2;

1.6K 138 9
                                    

"Cik Lee Miyeon, silakan masuk". Kata jururawat itu pada aku. Hampir 15 minit aku menunggu di luar pejabat Pengarah atau lebih dikenali sebagai CEO hospital ini. Aku bangun dari kerusi ini. Jantungku semakin berdegup pantas kerana aku berasa sangat gementar.

Tidak lama lagi aku akan bekerja sebagai doktor sebenar jika aku diterima. Aku akan merasai sendiri bagaimana aku perlu mengendali kerja sebagai seorang doktor. Tak sabar rasanya nak menimba ilmu di sini. Menjadi seorang doktor merupakan cita-citaku sejak di usia muda lagi.

Aku dibawa masuk ke dalam sebuah pejabat. Saat aku masuk ke dalam bilik itu, tubuh lelaki yang berumur kira-kira 40-an dan bertumbuh agak gempal serta bermisai sedang duduk di atas kerusinya dan sudah menunggu aku.

Ketika ternampak aku, dia sempat memberi senyuman.

Aku juga memberi senyuman manis sebagai balasan.




Dia bangun dari kerusinya dan mempelawa aku dengan baik. Aku menghulur tanganku untuk bersalaman dengannya. Dia membalas salamanku kemudian kami melepaskan tangan masing-masing.

"Sila duduk". Katanya.

Aku mengikuti arahannya dan duduk dengan sopan dan tertib di atas kerusi yang terletak di hadapan mejanya yang besar. Dia juga ikut turut duduk setelah aku duduk di kerusi ini.

Aku telah bersedia dengan dokumen pada tanganku.

"Nama kamu siapa?". Soalnya.

"Nama saya Lee Miyeon sajangnim". Kataku.

"Baiklah Miyeon-ssi. Saya sudah baca e-mel kamu untuk permohonan kerja di sini. Saya ada baca serba sedikit maklumat diri kamu dan saya tertarik kerana kamu seorang berpelajaran tinggi terutama dalam bidang perubatan dan lagi pula, kamu adalah graduan lepasan Universiti di New Zealand baru-baru ini kan? Kamu berminat untuk menjadi doktor ya?". Soalnya.

"Ya betul. Saya sangat minat untuk menjadi seorang doktor. Doktor merupakan pekerjaan kesukaan saya sejak dari kecil". Kataku dengan senyuman.

"Kenapa kamu ingin bekerja di hospital kami cik Miyeon?". Soalnya.

"Saya ingin menimba pengalaman baru dan menceburi bidang yang saya minati. Lagi pula, perjalanan dari rumah saya ke hospital ini tidak begitu jauh. Saya tidak mahu berjauhan dengan ahli keluarga saya". Kataku dengan senyuman.

"Hm, boleh saya tengok dokumen pencapaian kamu dan juga dokumen tentang maklumat diri kamu?". Soal CEO itu.

"Baiklah~". Aku beri fail dokumen itu.



Dia mengambil fail dokumen yang mempunyai kandungan tentang maklumat diriku.

Dia sibuk baca sambil menyelak helaian demi helaian. Matanya fokus melihat dokumenku.










Aku berasa semakin gementar dan mataku hanya melihat segala perbuatannya.

"Hopefully dia akan terima aku.. jebal~" Kataku di dalam hati dengan penuh pengharapan.

"Rekod kesihatan kamu baik dan kamu tiada apa-apa alergi terhadap sebarang ubat. Hm, rekod penglihatan kamu pun baik. Kamu tiada fobia? Kamu takut pada darah dan organ dalaman ke tidak?". Soalnya.

Aku segera menggelengkan kepala, "Tidak sajangnim. Saya tiada apa-apa fobia". Kataku dengan senyuman.

Dia hanya menganggukkan kepala.







"Baiklah.. em.. saya tengok kamu ni memang seorang pelajar yang sangat aktif dalam pelbagai aktiviti dan suka menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh universiti. Kamu juga melepasi pointer lebih dari 3.0 dan itu menunjukkan kamu seorang pelajar yang pintar". Katanya dengan senyuman lebar.

the doctor • k.sj [C]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu