17

11.5K 1.3K 56
                                    

Mr Sexy | JJK

Bab 17
---

Jae Hee setia menunggu Jungkook di hujung katil. Dia menggenggam kedua-dua telapak tangannya agar perasaan risau dapat diredakan.

"Tolong bangun, please."rayu Jae Hee perlahan sambil matanya tetap difokuskan terhadap leher lelaki itu yang sudah berbalut.

Jae Hee mendekati tubuh badan Jungkook yang sedang terbaring lemah. Jarinya menyentuh lembut wajah kacak milik Jungkook yang penuh dengan luka-luka kecil.

---

"Kenapa awak suka jadi nakal sangat sampai sanggup cederakan diri? Tak boleh ke jadi budak baik, Jeon Jungkook?"bebelku kepada Jungkook.

Aku berharap lelaki itu tidak terdengar bebelan aku. Nanti mengamuk lagi, aku sendiri tak sanggup nak hadap perangai gila dia.

Aku letak bantal bersebelahan dengan Jungkook. Kelopak mata yang sudah berat memaksa aku untuk meletakkan kepala sebentar di bantal gebu tersebut.

Tak salah kan kalau aku lelapkan mata sebentar?

Lagipun si Jeon ni tak ada tanda nak bangun dari tidur.

---
"T-terima kasih..selamatkan aku ,Shin Jae Hee."

Rambutku terasa seperti dibelai lembut oleh seseorang. Dengan pantas, aku membuka kelopak mata.

Wajah Jungkook menyapa pandangan mata. Senyuman manis yang terukir di bibirnya memberi aku satu mesej.

Si Mr Sexy sudah muncul kembali.

Jungkook memegang kemas bahuku. Dia menolak tubuhku semula agar aku terbaring di atas dadanya.

Degupan jantungnya yang berentak laju menjadikan aku diam tanpa sebarang kata.

"Rindu aku tak , Jae Hee? Maaflah lambat muncul. Dah teruk aku dikerjakan oleh Jungkook satu lagi tu. Nasib kau ada. Kau buat aku makin sayang."

Jungkook tarik aku ke dalam pelukannya yang hangat. Kepala aku secara automatiknya tersembam ke dada bidangnya.

Telinga aku menangkap bunyi suara Jungkook yang sedang bernyanyi kecil.

Akhirnya, kau muncul semula untuk menenangkan hati aku.

"T-terima kasih kerana muncul semula. Saya rindu awak juga, Jeon Jungkook."

-TBC-

A/N:

Update kedua selesai.

Tiga bab lagi menyusul.

Harap korang sudi komen dan hadiahkan likes.

Taklah berhabuk sangat kan story ni?

[C] Mr Sexy | JJKWhere stories live. Discover now