24 - Rindukan Syariff

Depuis le début
                                    

"Sorry , kak Syifa." ucap Adelia. Aiman turut meminta maaf.

"Tak apa , tak apa. Jom kita pergi bilik menunggu." balas Syifa.

Sebaik sahaja Adelia dan Aiman masuk ke dalam bilik menunggu. Crew-crew serta pelakon lain mula menyapa mereka. Aiman sudah berlalu ke meja pelakon lelaki. Adelia melepaskan keluhan sebelum melangkah ke meja pelakon perempuan.

Syakila menjeling dirinya yang mengambil tempat di sebelah perempuan itu. Adelia tahu perempuan tu tidak senang melihat dia duduk disebelah tapi nak buat macam mana , ni je satu-satu tempat kosong.

"Dah pelakon baru tu buat gaya pelakon baru lah." kata Syakila dengan sinis. Adelia memang tak faham betulah dengan Syakila ni. Suka sangat cuba cari gaduh dengan dia. Apa yang minah ni tak puas hati sebenarnya ?

"Syakila , bukan salah Adelia pun. Lagipun Adelia tak datang lambat pun. Dia cuma on time je." tegur Malissa , pelakon itu memegang watak second lead.

"What ever ! Dia ingat ada peminat yang suka hantar hadiah and jadi wakil kepada industri kita , dia dah hebat lah ? Tak payah nak sebelahkan dia , Lissa." balas Syakila dengan menyampah.

Malissa memegang tangan kanan Adelia. " Abaikan je Syakila." kata Malissa. Wajah Syakila sudah berubah masam bila rakannya menyebelahi Adelia.

"Adelia , cantik dress you." puji Dayana pula.

"Terima kasih."

"Ni bukan ke dress Brilliant !?" soal Dayana lagi dengan teruja. Syakila walaupun menyampah dengan Adelia , dia menoleh juga melihat dress di tubuh Adelia.

"Setakat nak tengok movie dengan perminat tak perlu pun nak berdress - dress bagai lah." balas Syakila dengan sinis.

Adelia tidak ambil pusing dengan kata-kata Syakila. "Ha'a , dress Brilliant." jawab Adelia. Dayana yang teruja mula berbual dengan Adelia mengenai pakaian Brilliant. Nampaknya mereka berkongsi jenama kesukaan.

"Semua pelakon dan crew ! Perhatian !"

Semua orang di dalam bilik menunggu memandang ke arah crew yang ingin membuat pengumuman.

"Kita semua dah boleh gerak masuk ke pawagam !" kata crew itu lagi dengan nada teruja. Semua orang mula bersorak gembira. Masing-masing tidak sabar untuk bertemu dengan peminat serta untuk melihat reaksi mereka ketika menontan filem nanti.

Sebaik sahaja Adelia melangkah masuk ke dalam pawagam paling besar di Bukit Bintang , teruja dia saat melihat pawagam itu penuh ! Semua barisan pelakon berjalan ke bawah pawagam. Mereka melambai-lambai ke arah peminat yang hadir.

"Assalamualaikum semua !" tegur Rizal , pelakon utama. Peminat semua menjawab salam lelaki itu.

"Siapa dah ready untuk tengok Penjara Hati !!??" soal Rizal.

"KAMI" jerit peminat-peminat yang hadir.

Teruja barisan pelakon melihat telatah peminat mereka.

"Saya perkenalkan diri saya , Rizal sebagai Syafiq. Di sebelah saya , buah hati pengarang jantung Syafiq , Syakila !! " sorakan peminat semakin kuat.

"Syakila sebagai Farisha." sambung Rizal lagi.

Rizal terus memperkenalkan pasangan kedua dalam cerita ini , kemudian barulah tiba masa Adelia diperkenalkan.

"Farah !" peminat mula bersorak untuk Adelia.

Adelia tersenyum melihat reaksi mereka. Rizal memberi mic kepada Adelia.

"Hai , saya Adelia." kata Adelia.

"Adelia cantik giler !" pekik salah seorang peminat membuatkan semua orang tertawa.

"Terima kasih ! Hope lepas cerita Penjara Hati korang just benci saya dalam movie jelaaa.. Jangan sampai keluar." pesan Adelia.

"Kami takkan benci Adelia !!" jerit peminatnya lagi.

Syakila menyampah betul melihat Adelia yang tersenyum tetapi dia terpaksa berlakon suka. Sakit hati dia apabila Adelia mendapat perhatian lebih. Dia yang bawa watak utama dalam movie ni , bukannya Adelia !

Selesai barisan pelakon berbual bersama dengan peminat. Akhirnya tiba waktu untuk menonton. Adelia dan Vince berjalan ke tempat duduk mereka yang berada di tengah pawagam. Mereka duduk di hujung baris.

Mata Adelia terpaku pada screen , dia langsung tidak perasan Vince sudah bangun dari duduk di sisinya.

"Vince , kamu tak beli popcorn ke ?" soal Adelia. Sebuah kotak popcorn diletakan di riba Adelia.

"Thank you !" ucap Adelia.

"Vince if kamu tertidur , siap kamu. Jangan bagi saya tangkap kamu tidur lagi-lagi bila part saya muncul." tegur Adelia. Dia bukan tak tahu Vince , masuk ke pawagam mata dia pun tertutup.

Tiada balasan.

Adelia menoleh ke sebelahnya. Terkejut dia saat tahu bukan Vince di sisinya. "Mana Vince !?" disebabkan suasana pawagam yang malap menyukarkan dia untuk melihat.

"Tuanku." panggil lelaki itu.

"Nerd ?" terus tegak badannya sambil melihat ke arah Syariff.

"Yelah , siapa lagi." balas Syariff.

Terkejut Adelia saat tahu Syariff di sisinya. Matanya lama memandang ke arah Syariff. Dia ingin memastikan sendiri lelaki di sebelahnya adalah Syariff walaupun dari suara tadi memang suara Syariff.

Syariff menolak wajah Adelia agar memandang hadapan. "Movie dah nak start dah , tuanku." tegur Syariff.

Bukannya Adelia boleh nampak jelas pun wajah dia , pawagam sudah pun gelap memandangkan cerita sudah bermula.

"Bila kau sampai ?" soal Adelia , dia memandang Syariff yang sedang memandang hadapan.

"Tengah hari tadi." jawab Syariff.

"Kenapa tak bagitahu !?" soal Adelia dengan nada marah.

"Saja. Surprise !" kata Syariff. Adelia menyandar semula ke kerusinya. Dia melihat hadapannya dengan geram. Geram sebab Syariff tak bagitahu dia akan kedatangan lelaki itu.

Sepanjang Adelia di sisi Syariff , dia hanya membatu. Popcorn juga tidak disentuhnya , hanya Syariff seorang sahaja yang makan. Syariff menoleh sekilas ke arah Adelia.

Tersenyum dia melihat reaksi gadis itu.

"Merajuk ke ?" soal Syariff secara berbisik.

Adelia tetap diam.

"Aku buat surprise takkan kau tak suka ?" bisik Syariff lagi.

"Tak suka."

"Kenapa ?"

"Aku free kut tengah hari tadi." balas Adelia dengan geram. Syariff memandang Adelia lama sebelum dia membuka kata.

"Kiranya kalau aku bagitau kau tengah hari tadi , kita berdua dapat luangkan masa bersama lah ni ?" soal Syariff.

"Yela , aku dah lama kut tak jumpa kau." bisik Adelia dengan suara hampir nak menangis. Dia rindukan Syariff , semenjak dia di Malaysia mereka langsung tidak berjumpa. Hanya harapkan video call sahaja.

"Sorry okay ? Nanti kalau aku datang Malaysia , aku bagitahu kau terus. Tak ada surprise , surprise." putus Syariff. Adelia mengangguk.

Adelia memandang ke arah Syariff , Syariff turut memandang Adelia di sisinya. Tergelak Syariff melihat mata Adelia yang berair melalui samar-samar cahaya. Dia menyapu lembut air mata Adelia dengan ibu jarinya.

"Dah dah dah jangan nangis. Macam mana aku nak fokus dengan cerita kalau kau bad mood." kata Syariff. Adelia menolak bahu Syariff. Syariff tersenyum lega melihat Adelia tidak membantu keras lagi.

"Sorry." ucap Adelia.

Syariff tidak membalas sebaliknya dia menyumbat popcorn ke mulut Adelia.







×××

Do vote & komen✨

Adelia HumairaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant