37 : ♡

95.9K 3.8K 403
                                    

Hari ini berjalan seperti biasa. Hani masuk ke dalam butiknya. Sebaik sahaja kaki menapak masuk, dia diserbu pekerjanya.

"Boss!"

"Eh eh kenapa ni?"

Hani terkejut apabila Alia berlari ke arahnya dan memeluk dirinya. Badannya terkebelakang sedikit apabila menerima pelukan itu.

"Dia excited sangat tu boss." Husna ketawa kecil melihat rakan sekerjanya itu.

"Excited sebab apa?" Hani menyoal. Keningnya ternaik.

"Brands and Co. akan buat fashion show in Milan next week. And guess what?" Husna angkat-angkat kening. Bertambah pelik Hani jadinya.

"Kenapa?"

"You are invited as a VVIP!" Alia terus menepuk tangan suka apabila Husna memberitahu hal itu.

"What?! Seriouslah?"

Beg tangan yang dipegang Hani jatuh ke atas lantai. Dia terngaga. Dia tak mimpi kan?

Hani menampar pipinya sendiri. Auch! Sakit.

"Serious boss. Puan Rose email pagi tadi. Kad jemputannya pun ada pihak sana hantar. Ada dekat atas meja boss. And boss tak mimpi."

Husna sengih.

"And ada lagi satu boss."

"Apa dia?" Hani bertanya.

"Your designs semua akan diperagakan atas stage for opening fashion show tu."

Hani tercengang. Wow! This is wow!

"I'm speechless you know." Hani menutup mulutnya yang sudah terngaga. Sumpah dia tak expect gila benda ni.

"Hahaha i feel you boss. Saya dengan Husna pun macam tu bila dapat tahu. So apa pun, boss have to get ready. Next week boss dah kena pergi." Alia mengingatkan.

"Of course i'll be ready. Ouh My God! I'll go to Milan! Yeay!" Hani meloncat-loncat di situ. Sukanya dia!

Tiba-tiba perbuatan dia terhenti. Husna dan Alia pelik.

"Kenapa boss?"

"Saya pregnant. Tak boleh loncat. Hee." Hani sengih. Suka sangat sampai lupa dia mengandung. Heh, sorry baby. Mummy janji mummy tak loncat dah.

"Wah! Oyemji! Bestnya!" Husna pula yang meloncat kali ini. Memang rezeki boss dia ni. Sudahlah dapat jadi tetamu VVIP, lepastu mengandung pula. Memang rezeki.

"Berapa bulan dah boss?" Alia memegang perut Hani yang masih kempis.

Hani menunjuk empat jarinya dengan sengihan di bibir.

"Empat minggu."

"Oyemji! Tahniah boss! Mesti comel nanti baby boss. Boss cantik, suami pun handsome. Boleh lah saya jadi menantu tua boss nanti." Alia mengenyit mata.

"Amboi kau. Bukan main erkk?" Husna menjeling.

"Hahaha gurau je."

Hani hanya ketawa. Macam-macam perangai pekerja dia ni.

"Pekerja lain mana?" Hani menyoal. Terjengul-jengul dia di situ.

"Semua dekat stor boss. Stok baru sampai tadi. Tengah berkemas lah tu."

Hani mengangguk.

"Saya ada dalam pejabat. Apa-apa jumpa saya terus."

"Baik boss." Serentak Husna dan Alia mengangkat tabik. Memang ada chemistry betul mereka berdua tu.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now