31/ Akhir : Part 2

11.3K 1.2K 324
                                    

Mr Sexy | JJK

Bab akhir : Part 2

Tamat pada 01:56 pagi, Ahad 2/12/2018.

----

"Saya rindu awak, Jeon Jungkook. Bila lagi nak bangun? Saya dah bosan ni. Tak rasa kasihan ke?"

Aku bisik kata-kata tersebut ke telinga Jeon Jungkook. Selimut putih hospital yang membaluti tubuh badannya aku betulkan agar nampak kemas.

Sudah hampir dua bulan lelaki itu terlantar tidak sedarkan diri di atas katil Hospital SeonJu.

Dalam tempoh itu jugaklah, aku tidak putus-putus berdoa agar keajaiban dapat berlaku.

Aku hanya dapat bayangkan dalam akal fikiran. Gambaran susuk tubuh milik Jungkook yang sedang mendepakan tangan. Senyuman bahagia terukir di wajahnya.

Bibirnya pula setia menyebut namaku. Tetapi, aku sedar angan-anganku terlalu tinggi.

Dia langsung tidak menampakkan harapan untuk bangun. Aku terlalu berharap begitu tinggi.

"Tolong bangun. S-saya rindukan Jeon Jungkook. Tak rindu saya ke?"

Beep.

Beep.

Bunyi mesin pernafasan Jungkook tiba-tiba mengeluarkan bunyi. Aku segera menekan butang kecemasan apabila aku melihat dada Jungkook sedikit berombak.

"J-jungkook, jangan takutkan saya."

Nafas yang dihembusnya terlalu kuat menyapa gegendang telinga. Air mata aku terus mengalir begitu laju.

Kau jahat, Jungkook.

Kau nak tinggalkan aku ke?

---

Jae Hee setia menanti status keadaan Jungkook di luar bilik yang menempatkan Jungkook.

Peluh dingin merenik halus di dahinya. Dia biarkan sahaja rambut panjangnya terurai menutupi sebahagian wajah.

"Cik Shin Jae Hee, penjaga Jeon Jungkook?"

Suara garau seorang doktor lelaki bernama Kim Seokjin membuatkan kepala Jae Hee terus mendongak ke atas.

Doktor muda itu melemparkan senyuman kelat kepada Jae Hee.

Lagilah membuatkan wanita itu semakin gelabah.

"Jangan risau. Dia masih okay. Encik Jeon Jungkook dah bangun. Tetapi, saya nak pesan. Keadaan dia agak tidak stabil. Jangan paksa dia ya?"pesan Dr Seokjin.

Jae Hee hanya mengangguk lemah. Tombol pintu bilik hospital itu dia pulas dengan penuh berhati-hati.

---

Pandangan aku terarah kepada susuk tubuh badan Jungkook yang sedang duduk membelakangi aku.

"Jeon J-jungkook, boleh saya masuk?"

[C] Mr Sexy | JJKWhere stories live. Discover now