal kat penjara tu, biar aku jadi banduan yang makan sayur kangkung dengan ikan tulai je.., " perliku dengan senyuman sinis.

          Afiq Khairul terdiam.  Lenganku dilepaskan.  Tapi, daripada riak mukanya itu... Aku tahu, dia tengah marah!

          Semasa aku melintasi ruangan receptionist tu, aku tengok Nina sedang menahan ketawanya.  Sampai hati!

          Haaa... Aku mengeluh perlahan.  Pasrah!

          Apalah nasib aku hari ni? Aku ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan dah turun awal-awal pagi lagi.  Apa boleh buat? Bersabar sajalah... Desisku dalam hati sambil melangkah masuk ke dalam lift.

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now