Aku menjadi semakin segan.

"Wuuuu~". Mereka memuji aku dengan menepuk tangan.

Aku hanya mampu ketawa kekok.

"Kami dengar rumor pasal awak sebab kami dengar hospital kita memang memerlukan orang macam dia sekarang. Jarang nak jumpa bakak Doktor baik macam Miyeon ni". Lelaki yang bertubuh sedikit gempal itu.

"Betul tu". Kata lelaki pertama tadi yang menyoal aku itu. Dia bersetuju dengan percakapan tentang si gempal itu tadi.

Aku berasa hairan kerana aku menjadi topik bualan antara doktor-doktor serta jururawat di hospital ini. Apa yang menarik pasal aku? Aku cuma nak jadi doktor itu sahaja. Aku berasa semakin hairan apabila mereka kata aku ni pakar Psikologi. Aku tahu peribadi dan masalah orang kerana aku belajar di universiti dulu.

Takkan kat Universiti kat Korea ini tak ada menawarkan bidang psikologi? Pelik betul. Mungkin mereka cuma tawarkan bidang ini kepada pelajar yang ingin menjadi guru kaunseling.



"Dia lebih baik dari Doktor Kim Seok--"

Lelaki bertubuh gempal itu menutup mulut Shinhye kerana dia hampir terlepas cakap.

"Yah! Cakap tu boleh cover sikit tak Shinhye! Tak pasal-pasal kita kena buang kerja!". Kata lelaki itu.

Akhirnya, lelaki itu melepaskan tangannya.

"Ah.. mianhae saya terlanjur kata pula". Kata Shinhye dengan ketawa kekok.








"Saya tak hebat macam Doktor tu.. kita semua kan masih di bawah. Kita semua juga bakal Doktor. Tak perlulah korang puji saya.. saya pandai dalam bidang psikologi sebab itu yang saya belajar di universiti dulu". Kataku.

Mereka hanya ketawa dan kami berbual-bual kosong.



"Maaf, mesti awak hairan kenapa kitaorang tegur awak kan? Nama saya Dongyoon". Kata lelaki bertubuh gempal itu.

"Oh.. nama saya Jaeil". Kata lelaki yang lagi satu.

Aku senyum, "Selamat berkenalan Dongyoon dan Jaeil-ssi. Harap kita berempat dapat bekerjasama dengan baik". Kataku.

"Ne~". Jawab mereka.





"Em.. saya rasa kerja kita dah selesai kat wad ni. Kita dah tukar cadar katil dan bantal pesakit-pesakit kat sini. Lepastu, Dongyoon dah ambil rekod pesakit. Saya dah pantau keadaan pesakit juga dan semua dalam keadaan baik.. er.. Shinhye dah panggil jururawat untuk bagi ubat?". Kataku.

"Saya dah bagi ubat kat pesakit seperti apa yang disuruh oleh jururawat". Kata Shinhye.

"Jaeil?". Aku bertanya pada dia.

"Ah~ rekod ni saya akan masukkkan dalam sistem supaya Doktor pakar boleh lihat". Katanya.

"Good~ ok kita dah takde apa-apa kerja kat sini rasanya dah boleh balik pejabat--"













"Lee Miyeon-ssi".

Tiba-tiba ada suara lelaki memanggilku menyebabkan aku terperanjat. Siapa pula yang panggil aku tu?. Suara macam kenal.

Melalui raut wajah Shinhye, Dongyoon dan Jaeil, mereka bertiga kelihatan terkejut. Mereka terdiam dan kaku.

Shinhye memandangku dengan rasa cuak. Dia hanya memberikan senyuman kekok.

Kenapa dengan mereka ini?. Aku menoleh ke belakang dan melihat siapakah gerangan itu.









Aku juga terkejut.

the doctor • k.sj [C]Where stories live. Discover now