12;

962 96 3
                                    

Rumah

Aku pulang ke rumah hampir pukul 9 malam kerana banyak kerja yang hendak dilakukan. Aku berasa amat penat dan mengantuk. Maklumlah, kerja sebagai Doktor terlatih juga bukan mudah walau belum digelar sebagai Doktor sebenar.

Aku menekan butang rumahku untuk menunggu respon. Omma dan appa selalu kunci rumah ini kerana mereka amat mementingkan keselamatan.

Selepas beberapa saat, pintu ini dibuka.

Omma yang membuka pintu ini dan dia memandangku dengan senyuman, "Aigoo~ anak omma baru balik ke? Kasihan kamu.. mesti penat kan?". Kata omma sambil mengusap rambutku dengan lembut.

Aku senyum kerana berasa senang hati dengan belaian kasih dari omma walaupun aku dalam keadaan penat seperti ini.

"Ne~ penatlah omma~". Kataku seperti seorang kanak-kanak.

"Masuk cepat~". Kata omma.

Aku segera membuka kasutku dan menyusun di tempat rak kasut dengan kemas. Aku masuk ke dalam rumah dan berjalan menuju ke sofa untuk rehat seketika.

"Miyeon-ah~ kamu naik atas dulu lepastu mandi ya? Lepastu kita makan sama-sama". Kata omma.

"Omma tak makan lagi ke?". Soalku.

"Belum~ omma tunggu kamu. Omma nak makan dengan kamu". Kata omma.

Aku berasa bersalah, "Kenapa omma nak tunggu saya? Nanti omma sakit perut macam mana? Lain kali omma makan je dulu. Saya kadang-kadang balik tak menentu waktu". Kataku.

"Arasseo~ lain kali omma makan awal ya?". Katanya.

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Em.. appa dah makan?". Soalku.

"Appa dah makan awal". Kata omma.

"Arasseo". Jawabku dengan ringkas.

"Ok cepat pergi mandi Miyeon oi~ dah busuk kamu ni". Omma mengejek aku.

"Ish.. omma ni~". Aku mengomel manja.

Omma hanya ketawa melihat gelagat aku.







---

Di meja makan

Aku berjalan menuju dapur dan omma telah menghidangkan makanan di atas meja. Makanan yang omma masak semuanya kelihatan sedap. Perutku berkeroncong melihat makanan yang berselera ini.

"Duduklah~". Kata omma.

Aku senyum dan tidak sabar untuk makan. Aku duduk dan omma membantu menghidangkan nasi ke dalam mangkuk.

(A/N: korg mesti pelik pahal makan guna mangkuk? well korean people makan nasi guna mangkuk dan jarang guna pinggan haha)

"Gomawo omma". Kataku dengan senyuman.

Omma juga duduk dan menghidangkan nasi ke dalam mangkuknya sendiri. Lauk-pauk telah tersedia dan tidak sah kalau tiada kimchi.

"Jal meoggesseubnida~". Kataku dan makan seperti biasa. Omma juga mula makan dengan seleranya.

Kami berdua makan tanpa bercakap.

"Miyeon-ah~". Omma memanggil aku.

Aku sedang mengunyah makananku dan mataku memandang wajah omma, "Ne?". Jawabku dengan perlahan.

"Kamu tau kan umur kamu dah 25 tahun kan?". Katanya.

"Mestilah saya tau omma takkan lah saya tak tau umur saya sendiri". Kataku dengan gelak kerana soalan omma seperti soalan budak-budak.

the doctor • k.sj [C]Where stories live. Discover now