44 : ♡

114K 4K 416
                                    

Hani menutup pintu utama perlahan-lahan. Kasutnya diletakkan di dalam rak. Dia tengok jam di dinding. Dah pukul 10.00 malam.

Ni kalau Dariel tau dia balik lambat, habis kena bebel. Dah lah dia keluar senyap-senyap siang tadi. Alkisahnya sebab Dariel tak bagi dia keluar.

"Abang boleh lah. Kejap je. Hani nak tengok butik lepastu nak visit ummi, abah, mummy dengan daddy."

Hani mencantum kedua tangannya. Mukanya dikesiankan. Haraplah Dariel terkesan dengan muka sedih dia ini.

"No. Tak boleh. Sayang tu mengandung tahu? Bila-bila masa je nak bersalin. Dibuatnya bila sayang keluar nanti terbersalin dekat mana-mana, dalam kereta ke, apa ke, tak ke susah? Nak kena jemput sayang satu hal. Mengandung tu jangan hyper sangat boleh? Cer duduk aje dekat rumah."

Melantun suara kasarnya di setiap sudut bilik itu. Hani diam sesaat. Tapi tidak lama selepas itu, dia cuba lagi pujuk Dariel.

Dah lama dia tidak pergi ke butik dan jumpa ummi abah dan keluarga mentuanya. Kena kurung dalam rumah dengan Dariel punya pasal.

"Tapi nanti mesti daddy dengan ummi kata Hani bukan menantu yang baik sebab tak pergi jenguk depa. Please...boleh lah abang."

"Daddy dengan ummi faham. Abang tak bagi sayang keluar sebab sayang tu dah sarat mengandung. SARAT MENGANDUNG. Faham tak?"

"Tapi Hani boleh jaga diri sendiri. Abang janganlah risau."

Dariel yang ketika itu sedang menyarung singlet itu terhenti. Ya Allah budak ni. Ada juga dia gomol muka kecik tu atas katil nanti. Dariel mencekak pinggang. Kecik besar kecik besar je dia tengok isteri dia.

"Kenapa degil sangat ni? Dengar cakap abang boleh tak? Abang bukan tak bagi sayang keluar. Cuma takut kalau ada apa-apa jadi. Sayang tu bukannya larat sangat dah sekarang ni. Kejap-kejap lenguh, kejap-kejap sakit belakang. Kadang sayang nak pergi bilik air pun abang yang dukung. Macam mana abang nak biarkan sayang keluar kalau macam tu?"

Tu diaaa. Punya panjang lebar dia membebel. Hani terkelu lidah. Tak tau nak balas apa. Dia kalah. Tapi

Dia nak keluar jugak! Dah lama dia tak tengok butik. Dah lama dia tak menjahit! Dia nak pergi butik!

"Ala please. Kali ni je. Hani suruh Husna jemput ya? Boleh ya abang? Ya? Ya?" Hani cuba lagi. Dia tengok Dariel pun dah mula pening dengan perangai dia yang satu ni.

"I said no, it means no! Dengan perut memboyot macam tu nak keluar. Tak payah! Duduk rumah! Jangan cakap apa-apa lagi. My decision is final. No objection!"

Hani tunduk menekur lantai. Dia mula bermain dengan jari. Dariel biarkan saja rajuk isterinya itu.

Dia mengambil baju pejabatnya yang sudah siap diseterika oleh Hani. Ni lagi satu, orang kata duduk diam-diam, berehat. Tapi dia tak nak.

Degil.

Keras kepala.

Nak jugak basuh baju, jemur kain, memasak, iron baju semua tu. Kalau boleh selagi mampu, semua dia nak buat.

Hailaaa, anak, jangan lah degil macam mummy nanti. Payah daddy nak jaga.

Dariel menyarung kemejanya dibadan sambil berdiri di hadapan cermin. Matanya melihat imej isterinya dari cermin itu.

Hani pula perhati Dariel dari ekor mata. Bila suaminya itu mula memasang butang kemeja, perlahan dia merapati dan berdiri betul-betul di hadapan Dariel.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now