Aku membuang pandang ke arah lain. Bibir diketap. Tak mampu dah nak hadap muka Ryan. Rasa nak marah.

Ryan senyum senget melihat mimik muka aku.

"Marah?" Kening dijongket.

Aku pandang dia dengan muka 'tahu pun kau'.

"Marah la. Tak kisah pun. Aku just nak kau berhati-hati je dengan mamat tu. Entah la, aku tak percayakan dia." Ujar Ryan buat kali terakhir sebelum dia melangkah kembali ke kelasnya. Meninggalkan aku yang masih memeluk tubuh di kaki lima seorang diri.

Aku menghela nafas panjang. Jealous sikit-sikit dah la Ryan. Tak payah la sampai nak tuduh laki aku bukan-bukan. Aku tahu la dia sweet talker, tapi itu dulu. Sekarang tak dah. Dia sweet dengan aku je. Hee~




#/#/#/#/#/#/#/#/#/#/#




Cermin yang elok tergantung di dinding aku tatap lama. Tatap muka sendiri la actually.. Sambil tangan sibuk betulkan owning tudung, aku tersenyum sendiri teringatkan someone sometwo and somethree.

Sekarang waktu PJ. Semua orang dah mula on the way ke padang. Untuk hari ni kelas Alpha dan Beethoven sahaja yang ada waktu PJ. Maka berseleraklah budak-budak kelas tu berpusu-pusu nak ke padang sampai aku yang berdiri ni pun dilanggar.

Maklumlah cermin digantung di dinding koridor luar kelas. Yang kau pun Ika dah tau orang nak lalu still gagah duk berdiri kat situ buat apa?

Dan selepas 10 minit aku tercegat depan cermin tu, akhirnya aku memulakan langkah.

Stress dengan owning tudung yang tak reti-reti nak jadi. Barai mood aku.

Aku mulakan langkah dan akhirnya berhenti semula di sebuah lorong di  tepi kelas paling hujung dan yang paling dekat dengan tangga, 5 Chopin.

Suara lunak milik Eiz menerpa telinga aku. Dan bersamanya seorang budak perempuan.

Aku mengintai di sebalik dinding.

Citra?!

Shit! Tak habis-habis lagi ke kacau laki aku. Belah ah wei. Menyampah la.

Telinga dipasang seluas-seluasnya mencuri dengar perbualan mereka. Semua orang dah pergi PJ tapi still mereka berdua sahaja yang masih ada di blok ni.

Opss sorry, bertiga.

"Kau nak apa?" Soal Eiz tenang, tapi tampak tegas di mata Citra.

"I.. I.. I nak..."

"Nak apa?" Kening dijongket.

"I nak get back." Ujar Citra sekali lafaz. Tangan di sisi digenggam rapat. Rela menghadap apa saja caci maki Eiz. Asalkan dia berjaya memujuk hati lelaki ini.

Eiz gelak kecil. Senyum sinis tak lekang dari bibir.

"Apa? Get back?"

Citra angguk.

"Kau serious ah."

"I serious. I langsung tak main-main. I nak kita teruskan relay ni. You know how much I love you. You tahu tu kan? I dah beritahu you beribu kali. I just can't forget every single thing about you." Luah Citra. Wajah dikawal sebaik mungkin.

Eiz menyeluk tangan ke dalam poket seluar. Dia berdehem sebelum memandang Citra lama.

"Yeah.. You know I love you too right?"

Terbuntang luas mata aku. Hati bagaikan disiat-siat dengan pisau. Punah. Pedih. Are you kidding me Eiz?

Aku menjenguk sekali lagi. Melihat adegan tersebut.

"Citra.." Eiz menghela nafas panjang. "Yes I love you."

Tak. Tak mungkin..

Eiz saja je kan cakap macam tu?

Mutiara jernih menitis tanpa disuruh. Dada aku sakit. Air liur yang ditelan terasa pahit. Semuanya menjadi serba tak kena. Aku akhirnya meninggalkan tempat itu.

I just can't accept this




********




"Citra..." Eiz menghela nafas panjang. "Yes, I love you."

Citra mula senyum menampakkan giginya. Pipinya naik menunjukkan betapa gembiranya dia.

"But I love me more." Sambung Eiz.

Senyum Citra perlahan-lahan mati.

"You are the best girlfriend I ever had but I'm sorry... itu dulu. Yesterday is gone. There’s nothing you can do to bring it back. Renew, release and just let me go. Hati aku dah lama ada pada orang lain." Ujar Eiz tenang.

"Sorry bagi fake hope. Aku tahu aku jahat, mainkan perasaan orang. Ya aku memang teruk. You deserves someone better than me. Please move on, Citra." Eiz memandang seraut wajah sayu itu.

Citra mati kata. Kolam matanya mula bertakung. Dia tunduk.

Eiz meraup leher. Bersalah ni hadoii. Kan dah reyau anak orang.

Citra senyum senget. Air mata diseka. Dia angkat muka. Kembali menghadap Eiz.

"Ni semua sebab Ika kan?" Senyum jahat jelas terpamer. "Aku tahu lah perangai perempuan tu. She did something bad to you. Don't you ever realize that Eizzaril?"

Bibir bawah digigit. "Jangan libatkan Ika dalam hal ni please. Dia langsung tak ada kena mengena!"

"Kau suka sangat kan perempuan tu?" Lengan baju disenteng. Gigi diketap. Muka Citra mulai merah.

"Aku nak tengok sampai mana korang boleh bertahan."  Citra menyumpah. Sebuah jelingan diberikan sebelum dia berlalu meninggalkan lorong itu.

Haih. Drama sinetron apa siang-siang ni..

Eiz menggeleng kepala. Budak-budak zaman sekarang. Demi cinta yang belum pasti, apa-apa pun sanggup buat. Langsung tak difikirkan risikonya nanti.



























Hallo.. I'm back!! 😍

Us ✔Where stories live. Discover now