Kesan migrain masih bersisa. Kepala aku rasa macam nak meletup. Sakit yang teramat hanya Allah yang tahu.  

Oh, korang tak tahu ke yang aku ada migrain?

Ha ni nak bagitahu la ni.

Aku ada migrain since form 2. Maklumlah kan. Masuk sekolah menengah ni terus banyak problem datang. Plus tahun ni aku jadi head prefect, kerja manyak woo. Kejap-kejap pengetua panggil, lepas tu PK, guru disiplin lah itu lah inilah.

Semuanya nak harap aku dengan Aliah. 👈 (head prefect assistant)

Kaki perlahan menaiki tangga menuju ke kelas. Mejaku aku tuju. Dompet di bawah meja dicapai. Isi di dalamnya diperiksa.

Nasib baiklah tak ada duit hilang. Everything was safe.

Kepalaku mula berdenyut kuat.

"Ahhhh!" Sakit.

Aku memukul-mukul kepala. Sakit. Oh please cepatlah lega. Tak larat la nak hadap sakit ni.

Aku mula menuruni tangga perlahan-lahan. Pandanganku mula kabur. Kepalaku pusing. Ya Allah sakitnyaa...

Aku memukul lagi kepalaku buat entah kali ke berapa. Tapi sakit masih tidak hilang.

Sakit semakin menjadi-jadi. Aku mula hilang imbangan. Akhirnya aku tersalah langkah dan rebah menyembah bumi.

Walaupun samar-samar, aku masih sedar yang kepalaku terhantuk pada bucu pemegang tangga dan berguling sebelum terbaring di anak tangga yang terakhir.

"Allah.." Bisikku. Dahiku dipegang. Sakit.

Mataku yang separuh terbuka dapat mengesan darah yang melekat pada tangan. Bekas pegang dahi aku tadi.

"Ya Allah Eiz!"

Seseorang datang menerpa ke arahku sebelum pandangan ku mula bertukar kelam. Gelap.


*********

Jarum jam jelas menunjukkan pukul 6 petang and I'm still here. At the old cabin in school.

Ika oh Ika.. Sampai bilalah nak bazir masa ni. Main phone je kerja.

Dah la. Nak balik asrama. So jap lagi aku terus pergi DM makan petang then naik dorm, mandi.

Beg sekolah digalas. Aku mula mengorak langkah untuk pulang. Sedang aku lalu di sebuah laluan, mataku tertancap pada sekujur tubuh yang sudah terbaring lemah berhampiran tangga.

Wait. Macam kenal?

Mataku membulat. Mulutku ternganga.

"Ya allah Eiz!" Terkejut. Dahinya berdarah. Tapi tak seteruk Farhanna hari tu.

"Ya allah Eiz kenapa ni?" Aku melutut. Melihat keadaan Eiz yang separuh sedar. Matanya yang tadi tertutup kini sedikit terbuka.

"Sakit.." Dia mengaduh perlahan. Badannya lemah longlai. Mukanya pucat lesi.

Haishhh risau pula aku. Tak pernah-pernah aku tengok mamat ni macam ni.

Aku panik. Apa nak buat ni? Nak minta tolong siapa? Semua orang dah ada kat asrama. Siapa je ada kat sekolah? Aduhhh..

Eiz mengaduh sakit. Tangannya memegang kepala.

"Eiz wait. I'll call for help."

Baru sahaja aku nak bangkit, tangannya laju menarik lengan aku. Menahan aku dari berlalu pergi.

"No." Ujarnya.

"Stay dengan aku." Sambungnya lagi. Mata masih dipejam rapat.

Aku buntu tak tahu apa yang nak dibuat. Ika do something laa.

"Tapi kepala kau berdarah ni. Aku nak panggil Fiqy dengan Naufal. Diorang mesti dekat court sekarang."

Eiz menggeleng. "Tak payah."

"Ish kau ni jangan degil boleh tak?" Aku jerit.

"Tak.. Tak payah. Jangan bagitahu diorang." Dada turun naik.

"Kau stay dengan aku kejap." Tangannya masih kuat mencengkam lengan baju aku. Kemudian dia mengaduh sakit lagi.

Aku mengeluh. Ikut suka kau lah Eiz oi. Sakit sakit pun menyusahkan orang lagi. Eii

Now what?

Aku pandang je dia ni. Aku nak buat apa ni? Ikaa tolonglah jangan bengap sangat. Orang sakit rawatlah pabo.

"Kau boleh bangun tak?" Soalku.

Eiz cuba untuk mengangkat badannya. Tapi tak termampu.

Eiz betul-betul lemah. Kali ni tak bohong. Dia lembik sungguh ni.

Kalau macam tu..

Aku menghela nafas panjang. "Ya allah ampunkanlah dosa-dosa aku. Niat aku nak bantu dia je." Huhu

Penuh perasaan takut, aku menarik lengannya yang tidak berlapik apa-apa memandangkan dia berbaju lengan pendek.

Huhu Ika apa kau buat ni. Banyak kali juga lah mulut aku terkumat-kamit beristighfar.

Aku bantu Eiz bangun. Memapahnya ke belakang kabin. Tak jauh sangat pun. Dekat situ private la sikit, tak ada orang nampak.

"Boleh jalan tak ni?" Aku memapah Eiz sepenuh tenaga. Im strong woman Do Boong Soon!

"Jalan betul-betul la. Kau ni dah la berat." Sempat lagi aku marah dia. Tak larat sangat ke sampai nak berjalan lima tapak pun tak mampu? Mampus lah nak bawa anak gajah ni.

Tiba di belakang kabin, aku menyandarkan Eiz. Eiz mula sedarkan diri sepenuhnya.

Matanya akhirnya terbuka luas. Dia memerhati sekeliling dan turut memandangku lama. Duk bengong lagi tuh.

"Woi. Kau sedar lagi tak ni?" Aku memetik jari depan muka dia.

Dia mengangguk.

"Ah!" Kepalanya dipegang.

Aduh, semakin banyak pula darah keluar.

Aku teringat ada tuala kecil dalam beg. Lantas aku cepat-cepat mengeluarkan tuala itu. Aku membasuh luka tersebut dengan air lalu membalut dahi Eiz menggunakan tuala kecil tadi. Cuba menghentikan darah yang keluar.

Eiz pegang tangan aku. "Sakitlah ngek."

Bertuah punya lelaki.

"Hands off."

Eiz mencebik. Dia serta-merta melepaskan tangan aku. Pandai lah kau waktu-waktu macam ni, nak ambil kesempatan. Gedik!

"Bersyukurlah aku selamatkan kau. Kalau tak dah lama mati kat situ." Sengaja aku tekan kuat-kuat dahi dia guna tuala tadi.

"Aduh sakitlah!"

"Balasan untuk manusia yang tak pandai hargai orang." Aku kemaskan balutan.

Okay done!

"Siap."

Anak mata aku bertemu dengan Eiz sebaik sahaja aku kemaskan balutan di dahinya. Dia memandangku lama, dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan. Kami sama-sama terpaku.

Ya allah, perasaan apa ni? Dada aku berdegup laju lain macam.

"Ika."

"Aku..."

Aku melarikan anak mata lalu bingkas bangun.

Astaghfirullahalazim. Ya Allah apa kau buat ni Ika.

"Aku pergi panggil Fiqy."

"Ish no need la.." Eiz menghalang.

"Jangan degil sangat boleh tak? Kau duduk sini diam-diam. Dah la sakit lepas tu acah kuat. Menyusahkan orang je." Aku beredar dari situ. Menuju ke court bola tampar.

Eiz menguntum senyum. Dia memegang dadanya.

I can't lie myself anymore. That feeling. I admit it now.




















Daaaa...😸dh nampak ada bunga2 kt situ. What comes next?

Us ✔Where stories live. Discover now