3:Kahwin

43.3K 2.3K 284
                                    

Setelah dua minggu berlalu, majlis nikah dilakukan di rumah pihak perempuan. Hanya majlis kecil yang menjemput sanak saudara kedua belah pihak sahaja.

Masing-masing keluarga terkejut dengan berita yang dikhabarkan. Mana tak terkejutnya, 17 tahun dah kahwin. What the fish?!

Hanin dibawa duduk bersimpuh di tempat yang disediakan. Langsung tiada manis di wajahnya. Rizq sudah bersedia di hadapan bakal bapa mentuanya, Encik Zainal. Dalam tempoh dua minggu itu, mereka selesaikan semua soal kursus kahwin apa semua. Memang ekspres sebab tak nak benda buruk berlaku.

Rizq hanya beriak biasa. Takde perasaan ke apa lelaki ni? Tangannya dihulurkan kepada Encik Zainal untuk berjabat dengannya. Rizq menarik nafas panjang untuk hilangkan gementar yang dia rasa sekarang ini.

"Rizq Haikal bin Khairuddin. "Mula Encik Zainal.

"Saya. "Balas Rizq walaupun gementar yang dia rasa sekarang bagai nak tercabut jantungnya.

"Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan dikau dengan Hanin Sofea binti Zainal dengan berwalikan aku dengan mas kahwinnya Rm2000 tunai. "

Rizq menarik nafas sebelum menjawab. "Aku terima nikahnya Hanin sofea dengan mas kahwinnya Rm 2000 tunai. "Dengan lancar Rizq melafazkan akad nikah mereka.

"Sah? "

"Sah. Sah. Sah. "Jawab saksi.

Hanin menitiskan air matanya setelah dia sah bergelar isteri kepada Rizq Haikal. Tidak pernah terdetik  dihatinya mahu bernikah diusia yang muda sebegini. Pada usia yang banyak benda yang perlu diselesaikan.

Setelah doa dibaca, Rizq menghampiri Hanin dengan senyuman nakalnya. Berdegup kencang jantung Hanin apabila Rizq berbisik kepadanya.

"Now. You're mine. Jangan cuba nak menggatal dengan Khalil lagi kalau tak taulah aku nak buat apa kat kau. "

Meremang bulu roma Hanin.

"Awak jangan ingat awak sah sebagai suami saya, saya akan senang-senang ikut telunjuk awak memang taklah. "Kata Hanin dengan nada tegas tetapi separuh berbisik takut didengar oleh orang tua mereka.

Cup!

Terbeliak mata Hanin dengan tindakan berani mati Rizq mencium hujung bibirnya di hadapan orang tua mereka.

"Apa ni awak? "Marah Hanin tapi masih dalam nada separuh berbisik.

Rizq tersenyum nakal. "Cium. "

Hanin menjeling Rizq apabila mendengar jawapan bodoh dari Rizq. "Saya taulah cium tapi, awak tak tau malu ke? Bencilah saya macam ni. Saya tak suka. "

"Kisah apa aku kau suka ke tak suka. "

Tanpa mereka sedar perbalahan kecil itu diperhati oleh kedua orang tua mereka.

"Apa ni pengantin baru dok gaduh-gaduh. Tak eloklah macam tu. "Tegur Datin Ruqayyah. Dia ketawa kecil apabila muka Hanin mula naik kemerahan. Puan masyitah juga mula mengusik anak dan menantunya. Puan Masyitah redha dengan apa yang jadi walaupun ada sedikit perasaan kecewa. Dia tak nak terlalu menghukum kerana takut kehilangan satu-satunya puteri kesayangannya, Hanin Sofea.

                         °°°°°

  "Ibu.. Anin tak nak duduk dengan dia.. Anin tak suka.. "Rengek Hanin sambil menggoncang tangan puan masyitah berkali-kali.

Puan masyitah mengetap bibirnya. "Tak Anin.. Anin kena duduk dengan dia. Anin dah jadi tanggungjawab dia. "Puan masyitah memalingkan badannya ke belakang, tidak sanggup nak menatap wajah anaknya yang sudah menjadi milik orang. "Anin kena ikut suami Anin. Ibu dan ayah dah takde tanggungjawab tu. "

Teresak-esak Hanin menangis di hadapan ibunya. Dia tak nak ikut Rizq. Mereka orang kaya boleh ke dia hidup dalam kehidupan mereka yang serba-serbi sempurna.

Puan masyitah kembali memandang anaknya setelah berusaha untuk memperoleh kekuatan. Memang anaknya akan pulang ke rumah tetapi, suasananya pasti berubah.

"Anin.. Dengar cakap ibu... "Puan Masyitah bersuara. Pipi anaknya dipegang dengan kedua belah tangannya. Muka Hanin dipegang supaya memandang wajahnya.

"Anin... Tahu kalau semua ni tak berpunca daripada Anin, semua ni takkan jadi.. Anin akan ikut dia tapi, Anin tetap tak boleh terima dia sebagai suami Anin lagi buat masa ni. "Lantas Hanin memeluk erat tubuh ibunya.

Datin Ruqayyah hanya memerhati dari jauh. Dia tahu Hanin sukar berpisah dengan orang tuanya. Dia bukannya nak pisahkan terus mereka cuma, isteri perlu sentiasa ada di sisi suami.

"Dah pergi ikut mak mentua Anin. Mereka dah tunggu tu. "Ujar Encik Zainal yang baru muncul dari luar.

Hanin terus mendapatkan ayahnya. Tangan ayahnya diraih lalu dicium. "Ayah.. Anin minta maaf dekat ayah sebab buat ayah malu dengan perangai Anin. Halalkan makan minum Anin,yah. "

Encik menepuk bahu anaknya lembut. "Takde apalah. Dah jodoh Anin sampai awal nak buat macam mana. Ayah dah maafkan semua salah Anin. Dah pergi nanti Anin balik kita cerita lagi. "Gurau Encik zainal sambil ketawa kecil.

Hanin masuk ke dalam biliknya untuk mengambil semua barangnya yang penting lalu dimasukkan ke dalam bagasinya. Setelah semuanya selesai, dia membawa turun semua barang itu.

Ketika dia turun matanya tertancap ke arah Rizq yang memakai baju melayu putih. Nampak segak dia memakai baju itu. Kelihatan Rizq sedang bergelak ketawa dengan ayahnya. Ayahnya menepuk berkali-kali bahu Rizq.

Ehem! Ehem!

Hanin berdehem apabila ayahnya tidak perasan dengan kehadirannya. Cemburu pula dia melihat kemesraan Rizq dengan ayahnya.

"Ha... Hanin.. Nanti dah sampai rumah mentua jaga tingkah laku. Jangan nak memalukan ayah untuk kali kedua. "Pesan Encik Zainal.

Hanin memandang wajah ayahnya yang tersenyum memandangnya. "Anin tau lah ayah. Anin kan anak yang baik? "Puji Hanin untuk dirinya sendiri. Kalau dia tak puji siapa lagi yang akan puji. Kan?

"Perasan kau... "Celah Rizq.

Hanin menjelingnya tajam. Dia tersenyum mengejek.

"Dah-dah.. Tu mommy, daddy dah tunggu tu. Nanti lambat pulak. Dah, nanti hujung minggu datang sini ya? "Encik Zainal menunjuk Datin Ruqayyah dan Dato' Khairuddin yang sedang menunggu mereka.

Seusai menyalam kedua orang tua Hanin, mereka berdua masuk ke dalam kereta. Datin Ruqayyah tersenyum memandang Hanin.

"Meh, Hanin duduk tepi mommy. Biar Rizq duduk tepi tingkap. "Ujar Datin Ruqayyah untuk mengusik anaknya, ditarik tangan Hanin supaya duduk di tepinya.

Rizq mengetap bibir geram. "Mana boleh mommy...dia kena duduk tepi Rizq lah"

Datin Ruqayyah mencebik. "Rizq pergi duduk hujung sana mommy nak duduk sini. Bagilah chance kat mommy pulak. Sampai tak boleh nak berenggang langsung. "

"Kalau boleh Rizq tak nak dia jauh dari Rizq pun.. "Ayat Rizq jadi semakin pelik selepas mereka diijab kabulkan. Adakah Rizq sudah mendapat hidayah?

Terus darah merah naik menyerbu ke muka Hanin apabila mendengar penyataan dari Rizq. Betul ke dia tak nak jauh dari aku?. Desis Hanin dalam hati. Boleh gila Hanin kalau setiap hari perangai Rizq semakin pelik begini. Terus Hanin buang fikiran pelik dia terhadap Rizq.

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now