BAB 5 - ZAMAN HINGUSAN!

Mulai dari awal
                                    

          Mungkin melalui pendengaran orang lain, ia nampak kasar ataupun kurang sopan gitu.  Apatah lagi apabila perkataan 'kau' itu digunakan kepada orang yang lebih berusia atau tua.  Tapi, ia bukan kehendak aku.  Itu kehendak Afiq Khairul!

          Semasa aku mula-mula berhijrah ke Kuala Lumpur.  Bekerja sebagai setiausaha kepada Afiq Khairul atas permintaan Pak Cik Sufian tu, aku niat dalam hati.  Nak berbaik-baik dengan dia.  Lagipun, hampir 10 tahun kami tidak bersua muka sebab dia tidak pernah lagi balik ke kampung.  Sibuk dengan pelajaran dia di Jepun dan kemudian mengambil alih syarikat Pak Cik Sufian sebagai pengerusi di Anak Jati Engineering & Construction Sdn. Bhd tu

          Jadi, aku ingatkan dia akan berubah.  Jadi matang sikit gitu!

          Tetapi...


'Jangan panggil aku abang! Tak suka aku mendengarnya.  Lagipun, aku tiada adik sepupu macam kau ni!' Ayat pedas lagi berempah daripada Afiq Khairul itu terpaksa aku telan bulat-bulat masa aku mula-mula bersua muka dengan dia.


          Bermula saat itulah aku lupakan niat aku nak berbaik dengan dia.  Kalau dia tak sudi, aku no hal punya, tak kesah langsung!

          Tepukan dipahaku itu membuatkan aku tersedar daripada lamunanku.  Aku tersengih lalu melihat Adila semula.

          "Aku dah biasa panggil dia macam tu... nanti-nanti sajalah aku ubah cara panggilan tu," jawabku sambil tersenyum kelat.

          Adila hanya menggelengkan kepalanya.

          "Ye laa tu... Tapi, aku pelik dengan hubungan percintaan kamu ni.  Bercinta tapi macam tak bercinta.  Tak macam couple lain... Lovey-dovey gitu.  Aku tengok kamu ni macam kawan biasa saja..," kata-kata Adila terhenti di situ.

          "Style! Style kami memang macam tu.  Sebenarnya, kami ni bahagia tau! Saja tak nak tunjukkan.  Malu," pintasku cepat.

          Debaran di dada, aku tahan... Semakin takut dengan soalan Adila yang semakin rumit itu.

          "Owhhh, siap ada style lagi! Ye laa, aku faham.  Sebenarnya, aku kagum dengan love story Abang Afiq dan kau.  Macam dalam novel.  Mula-mula benci lepas tu fall in love.  Tapi, cuba cerita dengan aku... Macam mana kau jatuh cinta dengan Abang Afiq? Kot-kot aku boleh terbitkan satu karya novel berpandukan kisah cinta kamu berdua ni..," tanya Adila dengan mata bersinar-sinar.

          Aku tersenyum jahat lalu berdiri dari birai katil.

          "Biarlah rahsia." Aku berlari anak ke muka pintu.  Nak keluar.  Lebih tepat lagi, nak mengelak soalan dan pertanyaan daripada Adila tentang hubungan aku dengan si Afiq Khairul tu!

          Sepanjang hari, aku mengelak daripada bertembung dan bertentang mata dengan abang si Adila tu.  Malu masih lagi terasa dek kejadian aku 'terpegang lengan' dia.

          Hish, kenapalah aku pergi pegang lengan Afiq Khairul tu? Gumamku lalu mengetuk kepalaku berulang-kali.  Menyesal tak sudah!

          Ketika ini, aku duduk di beranda rumah sambil menyandar dengan selesa.  Duduk sambil memeluk lutut.  Aku teringatkan kisah pertemuan antara Afiq Khairul dan aku buat kali pertama.

BOS A.K.A SUAMIKUTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang