15 : ♡

96.8K 4.8K 165
                                    

Aku mundar-mandir di dalam bilik. Sling bag aku tertinggal dalam kereta Dariel. Aku menggigit kuku. Berfikir bagaimana mahu mengambil barangku semula. Sudah lah dalam sling bag itu ada telefon, dompet dan benda penting yang lain.

Aku mengetuk-ngetuk kepala. Eii kenapa lah kau sengal sangat Hani? Itu lah, kelam kabut sangat.

Aku masuk ke dalam bilik Along kemudian nya. Along yang sedang work out ketika itu aku pandang.

"Ermm along."

"Hmm." Along berdiri. Peluh di badan nya dia lap dengan tuala kecil.

"Nak telefon." Aku menadah tangan. Along menjungkitkan sebelah keningnya.

"Telefon adik mana?"

"Ermm tertinggal."

"Dekat?"

"Dalam kereta Dariel."

"Okay so?"

Aku menepuk dahi. Entah kenapa aku rasa along aku hari ini nampak bengap dari biasa. Ok bye.

"Nak call Dariel suruh dia hantar."

"Ouh." Along mengambil telefon nya yang berada di atas meja dan diberi kepadaku.

Aku berjalan ke bilikku sambil mencari nama Dariel. Panggilan dibuat. Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Tidak berjawab.

Aku membuat panggilan lagi sekali. Sesaat kemudian, suara garau seorang lelaki menyapa gegendang telingaku.

"Hello?"

Lidah ku kelu mendengar suara serak-serak basah milik Dariel. Terkelip-kelip mata aku.

"Hello Adden?"

Suara dia sexy. Macam baru bangun tidur.

Ok wake up Hani.

"Ermm hello Dariel. Saya..ermm.. Hani."

Perlahan sahaja suara aku bertutur. Ikutkan hati tidak mahu aku call dia selepas kejadian tempoh hari. Aku masih sakit hati. Tapi, perasaan itu aku abaikan demi barang-barang penting yang ada dalam sling bag aku.

Talian di sebelah sana senyap. Ermm Dariel tidur ke?

"Dariel?"

"Hmm...."

"Awak ada kat mana?" Aku menggigit kuku.

Ya Allah sumpah rasa awkward.

"On my bed."

Allahu. Bukan ini yang aku mahukan. Tapi, maksudnya, dia dekat rumah lah kan?

"Saya punya sling bag tertinggal dalam kereta awak. Saya nak ambil balik."

"Then? Ambil je lah."

Eh eh mamat ni. Dia sedar tak sebab dia lah aku tertinggal beg tu?

"Tapi, saya tak tahu rumah awak. Boleh awak send location dekat telefon along saya ni? Nanti saya datang." Kataku dan bergerak ke arah closetku untuk mencari baju.

"Ok." Dariel mematikan panggilan.

Aku memandang telefon. Ciss. Jatuh martabat aku sebagai perempuan. Sepatutnya aku yang tutup dahulu.

Aku membawa kereta alongku ke penthouse mewah milik Dariel selepas lelaki itu menghantar location rumahnya.  Saat aku sudah berada di muka pintu penthousenya, aku berdiri statik di situ.

Tarik nafas. Hembus. Tarik. Hembus. Aku menekan loceng. Sesaat kemudian, pintu dibuka dari dalam. Kelihatan Dariel dengan uniform pilotnya di badan.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now