13

12.6K 1.3K 172
                                    

Mr Sexy | JJK

Bab 13
----

Shin Jae Hee tersepit di antara dua pilihan yang diberikan oleh Jungkook. Cengkaman di rahangnya semakin terasa kuat. Lantas, wanita itu menjerit kecil.

"Saya pilih dia. Dia lebih baik daripada a-awak!"

Ujaran ayat yang meniti di bibir Jae Hee kedengaran berani dan megah. Sebaliknya, hati wanitanya sudah menjerit suara ketakutan terhadap sikap Jungkook.

Jungkook bangun daripada katil. Kakinya melangkah keluar dari bilik tidur.

"Kau akan tanggung akibat disebabkan keputusan kau hari ini, Shin Jae Hee. Kau bodoh sebab pilih si vampire tu."

Jungkook membuka satu demi satu butang baju yang dipakainya. Selesai sahaja dia berbuat sedemikian, lelaki itu berdiri memandang Jae Hee.

Perasaan egonya dinaikkan lagi oleh Jae Hee pada pagi itu. Jungkook menjadi baran akibat keputusan Jae Hee memilih Jungkook yang lagi satu.

Apa kurangnya dia?

Dia tidak sehebat si vampire itu?

"Aku akan cederakan diri aku. Biar si Jungkook vampire kegemaran kau rasai kesakitan pada malam nanti. Tunggu dan lihat."

Jae Hee segera menuruni katil apabila dia mendengar kata-kata Jungkook.

Jungkook menggenggam penumbuk kecil. Dia berundur pantas untuk meninggalkan Jae Hee.

"Aku nak kau seorang ja. Tiada siapa yang dapat berkongsi Shin Jae Hee. Wanita ini hanya milik aku seorang."

Mata Jungkook terarah kepada pasu bunga kecil yang terletak di atas meja ruang tamu.

Bibirnya tersenyum puas.

"Mari kita lihat hukuman yang sesuai untuk Mr Sexy pilihan hati Shin Jae Hee.

-TBC-

A/N:

Maaf jika storyline makin terserlah kepelikannya.

Semoga menyukainya.

Komen banyak-banyak.

Ayuh meriahkan ruangan komen .

👫

[C] Mr Sexy | JJKWhere stories live. Discover now