10;

1K 101 4
                                    

Pejabat

Seokjin menghentakkan tangannya di atas meja. Dia menghembuskan keluhan kasar. Perasaannya bercampur-baur kerana dia tidak tahu adakah dia patut marah atau diam sahaja.

Dia keliru.

"Tak boleh jadi ni.. aku dan Miyeon sepatutnya bergaduh tadi! D-Dia sepatutnya marah pada aku.. tapi kenapa dia minta maaf kat aku?". Katanya sendirian.

Seokjin tidak faham dengan situasi yang terjadi tadi.

Setelah berfikir sejenak, Seokjin tersedar akan sesuatu.



"Jap.. dalam hal ni.. aku yang salah bukan Miyeon. Tapi, Miyeon yang minta maaf kat aku. Aku yang mulakan pergaduhan dari awal. Aish.. jinjja! Kenapa dengan aku ni!". Seokjin marah sendirian dan bercakap seorang diri.

Seokjin mengusap rambutnya sendiri sehingga kelihatan serabut dan serabai akibat berfikir terlalu lama.




"P-Patutkah aku minta maaf kat Miyeon? Aku tak faham kenapa aku rasa bersalah bila dia minta maaf kat aku.. aku rasa banyak yang tak kena.. ah.. ssipal! Aku malaslah nak fikir pasal hal ni! Lupakan jelah!". Katanya dengan geram.

Seokjin cuba melupakan hal tadi dan mengambil keputusan untuk mengambil setengah hari bekerja sahaja kerana dia ingin pulang ke apartmen miliknya.

Dia segera mengemas barang-barangnya dan mengambil begnya yang berisi laptop. Seokjin menyimpan dompet dan telefon bimbitnya di dalam poket seluarnya.

Tangannya sudah bersedia memegang kunci kereta.




Dia menutup segala suis elektrik di bilik ini dan menutup lampu. Dia segera berjalan keluar dari pejabatnya dan mengunci bilik ini.

Ketika dia menoleh tiba-tiba Taehyung berada tepat dihadapannya menyebabkan Seokjin terkejut beruk. Dia sangka hantu sesat.

"K-Kau buat apa kat sini!". Kata Seokjin dengan hairan.

"Aku baru je nak bagi kau kertas kerja tapi kau dah keluar. Kau nak pergi mana ni?". Kata Taehyung.

"Bukan urusan kaulah.." Kata Seokjin dengan jelingan.




"Hm.. yelah.. nah aku serahkan kertas ni pada kau". Kata Taehyung.

Seokjin mengambil kertas itu dari tangan Taehyung, "Yelah.. dah balik lah kau". Kata Seokjin.

Taehyung menggelengkan kepalanya dan berjalan pergi dari tempat ini tanpa berkata apa-apa.

Setelah Taehyung pergi dari sini, Seokjin segera berjalan menuju ke lif untuk pergi ke tempat parkir kereta.









---

Waktu sudah senja dan jam pada pergelangan tanganku sudah pukul 6:45 petang dan hampir masuk pukul 7. Hampir 15 minit aku berdiri di perhentian bas ini dan bas menuju kawasan rumahku belum muncul-muncul lagi.

Aku sudah penat bekerja bertambah lagi penat berdiri.

Kedua bahuku lenguh kerana menggalas begku yang agak berat kerana ada laptop dan beberapa fail.


Aku terfikir pasal sesuatu, "Eh apahal aku ni bodoh sangat.. kerusi perhentian bas ni mana ada orang". Kataku. Aku segera duduk untuk berehat seketika.

Aku sudah terbiasa berdiri kerana di hospital aku sering berdiri ketika bekerja.

"Aigoo~ akhirnya dapat relaks sikit.." Kataku sendirian.






Ketika sedang menunggu, tiba-tiba sebuah kereta jenama Mercedes Benz bewarna hitam berhenti tepat di hadapan aku. Aku berasa curiga.

"Kenapa kereta ni berhenti kat sini?.."

the doctor • k.sj [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora