09 : ♡

94.2K 5K 575
                                    

Bunyi jam loceng mengejutkan aku. Terpisat-pisat aku bangun dari tidur.

Siapa pula letak jam loceng dalam bilik aku ni?

Aku menghentak jam loceng itu dan sambung tidur. Aku menarik selimut sampai ke muka. Itu memang habit aku kalau tidur.

"HANI DAERINA!"

Ya ampun, suara umi. Aku paling tak suka kalau orang kacau aku tidur. Sumpah rasa nak mengamuk. Cuma belum tahap nak tukar jadi Hulk aje.

"Kenapa umi?"

Aku bertanya. Masih lagi berada di dalam selimut. Suara pun macam nak tak nak je keluar dari mulut.

"Bangun lah. Apa ni anak dara bangun lambat?!"

Umi menarik selimut aku sampai ke paras pinggang. Aku yang tidak puas hati menarik selimut kembali sampai ke leher.

"Dara mana ada anak umi. Jangan lah kacau adik. Adik penat baru balik Amsterdam."

Aku sempat menguap seusai berkata. Badan aku ngiringkan ke sebelah kanan. Sedap memeluk bantal peluk act bantal busuk aku.

"Baru balik apanya?! Adik dah balik sini tiga minggu lepas. Adik lupa ke? Hari ni adik masuk U balik kan?"

Dengar je perkataan U, terus aku terduduk tegak.

Ouh shit.

Macam mana boleh lupa ni? Tanpa mengucapkan terima kasih kepada umi, terus aku menyambar tuala dan masuk ke dalam bilik air.

Aduh lampu isyarat. Cepat lah hijau. Aku mengetuk-ngetuk stereng kereta. Jam di tangan dikerling. 9.45 pagi. Mati lah nak. Sudah lah pagi ini aku ada class dengan Miss Heidi.

Jantina dia perempuan. Jangan tanya lagi.

Dia tu baik, tapi kalau bab datang kelas dia kita lambat, rasanya boleh bergegar satu kampus tu dengan suara dia.

Sampai aje di U, aku tak tunggu lama dah. Terus mencari dewan kuliyah. Aku membuka pintu dengan termengah-mengah.

Semua mata memandang ke arah aku. Aku melihat di hadapan.

Fuh, nasib baik Miss Heidi belum mulakan apa-apa lagi. Mungkin tadi dia baru meet and greet pelajar sini. Dia pun baru berpindah ke sini.

"Hani Daerina. Awak lambat 25 minit."

"Err...saya TERbangun lambat miss." Ok lah kan panggil miss? Tak nampak dia tua kan? HAHA.

Aku bermain dengan jari. Perkataan ter aku tekankan menandakan aku memang tak sengaja.

"Nasib awak jujur. Duduk lah."

Aku tunduk sedikit dan mengucapkan terima kasih. Aku mengambil tempat di tengah-tengah dewan kuliyah. Tempat duduk yang biasa aku duduki. Tak depan sangat, tak belakang sangat.

Baik pula Miss Heidi hari ni. Angin monsun barat daya dia dah blah kut. Aku membuka nota ku apabila pensyarah di hadapan sudah membuka slid.

Aku perhati saja muka Miss Heidi tu. Bahagia semacam aje. Kenapa? Nak kahwin dah ke?

Kalau iya, menangis and meraung lah teruna-teruna dalam ni. Miss Heidi tu bukan sahaja cantik and muda. Pandai lagi tu. Buktinya, walaupun dia baru berumur 27 tahun, tapi sudah jadi lecturer. Selalunya lecturer ni kebanyakkan nya yang sudah tua.

"Haih miss... Bahagia je. Ada apa-apa ke? Nak kahwin?"

Suara Saiful kedengaran di dalam dewan kuliyah. Suara dia memang kuat, tak perlu mikrofon. Elok sahaja suara dia melantun jauh walaupun dia duduk agak belakang.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now