19

10.9K 1.2K 79
                                    

Mr Sexy | JJK

Bab 19
---

Baru sahaja mendapat keizinan dan lampu hijau daripada aku, Jungkook terus mendekatkan wajahnya ke leher jinjangku.

Dekat dan semakin dekat sehingga akhirnya aku dapat rasakan sentuhan bibirnya yang mendarat di permukaan leher aku.

Deruan nafas Jungkook yang hangat menyebabkan badan aku sedikit menggigil.

"Jangan takut, Shin Jae Hee. Aku tak akan cederakan kau. Walaupun sedikit. Izinkan aku ya."

Aku meletakkan kedua-dua tangan di bahu Jungkook. Hampir aku menjerit kuat tatkala sakit akibat digigit si vampire sudah mula menunjukkan belang.

Sisi Jungkook yang berbeza itu pantas dan licik menikmati darah yang mengalir daripada leherku.

Kelopak mata aku tetap pejam rapat disebabkan kesakitan yang menjalar permukaan kulit leherku.

"Buka mata kau. Aku nak pesan sesuatu dan aku minta kau lakukan semua ini..secepat mungkin dan tanpa kerelaan hati kau."

Wajah Jungkook menyapa ruang penglihatan. Bibirnya terhias senyuman menyenget. Titisan darah masih berbekas di hujung bibir Jeon Jungkook.

"Darah kau dapat sembuhkan aku. Sama seperti mendiang kakak kau. Dia penyelamat aku. Sayangnya, si Jungkook gila tu sesuka hati je nak bunuh kakak kau. Herm."

Kata-kata yang keluar daripada mulut Jungkook mengakibatkan aku segera menjarakkan diri daripada lelaki itu.

Jujur , aku semakin takut untuk menghadap keesokkan hari. Sisi Jungkook kasanova terlalu sukar untuk aku kendalikan.

Dia ganas. Terlalu ganas untuk aku hadapinya.

"Sebelum matahari naik, aku nak kau rantai aku di katil. Aku mohon kau buat semua ni. Sedar je sisi aku yang satu lagi, aku minta kau jinakkan dia. Tawan hati dia, Jae Hee."

Aku merapatkan lutut di dada. Gigi aku ketap untuk menahan rasa debar di dada.

"K-kenapa saya perlu teruskan rancangan awak ni?"

Jungkook , si Mr Sexy mencium telapak tanganku dengan lembut.

Bibirnya bergerak pula ke arah kedua-dua belah pipi milik aku.

"Nyawa kau boleh lesap macam tu aje lepas dia bangun nanti. Ikut arahan aku, Jae Hee. Jangan kasihankan dia. Faham?"

-TBC-

A/N:

Insha Allah pagi esok ada banyak update untuk korang.

Rindu Mr Sexy?

Story ini akan tamat pada bab yang ke-30.

[C] Mr Sexy | JJKWhere stories live. Discover now