++ : ♡ 'Special Chapter

118K 3.9K 1.6K
                                    

"Good morning sayang. Time for breakfast."

Celik sahaja mata Hani pagi itu, dia dihujani dengan ciuman dari Dariel. MasyaAllah, manja suami dia lain macam. Hahaha.

"Good morning too." Hani bangun dan menyandar pada kepala katil. Matanya menangkap dulang makanan yang berada di meja kecil sebelah katil.

"Breakfast in bed?"

"Yup." Dariel angguk. Dia duduk di birai katil dan dulang makanan tersebut diambil lalu diletak di atas riba.

"For you."

Sekuntum bunga rose merah dihulur pada Hani. Hani tersenyum dan mengambilnya. Dibawa bunga itu ke hidung dan dihidu baunya. Wangi.

"Abang dah tua pun romantik." Sengaja Hani menyakat. Dariel ketawa lalu menjawab.

"Abang muda lagi lah. Baru 30-an." Dariel sengih.

"Hmm tua lah tu."

"Gigit bibir tu nanti tau lah." Dariel menggertak. Pantas Hani tutup mulutnya dengan tangan.

"Pergi berus gigi dengan cuci muka dulu."

"Baik!" Hani loncat dari katil dan terus meluru ke bilik air.

Terbuntang mata Dariel melihat isterinya itu. Sudah lah tanpa pakaian. Mengancam betul.

Dariel sengih. Otaknya terus teringatkan perihal semalam. Isterinya itu walaupun dah banyak kali bersama, tapi malu tu tetap ada. Comel.

"I'm done baby!" Hani meloncat-loncat suka. Tshirt putih Dariel pun sudah siap tersarung di badannya.

Cun sangat lah tu. Baju Dariel agak besar dan gelebeh bila Hani pakai, jadinya tutup sampai ke paha.

"Sini." Dariel tepuk katil di sebelahnya. Hani patuh. Dia duduk menghadap Dariel. Mulut sudah sedia ngaga.

"Abang masak? Sedap." Hani puji sambil mengunyah nasi goreng.

Dulu punya nasi goreng masin ya ampun. Sekarang makin sedap rasanya. Sebabnya Dariel suruh mummy ajar. Hahaha kelakar.

"Banyak lagi ke kat dapur tu?"

"Ada sayang. Kenapa? Nak tambah?"

Hani geleng. "Tak adalah. Tanya je. Hani nak jaga badan. Sejak dah pernah mengandung ni, berat badan naik. Hmm. Tak suka. Abang tak rasa ke Hani makin gemuk?"

Dariel ketawa. Hidung Hani dipicit. "Mana ada gemuk. Biasa je. Cuma makin tembam aje."

Hani sebik. "Gemuk lah tu."

"Tak ada lah. Gemuk macam jiran sebelah kita tu. Sayang ni okay lagi. Masih slim, body lawa."

"Ish abang ni."

Sempat erkk dia kutuk jiran sebelah.

"Hahahaha. Abang gurau aje. Tapi betul apa sayang masih cantik. Kalau tak cantik pun, akan tetap cantik depan mata abang." Dariel kenyit mata.

"Dasar sweet talker." Bahu Dariel dipukul manja. Jatuh cinta lagi dia dengan suaminya ini. Ayat manis bukan main!

"Habiskan nasi ni cepat lepastu mandi. Abang nak tengok anak-anak kejap." Dariel menyuap suapan nasi yang terakhir ke mulut Hani. Kemudian, selepas dahi Hani dicium, dia keluar dari bilik.

Hani ambil tuala dan terus masuk ke bilik air. Dia mula membersihkan diri. Tidak lama selepas itu, dia keluar dari bilik air hanya dengan berkemban.

Hani masuk ke dalam walk-in-closet dan mencari baju yang ingin dipakai. Bila dia berdiri di hadapan cermin besar, figura Dariel di belakangnya kelihatan pada cermin.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now