24 : ♡

129K 5.3K 1.2K
                                    

Pintu bilik hotel aku buka perlahan-lahan. Masih tiada siapa di dalam. Aku menapak masuk. Katil aku pandang.

Taburan bunga rose merah di atas katil membuatkan bilik ini mempunyai suasana yang romantik.

Hmm ini mesti Dariel suruh pekerja hotel tu letak bunga rose.

Suka betul dia bagi aku bunga rose.

Lilin aroma terapi yang berada di atas meja sisi memberi cahaya yang agak kelam.

Seram pula aku tengok.

Aku menghidu bau bilik. Gabungan roses dan lavander.

Aku mengambil tuala. Badan sudah melekit. Ditinggalkan Dariel di dewan hotel melayan tetamu yang kebanyakkan nya sudah mahu pulang.

Aku menguap.

Huh, penat.

Aku membersihkan diri. Bilik air yang dindingnya diperbuat daripada kaca membuatkan aku hanya menggeleng kepala.

Ini kalau tak tutup dengan langsir, orang luar boleh nampak aku mandi. Getus ku dalam hati.

Aku keluar dari bilik air tidak lama selepas itu.

Fuhh, Dariel belum masuk. Cepat-cepat aku mengambil sehelai pajama.


Aku duduk di hadapan cermin. Losyen aku ambil dan sapu ke badan. Kemudian rambut panjang paras bahuku aku keringkan dan ikat satu. Kelam kabut aku melakukan itu semua.

Takut Dariel masuk!

Lepas itu, sehelai tudung sarung berwarna biru aku ambil dan pakai. Aku masih tidak bersedia ingin menunjukkan makhota paling berharga aku walaupun Dariel pernah melihatnya dulu.

Tapi entah, sekarang ni lain.

Aku mengambil minyak wangi Victoria's Secret's Noir Tease dan aku calit sedikit di bahagian leher. Aku pun tak tau kenapa aku buat semua ni.

Adehh.

You can't wait to see him tonight, right?

No.

Yes!

Shut up!

I don't want to.

Damn you!

Aku berkata dengan suara hatiku. Jam dinding aku kerling sekilas.

Pukul 11 malam.

Aku membawa diri ke balkoni. Aku berdiri di situ memandang ke bawah. Ada kolam. Aku melihat kanak-kanak yang berlari riang dan terjun ke dalam kolam.

Aku tersenyum sendiri. Comel. Tapi apa kejadahnya mandi kolam malam-malam?

Bila dilihat semula, hmm patutlah. Anak cina. Deme mana kisah. Malam ke subuh ke bantai saja lah. Di suatu sudut, ada seorang wanita lewat 40-an bersama seorang lelaki yang sepertinya lagi tua dari dia sedang menikmati makan malam di tepi kolam.

Suami isteri kut. Sweet walaupun dah tua.

"Mummy, I want to swim with Alex!" Budak perempuan itu menjerit sambil tangan kecilnya menunjuk ke arah seorang budak lelaki yang sedang berenang di dalam kolam.

Perempuan yang dipanggil mummy itu menggeleng kepala. Samar-samar suaranya berkata. Aku hanya melihat saja kerenah kanak-kanak itu bersama ibunya.

Tiba-tiba, aku menghidu bauan yang lain. Aikk? Mana hilangnya bau roses dengan lavander tadi? Aku menarik nafas dalam. Cuba menghidu lagi.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now