13:Hari perkhemahan

32.6K 2.1K 57
                                    

"Anin.. Barang semua dah cukup ke? "Soal Datin Ruqayyah. Perihal menantunya itu akan dia jaga semua. Dia dah anggap Hanin macam anaknya sendiri.

Hanin mengangguk. "Semua dah ada! "Kata Hanin yakin.

"Kau sure ke semua dah ada? "Tambah Rizq pula sambil mencekak pinggang. Dia dah siap dengan t-shirt sekolah.

Hanin mengangguk lagi. "Very, very, very sure... Hundred percent sure! "

Rizq tersenyum sinis. "Hundred percent sure, honey? Then, ni apa? "Soal Rizq sambil memegang satu bungkusan yang mengandungi sardin dan ikan bilis.

"Aku tanya sekali lagi.. Ni apa, Anin..? "

Apabila nampak bungkusan itu, Hanin tersengih kerang busuk. Dia tercicir lah tu.. Bukan sengaja okey...

"Hehe... Tak sengaja tertinggal... "

"Lain kali.. Senarai barang yang dah ada! Ini tak, main sumbat aje... Kau jangan nak susahkan pak cik Razak dengan benda remeh macam ni! "Bebel Rizq.

"Eleh.. Baju dia pun kita yang simpan! Jangan nak bebel jelah.. "Perli Hanin. Baru dia tau langit tu tinggi ke rendah. Main bebel je..

"Itu dah jadi satu tanggungjawab kau! Dapat pahala tau.. "

"Kalau pasal tu barulah nak ungkit pahala, dosa. Buat sakit hati je cakap ngan awak nilah! "

Dato' Khairuddin yang melihat adegan terus meleraikan. Susah jugak kalau takde tolak ansur macam ni. Masing-masing nak menang.

"Apa ni? Gaduh-gaduh.. Tu pak cik Razak dah tunggu.. Pergi masukkan barang dalam bonet. Nanti lambat pulak. "Arah Dato' Khairuddin.

Baru nak keluar, tiba-tiba sebuah kereta viva masuk ke perkarangan banglo Rizq. Eh? Ibu dan ayah...

Terus Hanin tersenyum riang. Ibu dan ayah datang...

"Ibu... "Terus Hanin memeluk ibunya apabila Puan Masyitah datang ke rumah mereka.

"Rindunya... Aninnnn.. "Ucap Hanin dalam memeluk erat tubuh ibunya. Puan masyitah tersenyum manis dengan gelagat anaknya itu.

Selesai bersalaman dengan Dato' Khairuddin, Encik Zainal langsung mendapatkan anak dan isterinya.

"Amboi... Rindu ibu sorang je ke? Ayah, Anin tak rindu? "

"Rindulah. Sini, Anin nak peluk! "Terus didakap juga tubuh lelaki itu. Gembiranya dia hari ni...

"Dah! Pak cik Razak dah tunggu tu.. Pergi, nanti lewat! "Ujar Encik Zainal.. Anin mengangguk lantas menyalami tangan kedua orang tuanya. Begitu juga Rizq.

                         °°°

"Weyh... Pergi daftar dekat dewan makan asrama.. "Beritahu Awatiff yang sudah sampai sebelum mereka. Dia pelik kenapa Rizq dan Hanin datang sekali. Tapi, persoalan hanya dibiarkan sepi.

"Semua ke? "

"Ya... Semua unit.. Bawak sekali sardin dengan ikan bilis yang kau beli.. "Pesan dia lagi.

Tanpa melengahkan masa, Rizq dan Hanin sama-sama bergerak ke dewan makan.

"Ikan bilis dengan sardin ni nak letak mana cikgu? "Soal Hanin.

"Sini tanda nama dulu. Yang tu, kamu bagi dekat cikgu murni. "Ujar cikgu naemah.

"Kamu unit mana? "

"Puteri islam. "Jawab Hanin. "Err.. Hanin Sofea, cikgu"sambungnya lagi apabila cikgu naemah tanya.

Ikan bilis dan sardin terus dihulurkan kepada cikgu murni.

"Next! "

"Rizq Haikal, cikgu.. "

"Eh... Kamu pun ada! Jangan buat masalah sudah.. "

"Of course lah ada cikgu.. Saya kan ketua pelatun PKBM.. Apa muka saya ni memang macam muka penjenayah ke cikgu! "

Berani benar dia menyoal cikgu kembali. Kalau Hanin, memang taklah!

"Cikgu tak kata kamu tu penjenayah.. Cuma, cikgu harap kamu jaga attitude kamu hari ni! Bukan apa, kamu tu pelajar cemerlang tapi.. Perangai, nauzubillah! "

"Dah tanda ke cikgu?"soal Rizq apabila cikgu naemah membebel. Dia tak sukalah dengar orang membebel banyak-banyak. Bingit tau tak.

Cikgu naemah mengganguk.

"Kalau macam tu, saya pergi dulu cikgu. Assalamualaikum! "Sengaja perkataan salam ditekan. Geram dengan perangai cikgu yang jenis suka membawang macam ni.

Cikgu naemah menjawab salam sambil menggeleng kepalanya. Bilalah nak insaf wahai anak murid!

                          °°°

"Perhatian! Kepada semua pelajar.. Anda dikehendaki berkumpul di tapak perhimpunan sekarang! "Arah cikgu Fauzi dengan menggunakan speaker.

Semua bergegas ke tapak perhimpunan.

Apabila semua pelajar tiba, cikgu memberitahu bahawa mereka akan diajar cara-cara untuk memasang khemah dan mengendalikannya.

Seorang lelaki yang mahir dalam cara pemasangan khemah dijemput oleh cikgu untuk memberi tunjuk ajar.

Hanin and the gang mendengar segala arahan dengan baik. Tetapi, Rizq sempat lagi bersembang.

"Tu... Yang bersembang tu datang ke depan! "Panggil Encik Azman sambil menunjuk ke arah Rizq.

Rizq dengan megah tampil ke hadapan. Tanpa ada rasa takut. Kenapalah, perangai kau macam ni Rizq.. Tak kasih sayang ke dah terlebih sangat ni?

"Siapa nama? "Soal lelaki itu.

"Rizq Haikal bin Dato' Khairudin! "

Encik Azman mengetap gigi. Nampak kurang ajar budak di hadapannya ini. Tapi tak apa kita tengok sejauh mana dia boleh pergi.

"Okey Haikal! Apa yang saya ajar tadi? "

"Cara pemasangan dan mengendalikan khemah! "Jawabnya lurus.

"Saya nak awak pasang lagi satu khemah macam yang saya buat tadi, boleh? "

Rizq mengangkat bahu sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket. Selamba badak saja dia jawab boleh.

"Okay! We'll see.. "

Lantas satu bungkusan khemah dibuka dan di susun semua alatan dahulu.

Rizq memasang khemah tanpa mendapat sebarang komen daripada Encik Azman. Lagi terpegun, dia siap bagi penerangan lagi tentang memastikan keselamatan dalam khemah.

Setelah siap, Rizq menepuk tangannya untuk membuang habuk. "Macam mana? Okey? "Soal Rizq berbaur perli. Suka dia tengok Encik Azman terbeliak memandang cara dia memasang khemah. Eleh.. Dia dah biasa pergi kem macam-macam dah! Wajarlah dia tahu semua cara tu.

"Bagus, Haikal even awak tak dengar awak boleh buat semua ni. Siap beri penerangan lengkap lagi. Now, i'm proud of you! "Ujar Encik Azman sambil menepuk bahu Rizq. Rizq, tersenyum senget tapi ketara sinis di situ.

Tanpa sedar, Khalil dah menyumpah seranah Rizq dibelakang. Dia akan pastikan diorang menang kawad nanti!

Kau tunggu, Rizq Haikal!

Vote and comment, please....

Much love,

Peanut...

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now