41 : ♡

86.7K 3.7K 1.1K
                                    

Dariel tersedar apabila mendengar bunyi yang agak bising.

Dia bangun dan sepasang matanya dijamu dengan tubuh isterinya yang kelihatan agak sibuk mengemas pakaiannya. Mata isterinya bengkak kerana terlalu banyak menangis. Tak pernah dia melihat isterinya selemah ini.

"Hani― bagi abang explain."

Dariel bangun dan turun katil seraya memakai seluar lalu merapati isterinya.

Hani buat tidak endah. Dia menyibukkan diri dengan mengemas pakaiannya.

Dia nekad. Lepas saja dia pulang ke Malaysia hari ini, dia akan pindah ke New York untuk menjadi bussiness partner kepada Luna Brands.

"Hani―"

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi kiri Dariel. Dariel terpana. Dia yang tadi melutut terus terduduk bila menerima tamparan itu.

Pipinya pedih. Panas dan terasa berpijar. Tapi kesakitan itu semua tidak boleh lawan dengan sakitnya hati dia bila melihat keadaan isterinya seperti ini.

"Tak payah explain. Hani dah penat nak percaya abang. Abang pergi lah dengan perempuan tu. Mintak sebanyak mana layanan yang abang nak. Anggap aje malam tadi Hani dag tunaikan kewajiban Hani sebagai isteri buat kali yang terakhir. Tak apa, Hani ikhlas. Lepasni, jangan cari Hani lagi. Apa pun status hubungan kita lepasni, terpulang pada abang. Hani penat."

Hani berkata dengan suara beku. Terlampau banyak menangis semalam sehingga hari ini air matanya sudah tiada untuk membasahi pipinya.

"Hani memang dah tak percaya abang?"
Dariel menyoal perlahan. Mata isterinya cuba direnung sedalam mungkin. Tapi pandai isterinya itu mengelak daripada bertentang mata.

"Hani percaya abang atau tak, dah tak ada makna. Abang buat lah apa yang abang nak buat lepasni. Jangan fikir perasaan Hani."

Hani mengzip bagasinya. Dia sudah siap mengemas. Dia berdiri dan mengambil beg tangannya. Dia kemudian menarik bagasi. Ingin keluar dari bilik itu.

"Hani. Tolong, jangan tinggalkan abang. Bagi abang jelaskan semuanya. Hani kena percaya abang. Sumpah sayang, demi Allah, abang tak pernah khianati kepercayaan sayang."

Dariel melutut di kaki Hani. Dia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan kepercayaan isteri dia semula.

Mata Hani jatuh pada Dariel yang sudah tertunduk di kakinya. Air matanya bertakung di tubir mata. Hampir sahaja jatuh menitis. Cepat-cepat dia lap menggunakan tangan.

Tipu kalau dia kata dia sanggup pergi tinggalkan suami dia. Tapi, dia perlukan masa. Hati dia tidak kuat untuk semua ini. Hati dia masih tidak boleh terima.

"Hani percaya abang. Tersangat percaya abang sampai tak sedar yang diri Hani diperbodohkan. Patutlah Hani call tak angkat. Mesej tak berbalas. Rupanya abang ada affair dengan perempuan lain. Lepasitu boleh abang curang dekat sini? Hani dah serik nak percaya abang."

"Jadi, sebelum Hani pergi, maafkan Hani. Halalkan makan minum Hani selama ni. Terima kasih jaga Hani. Hani pergi dulu. Kirim salam dekat mummy dengan daddy. Anak ini, biar Hani jaga. Dan lagi satu―"

Hani melangkah beberapa tapak ke hadapan. Dariel di kakinya ditolak perlahan ke tepi.

Hani menarik nafas dalam dan dihembus perlahan. Walaupun dia tahu kata-kata yang akan dia ucapkan selepas ini akan memakan dirinya dan menambah kesakitan di hatinya, dia terpaksa.

"Hani tak nak abang malu. Jadi, Hani nak abang kahwin dengan perempuan tu untuk tutup perbuatan buruk abang dengan dia. Jangan risau, Hani izinkan. Assalammualaikum."

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now