25 : ♡

156K 5.2K 984
                                    

Aku menggeliat di atas katil. Tangan seseorang yang berada di atas perutku aku letak ke tepi.

Tekak terasa haus. Air masak yang berada di meja sisi aku ambil dan teguk laju lalu aku melihat jam loceng kemudiannya.

Pukul 5.30 pagi.

Azan subuh belum kedengaran lagi, jadi aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata kembali buat seketika jadinya aku berbaring semula. Aku masuk ke dalam selimut tadi.

Tangan entah siapa-siapa tadi aku ambil dan letak kembali di atas perutku. Tangan itu menarik aku rapat padanya. Best pula tidur macam ni. Rasa selamat dan selesa.

Eh kejap. Tangan?

Aku memandang ke sebelah. Terkejut bukan kepalang aku apabila muka lena Dariel menjamu pandangan aku tika itu. Aku menyelak selimut yang menutupi badan aku.

Terbuntang mataku apabila tiada sehelai benang pun di badanku. Aku lihat tubuh Dariel pula dan sesaat kemudian, terus aku mengalihkan pandangan.

Allahu. Apa yang aku tengok ni?

Dariel pun langsung tidak memakai apa-apa baju. Pandanganku jatuh pada pajamaku yang berterabur di atas lantai. Seluar dan baju Dariel juga ada di situ.

Aku dengan dia dah...

Aku terus duduk tegak. Selimut aku tarik. Aku memeluk kepala lutut. Terasa mahu menangis pula.

Dariel yang tersedar dengan pergerakanku akhirnya terjaga. Dia menenyeh-nenyeh matanya. Saat dia terpandangkan aku, dia tersenyum.

"Morning wife." Dariel menyapa. Bibirnya masih lagi dihiasi dengan senyuman manis.

"Apa kita dah buat malam tadi?" Aku bertanya. Dariel mengangkat kening, tidak faham dengan soalanku.

"I beg your pardon?"

"Malam tadi..kita.."

Ayatku tergantung. Tidak sanggup aku ingin mengungkapkannya.

"Kenapa dengan malam tadi?"

Dariel bertanya acuh tidak acuh. Dia nampak malas ingin melayan pertanyaanku tika itu. Aku sedikit sentap.

Aku diam. Setitis air mata jatuh di pipi. Aku tidak tahu kenapa aku berkelakuan seperti ini sedangkan aku tahu apa yang berlaku malam tadi adalah dasar suka sama suka.

Baik aku mahupun Dariel masing-masing mahukan perkara yang sama berlaku. Jadi, tiada istilah kena rogol dengan suami sendiri lah kan?

Aku diam sejenak. Jadi, kenapa pula aku perlu menyesal? Dia suami aku kan? Bukan ke aku wajib 'memberi' kalau suami meminta?

Dariel yang melihatku masih senyap, terus bangun dari baring. Dia duduk menghadap aku. Pantas aku menoleh ke tempat lain apabila badannya yang tidak berbaju menyapa pandangan.

Hmm nasib baik bahagian kaki dia dalam selimut.

"Why? Sayang menyesal?" Dariel menuduh. Aku menggeleng kepala.

"No."

"Then?" Aku memaling muka memandang wajah Dariel.

"Tak cuma, errrm..saya dah..tak suci lah kan?"

Dariel mengangkat kening. Pelik. Tidak lama selepas itu, tawanya meletus. Kuat. Aku pula yang memandangnya pelik.

"Ya Allah sayang. Apa sayang merepek ni? Lawak tahu lawak?"

Dariel mengelap air mata yang terbit sedikit di tubir mata. Sebelah tangannya lagi menekan perut.

Konon lawak sangat lah tu!

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now