"Yah! Wae- waeyo?" Soal Rachel lalu dia tepuk dada Jungkook yang tak berbaju tu perlahan tanda tak nak. Tapi Jungkook tidak merespon, dengan sengihan nakal, dia bawa Rachel masuk dalam kamar mandi.

🐰

"Are you sure you want to do this?"

Somi angguk, dia pandang rumah banglo didepan mereka ini dengan perasaan yang bercampur baur. Sampai hatikah dia untuk memutuskan hubungan dengan wanita yang telah menjaganya dari kecil hingga besar itu? Kuatkah dia untuk melangkah keluar dari rumah banglo tersebut? Dapatkah dia tahan air matanya didepan wanita itu? That thing is not easy. Mungkin di saat ini dia masih boleh tersenyum, tapi bagaimana nanti? Disaat dia berhadap- hadapan dengan wanita itu? Argh. This is stupid.

"Babe, if you can't do this, don't do it. They'll understand you. You deserve to be happy, my baby deserve to happy" kata Vernon seraya merangkul tubuh Somi untuk menenangkan gadis itu yang pada bila- bila masa saja akan menangis. Somi mengetap bibir, jika dia menangis sekarang, lelaki itu akan melihat sisi lemahnya. Dia tidak mahu itu, dia tidak mahu Vernon melihat kelemahannya.

"I- i can't. I can't just leave them like this. They want an explanation from my action. I'll explain it, then i'll go. I can do this honey.." kata Somi lalu dia palingkan wajahnya dari memandang Vernon bila air matanya mulai menitis perlahan. Ergh! Vernon mengeluh kecil, dia cium perlahan dahi Somi dan mengusap pelan bahu gadis itu.

"Honey, i'll be fine. Awak tunggu sini, saya masuk dalam dulu" kata Somi, dia usap lembut pipi Vernon sebelum menghadiahkan senyuman kecil untuk lelaki itu sebagai tanda yang dia akan okey saja. Vernon mengangguk, dia lepaskan keluhan kecil sebaik Somi keluar dari keretanya. Badan disandarkan pada kerusi.

Dan disini, Somi berdiri didepan pintu gerbang utama menunggu sang pembantu rumah untuk membukakan pintu untuknya. Somi ketap bibir bila pintu mula terbuka perlahan- lahan.

"Cik Somi?" Tegur Mak cik Han sebaik melihat gerangan yang menekan loceng rumah banglo itu tadi. Somi melemparkan segaris senyuman sebaik wajah tua itu menyapa anak matanya. Dia rindukan Mak Cik Han kerana wanita itu telah banyak berjasa kepada, menjaganya ketika sakit bahkan membelanya ketika dia dimarahi mama puft, Puan Kim.

"Cik dari mana? Kenapa baru balik hari ni? Ya tuhan cik tahu tak yang mama risaukan cik? Makcik pun" katanya lalu menarik aku kedalam pelukannya. Air matanya yang bergenang di kelopak mata aku tahan. Somi, jangan jadi cengeng. Ni baru makcik Han, bukan Puan Kim lagi. Kalau dengan Makcik Han kau dah macam ni, macam mana nak berhadapan dengan Puan Kim pulak? Banjir ke nanti? Heish.

"A- auntie, mama ada ke?" Soal Somi sejurus selepas pelukan antara mereka terlerai. Makcik Han mengangguk, dia bawa Somi ke ruang tamu dan mendudukkan gadis yang sudah dianggap seperti anaknya itu diatas sofa. Air mata yang mengalir ke pipi diseka menggunakan tangan. Baru je wanita itu nak naik keatas terdengar jeritan dari tingkat atas.

"Kim Somi kenapa baru balik sekarang?! Dasar anak tak tahu diuntung!!" Kutuk Puan Kim dengan wajah yang tegang, dia meluru turun anak tangga lalu menghampiri gadis itu. Somi yang baru hendak membuka mulut itu terbantut sebaik sebuah tapak tangan milik Puan Kim hinggap di pipinya.

Pang!

"Tak guna! Aku dah didik kau baik- baik, bagi makan kau baik- baik, ini kau balas dekat aku?! Hah!! Apa yang bagus sangat dekat lelaki tu sampai kau sanggup lari ikut dia! Kalau kau kahwin dengan anak lelaki keluarga Jeon tu, kau akan bahagia, kau faham tak?!" Tengking Puan Kim seraya menarik rambut Somi yang dah terduduk atas lantai meminta ampun padanya. Tak ada rasa belas terhadap gadis itu. Somi merayu, memohon simpati kepada wanita keparat itu untuk melepaskan rambutnya. Sakitnya tak tertanggung, macam nak tercabut saja kepalanya.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now