34:Makan malam

28.1K 1.6K 58
                                    

Setelah seminggu berlalu selepas program itu, cuti menyambut puasa pun bermula. Hanin bercadang untuk membawa Rizq pulang ke kampungnya di Kedah. Ibu, ayah, mummy dan daddy semua setuju tetapi dihantar oleh driver Dato' Khairuddin.

Mendapat izin dari semua pihak, Hanin dan Rizq seronok dapat pulang dan menikmati suasana kampung. Bolehlah tenangkan fikiran.

"Best ke kampung? "Soal Rizq yang tengah bersantai elok atas katil.

Hanin yang ligat melipat baju memandang Rizq hairan. Takkan dia ni tak tau?

"Awak tak pernah balik kampung ke?"

Rizq menggeleng.

"Dulu, adalah tok ma saya duduk perak, tapi saya tak pernah balik sana sebab dia dah meninggal masa saya dalam perut lagi. Lepas je dia meninggal, adik beradik daddy saya terus duduk KL. So, saya tak pernah baliklah! "Terang Rizq.

Hanin mengangguk.

"Habis tu, kat perak tu takde ke rumah peninggalan diorang? "

"Ada. Daddy cadang dengan adik-beradik dia untuk sewakan je daripada biar kosong rumah tu..."

Hanin dah terangguk-angguk faham.

"So, ni first time lah saya ada momment dengan isteri saya kat kampung.. Nak sambut puasa lagi kan? "Ujar Rizq sambil membayangkan dia dan Hanin happy berlari tengah sawah padi yang hijau. Jauhnya angan dia, ingat filem hindustan ke?

Hanin senyum lalu menyambung kerjanya melipat kain.

"Lagi berapa bulan je kita nak SPM.. Saya takutlah.. "Ujar Hanin mendatar. Serius dia takut.

"Awak tak payah risaulah, saya kan ada.. Kita boleh study sama.. "

Hanin tersengih suka. "Seronoknya.. Janji tau awak ajar saya addmath? "

Melihat anggukan dari Rizq. Hanin menepuk tangan suka. Sejujurnya, dia paling lemah dalam subjek matematik tambahan. Gila susah! Dalam kelas faham, tapi lepas je kelas nak buat latihan terus garu kepala sendiri. Haha! Pastu mulalah nak tinggal dan biar sahaja ke tepi sehinggalah keadaan memaksanya untuk buat. Contohnya, bila cikgu nak kutip buku.

"Awak, asal pandai sangat addmath? Saya jealous tau.. "Kata Hanin sambil memuncungkan bibirnya ke depan.

Rizq ketawa kecil. "Ada pulak jealous....entah, saya minat math dari kecik itu yang cepat je tangkap tu.. Kalau tak hampeh jugak! "Ujar Rizq. Sejak mereka berbaik ni, Rizq seorang yang peramah dan takdelah jahat mana cuma nakal-nakal tu adalah. Dekat sekolah pun dia dah tak buat perangai dah. Alhamdulillah!

Hanin mengangguk sambil menarik zip bagasinya. Siap! Tak sabarnya rasa nak balik kampung.

"Sebelum terlupa, saya tak tanya awak lagi. Kampung awak kat mana eh? Sebab time kita nikah tok ngan wan tak datang kan? "Soal Rizq ingin tahu.

"Ah ha... Diorang tak datang... Kampung tok saya dekat Pendang.. "Jawab Hanin. Dia bangun lalu tarik tangan Rizq supaya bangun juga.

Rizq pelik. "Ni tarik-tarik tangan saya ni nak pergi mana pulak? "

Hanin sengih.

"Tadi mummy ajak turun ,then awak tau apa? Ibu ayah saya nak datang makan malam dekat sini..  Tak sabarnya nak jumpa. Saya rindu diorang.. "Ujar Hanin dengan perasaan teruja. Kepalanya sudah elok landing atas bahu Rizq dan memeluk kemas lengan Rizq. Rizq hanya membiarkan. Ni sayang awak ni. Gumam Hanin dalam hati sambil tersenyum suka.

"Yeke? "

Hanin mengangguk laju. Nampak perasaan terujanya itu. Rizq rasa bersalah pula sebab jarang nak bawa Hanin pulang ke rumahnya.

Sedang seronok bergelak ketawa di bangku tepi kolam rumah Rizq, Hanin lagi teruja apabila nampak kereta viva milik keluarganya itu masuk ke perkarangan rumah banglo Dato' Khairuddin.

"Awak, ibu dah sampai! "

Rizq tersenyum lalu bangun bersama Hanin untuk menyambut kedatangan mentuanya itu.

Mereka menyalami kedua tangan ibu dan ayah sebelum menjemput kedua orang tua mereka duduk bersantai sekali.

"Mas kata tadi nak datang malam.. Kami tak buat apa pun lah petang ni.. Maaflah.. "Ujar mesra Datin Ruqayyah sambil tersenyum manis. Sejak mereka berkahwin ni, hubungan besan mereka semakin rapat.

"Saya tak kisah pun yah, saya datang awal sikit ingat bolehlah nak tolong masak.. "

Apabila kaum ibu berjumpa beginilah caranya.Tak boleh nak duduk diam. Kaum-kaum ibu memang terbaik! Haha!

Berlainan pulak dengan si ayah.

"Zainal....jemputlah minum! "Pelawa Dato' Khairuddin.

"Nanti saya minum din, Anin macam mana duduk kat sini dia ada buat hal tak? "Soal Encik Zainal memastikan. Mana tau anak dia malas ke apa dekat sini. Buat malu saja.

Dato' Khairuddin menggeleng. "Bagus anak kau tu.. Aku bersyukur dia yang jadi menantu aku. Sopan, hormat orang tua budaknya.. "

Encik Zainal mengangguk. Bangga apabila anaknya berkelakuan baik. Ayah mana tak bangga? Dahlah satu-satunya anak perempuan dia. Mahunya tak sayang.

"Baguslah kalau macam tu.. "

Rizq dengan Hanin yang sedang memberi ikan makan tersenyum suka. Bahagia sungguh rasa apabila keluarga mereka sudah rapat seperti itu. Mintalah rumah tangga mereka kekal hingga ke jannah.

"Abang.. Kitaorang masuk dulu. Tengok apa yang boleh di masak untuk makan malam nanti... "Ujar Datin Ruqayyah sebelum mengajak Puan Masyitah ke dapur.

"Anin,meh sini tolong ibu masak. Apa orang perempuan duduk saja. Meh sini! "Ajak Puan Masyitah sebelum Hanin memuncungkan mulutnya.

"Tak payah nak malas sangat..Kalau duduk macam ni kat kampung ,memang minta penampar tok lah macam ni.. "Bebel Puan Masyitah lagi. Hanin just relax and listen. Huhu! Nasiblah...

"Alaa.. Baru nak merasa ibu masak hari ni, ni Anin dah masuk campur tangan kan dah mix food dah jadinya.. "Seloroh Hanin.

"Banyaklah mix food... Tak de ibu nak Anin tolong juga. Asyik kepit aje.. "Mulalah leteran ibu. Buat Hanin rasa nak tutup telinga.

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now