7:Whatsaps

36.7K 2K 50
                                    

Ting!

Mak cik2 bawang

Watif ketot
Esok tunggu pondok tau! Sebab baca yasin dulu sblm masuk kelas..

                                              You
                                       Okey. Set!✔

Aina
Weyh.. Korang tau tak tadi kan, aku dm Hazran.. And dia balas... Nervous gila.. Tapi seronoklah crush balas kan??? 😀😀😆

Isma
Eleh!! Crush aku lagi hensem doo...

Hanin ketawa kecil sambil membaca mesej dari kawan-kawannya. Rizq yang melihat dah sakit mata.

"Kau chat siapa hah? Tersengih-sengih.. "

Hanin mengangkat mukanya dari memandang skrin telefon. "Adalah.. Yang awak sibuk kenapa? "

"Bagi sini telefon kau! "Pinta Rizq berbaur arahan.

"Ish! Ni telefon saya yang awak nak sibuk kenapa? Peliklah saya dengan perangai awak ni. Cemburu tak kena tempat. "

Ting!
Ting!

Rizq geram mendengar dentingan mesej yang masuk terus dirampasnya telefon Hanin.

Hanin mendengus geram. Nak buat apa pun tak boleh benci lah...

Dia buka satu persatu kenalan Hanin. Banyak perempuan saja. Bagus! Bagus!

Ting!

Khalil?

Laju jari dia menekan chat dari lelaki itu. Membuak-buak perasaan marah dalam dirinya.

Khalil

Hanin... Sorry sebab awak cakap dengan saya tadi awak gaduh teruk dengan Rizq. Tapi, saya pelik kenapa dia macam tu sedangkan dia dah ada Asyikin. Kenapa pulak awak tak boleh dkt dengan saya?

Rizq menggenggam kuat telefon Hanin. Rasa macam nak bagi pecah terus saja telefon itu.

Ting!

Dia kembali memandang skrin itu nak tau apa yang Mamat tu tulis lagi.

Khalil

Kenapa awak bluetick saya? Awak dah tak nak cakap dengan saya ke? Sebab Rizq jugak ke?

Dek perasaan geram terus dia report and block nombor lelaki itu. Puas hati dia. Kalau boleh nak je dia tendang keluar si Khalil tu.

"Awak siapa yang mesej saya? Bagi balik phone saya. Saya tak sukalah macam ni.. "Hanin mengeluh kasar. Benci! Benci! Rizq terlampau kongkong hidup dia.

"Tak baik kau kutuk suami sendiri"ujar dia lantas menyua kembali telefon Hanin tanpa memberitahu yang Khalil menghantar mesej kepada Hanin.

Hanin mencebik. "Bila masa pula saya kutuk awak! Jangan nak perasan. Werkk!! "Hanin menjelirkan lidahnya kepada Rizq.

"Sebelum aku cium kau, baik kau diam! "Ugut Rizq sebelum ketawa jahat.

"Jangan nak gedik sangat.. Tadi dalam kelas bukan main gedik dengan si asyikin tu. Naik berbulu mata saya yang melihat ni. "

"Kalau dah berbulu mata tu tak payah tengok. Ke kau sakit hati tengok aku dengan dia? Huh? Ke kau jealous?"Tempelak Rizq sambil mendekatkan wajahnya ke arah Hanin.

Hanin segera menolak wajah Rizq dengan telapak tangannya. Rizq ketawa lagi. "Jangan nak perasan okey? Awak tu yang cemburu lebih, asal saya dekat dengan Khalil je melenting. Tak sukalah, apalah. Kan kan? "Hanin saja mengusik. Biar padan muka dia.

Mahu tak sakit hati dia sebagai isteri pun tak buat macam tu. Macam Asyikin yang asyik menempel saja dengan suami dia. Gumam dia dalam hati.

"Kalau suka aku cakap jelah.. Kau suka aku kan? Kan? Eleh.. Tak nak mengaku pula? Aku larang kau dengan Khalil bersebab. Dan sebab apa kau jangan tanya. Aku tak suka."Usik Rizq lagi sambil memberi amaran tegas untuk si Hanin. Muka Hanin dah naik merah dan geram bercampur. Terkesan dengan usikan Rizq dan geram dengan amaran Rizq yang satu tu. Serius! Dia malu gila. Duduk sedekat dan serapat dengan lelaki macam ni. Atas katil bersantai macam ni sambil usik-mengusik. Sambil gaduh-gaduh begini. Tak pernah dia terfikir seawal ni dia nak buat semua tu.

"Awak jangan perasan lah.. Lainlah muka awak macam yang yang ke macam artis korea ke lain lah..kalau saya nak suka dan cinta."

"So, kau nak cakap aku tak handsome lah? You not know me well, Hanin Sofea. "Ujar Rizq separuh berbisik di tepi telinga Hanin. Sempat lagi telinga Hanin digigit kecil. Meremang bulu roma Hanin dibuatnya. Ada pula dia boleh berani buat adegan begitu. Main gigit-gigit telinga orang pula.

"You smell good.. I like this smell"ujar Rizq lagi sebelum aku menghilangkan diri di dalam comforter. Buat takut dia saja. Tanpa sedar, Hanin tersenyum nipis di dalam comforter. Gaduh dan usikan serentak. Nak marah tapi tak jadi. Keluar kau perasaan pelik! Errrghh..

"Baru aku acah macam tu dah blushing. Apalah kau ni! "Tercetus ketawa jahat Rizq. Hanin mengemam bibir. Rizq selalu buat dia rasa berdebar tetapi lebih kepada kenakan dia. Rasa nak menangis bila Rizq sesuka hati saja memperlakukan hati dia macam ni. Terus dia pejam mata untuk melelapkan mata. Biar mimpi saja yang menjadi indah!

                          °°°

"Err.. Rizq hari ni pak cik Razak tak boleh hantar Rizq sebab ada emergency tadi. "Ujar Dato' Khairuddin.

"Habis tu Rizq nak pergi sekolah macam mana? Dengan Anin lagi? "

"Rizq pergi naik moto boleh kan? "

"Tapi, Anin macam mana? "Soal Rizq sambil memicit dahi. "Nanti orang nampak. "

"Itu Rizq carilah akal sendiri. Dah, daddy gerak dulu. "

Rizq menggigit bibir sendiri. Hah! Dia ada idea.

"Rizq, Hanin.. Meh sarapan dulu. Kejap lagi nak ke sekolah kan? "Panggil Datin Ruqayyah selepas menyalami tangan suaminya.

                         °°°

"Kau turun di sini! "Arah Rizq. Hanin mendengus geram. Ada pula nak turun kat sini. Memanglah tak jauh sangat tapi dia penat? Dia lambat ke? Nak lintas jalan lagi. Rizq ni takde perasaan ke? Nak kasihankan dia ke?

"Awak jauh lagi ni... Nanti saya penat macam mana? "

"Itu kau punya pasal yang penting orang tak tau kita datang sekali. Dah aku pergi dulu. "Terus Rizq memecut laju motosikalnya.

Hanin mengetap gigi. Aduh! Penatlah dia nanti.

Tiba-tiba, sebuah kereta honda hitam berhenti di hadapannya.

"Hanin.. Kenapa jalan ni? "Soal Khalil setelah cermin kereta diturunkan.

"Saya datang dengan orang hari ni.. Tu yang suruh dia turunkan dekat sini saja. "

"Kalau macam tu. Marilah naik dengan saya. Nanti penat pula awak! "Ajak Khalil sambil turun untuk bukakan pintu buat Hanin. Pada awalnya, Hanin teragak tapi Khalil kan dah beria bukakan pintu untuk dia begini. Serius Hanin rasa terharu sebab Rizq pun tak nak romantik sikit macam ni. Dia pun melangkah masuk ke dalam kereta honda itu tanpa memikirkan lain lagi.

Buat apa nak fikir lagi, kalau Rizq pun sanggup tinggalkan dia di sini. Berjalan sendiri.

Sampai hati awak, Rizq!

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now